monolog Publish time 8-10-2018 06:37 PM

Port Dickson? Begini Asal Usul Namanya..

Tujuh calon berentap di Port Dickson, merupakan tajuk dari sebuah akhbar Berita Harian. Bila penulis membaca tajukini, maka penulis terfikirdari mana asal usul nama Port Dickson?



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/08/142222vpxfiqiqqb7b1pie.jpg
kredit gambar google










Apa kata penulis coretkan sedikit maklumat berkenaan Port Dickson untuk kita sama-samamengetahuinya.
Apa yang menarik?


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/08/141752gn6q2ebkoqe4qnoj.jpg

kredit gambar google





Port Dickson merupakan sebuah daerah yang terkenal di Negeri Sembilan. Port Dickson terkenal dengan pantainya, kilang penapis minyak yang membekalkan minyak bertapis di seluruh negara, Stesen Janaelektrik Tuanku Jaafar yang membekalkan tenaga elektrik kepada setengah dari kawasan semenanjung Malaysia dan Markas tentera Melayuyang tertua di negara ini.



            https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/08/132800enmckizrvmhifvbz.jpg
kredit gambar google




Asal Usul
Nama Port Dickson di kenali sebelum tahun 1883, dahulunya kawasan yang berhampiran dengan pantai ini adalah merupakan jajahan takluk negeri Selangor. Sehinggalah pada tahun tersebut ia diserahkan kepada pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan moden. Ia ditukar ganti dengan kawasan Semenyih dan sekitarnya. (sebelum inikepunyaan Luak Sungai Ujong).

Dahulu nama Port Dickson mempunyai pelbagai gelaran. Orang Melayu yang menggelar tempat ini sebagaiTanjong atau Tanjong Tin. Orang Cina dan India pula memanggil tempat ini sebagaiAlang atau Arang. Kenapa Tanjong? Sebabnya tempat ini terletak di sebuah tanjung yang menganjur ke laut. Kenapa Arang? Ini kerana ia sebuah pulau yang berhampiran dengan Tanjung. Dulunya terkenal sebagai tempat membakar kayu bakau untuk dijadikan arang dan dipasarkan di seluruh kawasan berhampiran.


Port Dickson yang kita kenali namanya diperoleh dari nama seorang penjajah Inggeris yang pernah memerintah Negeri Sembilan, yang menamakan tempat ini atas nama beliau sendiri. Nama penuh pegawai tinggi British ini ialah bernama Sir John Frederick Dickson.


   https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/08/133233i5wnmim5teu5wnre.png
kredit gambar google



Penulis hanya mencatat sebahagian cerita tentang Port Dickson. Banyak lagi kisah menarik mengenai Port Dickson iaitu tentang pembangunannya sejak sebelum merdeka hingga sekarang.


Sekarang ini Port Dickson telah ditadbir urus oleh Majlis Daerah Port Dickson. Kalau nak cerita panjang lebar juga. Pembaca boleh buat carian sendiri untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut lagi. - CARI

umbut Publish time 8-10-2018 09:22 PM

Port dickson glamour ler nama ala2 kokesyen dari tanjung tin

tikusmontok Publish time 9-10-2018 11:54 AM

so..bila nak tukar nama penjajah ni?

chicozinn Publish time 9-10-2018 12:58 PM

sama la cam kerinchi ditukar nama jadi bangsar south..cam bangang..apa buruk sangat ke nama kerinchi tu??even batang berjuntai pun masih disebut2 walaupun da tukar nama jadi bestari jaya

monolog Publish time 9-10-2018 01:19 PM

Sejarah tetap sejarah.kalau tukar pun akan disebut sebut,kecuali yang hidup pada zaman yang nama asal tu semua dah tiada.

batu kikir Publish time 9-10-2018 09:57 PM

tikusmontok replied at 9-10-2018 11:54 AM
so..bila nak tukar nama penjajah ni?

Tak payah
Biarlah is kekal dengan nama penjajah.

MarryPottet Publish time 9-10-2018 11:14 PM

umbut replied at 8-10-2018 09:22 PM
Port dickson glamour ler nama ala2 kokesyen dari tanjung tin

tapikan nama tu kalau ditranslate ke BM, jadi kelucahan melampau pulak i.e jadi Pelabuhan Anak (lelaki) Pu*ai
opsss! terbiru pulak otak aku malam ni

JohnDeSouza Publish time 10-10-2018 01:26 AM

sama juga lah dengan butterworth atau mount erskine.cari sendiri naaa

monolog Publish time 10-10-2018 06:54 AM

Iyelah...dah negara kita pernah dijajah kan.

daviidjones Publish time 13-1-2023 04:08 AM

orangbiasaje Publish time 13-1-2023 05:09 PM

Oj, Tanjung Arang...menarik. Orang kelahiran N9 tapi tak tau citer ni. Terima kasih kongsi.
Pages: [1]
View full version: Port Dickson? Begini Asal Usul Namanya..


ADVERTISEMENT