chacon Publish time 9-10-2018 12:02 PM

Suami kena dakwa kentut depan muka bini. Korang pernah kena macam ni tak?



Suami kentut di muka isteri didakwa hari ini


http://www.diaridunia.net/wp-content/uploads/2018/03/aa7c882e309d7e8a3b51cb366e1be1d2-499x381.png


KUALA LUMPUR 15 Mac – Seorang penghantar surat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya yang mencemuhnya kerana membuang angin di hadapan muka mangsa, awal tahun lalu.
Mohd. Nizam Uri, 33, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Alimaton Ali, 40, di sebuah rumah di Jalan 2/7, Taman Dagang, dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi, 1 Januari 2017.
Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abdul Razak mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.
Pihak pendakwaan sebelum itu mencadangkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin namun Mohd. Nizam yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan kerana dia merupakan penanggung tunggal keluarga.
Majistret Haslinda A. Raof membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 April ini untuk sebutan semula kes.
Difahamkan tertuduh bertindak mencederakan mangsa yang juga pengadu dalam kes ini selepas isterinya menyuruh tertuduh pergi ke kedai untuk membeli gas kerana hendak memasak. Kemudian tertuduh telah berdiri membelakangkan punggungnya ke arah muka mangsa dan kentut di hadapan isterinya.
Pengadu telah memanggil tertuduh dengan perkataan kesat dan secara tiba-tiba tertuduh berang lalu bertindak agresif dengan menampar muka isterinya berkali-kali dan menumbuk seluruh anggota badan selain menghantukkan kepala mangsa ke dinding

snazzydaisy Publish time 9-10-2018 12:13 PM

Super douchebag {:1_571:}

CardiGans85 Publish time 9-10-2018 12:34 PM

Adoi..minta beli tong gas pun balas dengan kentut? Lepas tu nak puji kentut bau macam floral by gucci ke bang?

Genkidesuka Publish time 9-10-2018 06:42 PM

Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Kena dakwa sbb belasah isteri rupanya.

SLAManya Publish time 11-10-2018 02:37 PM

tak selera i tengok muka camni
itu pun bertuah sangat ada orang nak buat jadi laki

tapi ini kan kes lama

annadonna Publish time 12-10-2018 11:43 AM

kentut tu berita yang dibesar besarkan aje. Bukan itu main point. Dia belasah bini dia sebenarnya. Wartawan bodoh pergi highlight pasal kentut. Kimak punya wartawan :lol::lol:

duri_durians Publish time 12-10-2018 02:31 PM

bini kau nak memasak utk kau makan. kau boleh buat lawak bodo kentut depan dia.

bila dia marah mengamuk, kau belasah pulak.

ni bodoh tahap berapa ni?
Pages: [1]
View full version: Suami kena dakwa kentut depan muka bini. Korang pernah kena macam ni tak?


ADVERTISEMENT