melnanzz Publish time 8-10-2018 04:28 PM

THE MAN IN THE HIGH CASTLE

The Man in the High Castle
Amazon Prime Original Series

https://2.bp.blogspot.com/-0ChzMmCVN4w/WGp2pEeQHwI/AAAAAAAARwY/qMwZ2lRISz43toHNZHIp4fWkFJcWYsXzQCLcB/s1600/giphy.gif

Siapa yang follow series ni? Series ni exclusive kepada Amazon Prime... malangnya tak disiarkan di Malaysia... kalau nak tengok kena tengok online.

Siri ini diadaptasikan dari novel The Man in the High Castle karya Philip K. Dick, seorang penulis sains fiksyen yang terkemuka.

Siri ini mengisahkan alternate reality pada tahun 1960 yang mana Nazi Germany dan Empayar Jepun telah memenangi perang dunia ke-2 dan Amerika Syarikat telah ditakluk oleh Nazi dan Jepun. Walau bagaimanapun terdapat filem2 misteri yang diedarkan oleh resistance group yang memaparkan realiti sebenar iaitu AS telah menang WW2.




melnanzz Publish time 8-10-2018 04:34 PM

Pelakon utama drama ini ialah Alexa Davalos sebagai Juliana Crane.



Selepas kematian adiknya Trudy yang telah dibunuh oleh pihak Jepun, Juliana secara senyap2 menyertai pasukan resistance untuk menentang keganasan Jepun dan Nazi. Hidup Juliana menjadi semakin mencabar apabila beliau menjumpai satu filem yang memaparkan AS telah memenangi perang dunia kedua. Juliana mengambil langkah untuk mencari kebenaran disebalik filem tersebut sambil diburu pihak pemerintah.

auntyaya Publish time 8-10-2018 05:13 PM

nampak best .. ok thanks for the recomendation

melnanzz Publish time 8-10-2018 05:52 PM

Untuk makluman, Amazon Prime Video ada di Malaysia. Website link nya ialah:

https://www.primevideo.com/

Boleh subscribe untuk free trial selama 7 hari secara percuma. Selepas 7 hari, kena bayar sebanyak US$2.99 (RM 12.50) sebulan untuk 6 bulan pertama. Kemudian naik kepada $5.99 (RM 25) pada bulan2 seterusnya.

TMITHC ada 3 season setakat ini. Setiap season ada 10 episod = 30 episod setakat ini. Kalau binge watching, boleh cover semua 3 season dalam 7 hari.
Pages: [1]
View full version: THE MAN IN THE HIGH CASTLE


ADVERTISEMENT