Minami2013 Publish time 7-10-2019 04:30 PM

Komen i, cerita ni mmg agak terkesan kat jiwa...

Kekuatan cerita ni solely dari pembawakan watak Joker oleh Joaquin Phoenix.

Jalan cerita yang slow, tapi one plot to another yang hanya fokus kpd watak Joker ni buat kita berfikir.

I have to admit that, first time tgk movie yg i takut tgk ''orang gila'' macam tgk org gila tu depan mata...

One of the best scene mase arthur nak jumpa bos die dari bilik komedian tu yg die gelak2 then exactly depan pintu bos die stop gelak... it's creepy okay...

Antara point yg i tertanya, kenapa mak die panggil arthur ni 'happy' terjawab masa polis tanya kat mak die pasal kenapa dera die.. mak die ckp die tak pernah sad or cry sebab always laughing... happy... :'(:'(:'(

I rekomen tgk movie ni... i kasi 9/10.. 9 sebab ade a few persoalan yg tak terjawab.

ajut Publish time 7-10-2019 04:53 PM

Keluar panggung akak terus kemurungan..

akubest Publish time 7-10-2019 07:05 PM

baru tengok pagi tadi

superb performance by joaquin and has raised up the level of acting in hollywood.
this is not a passionate performance pada akak more to suicidal. lakonan yg super powerful.

penceritaan yg baik, superb screenplay. this is another level of film making.

akak nmpk sesuatu yg sangat deep, metaphorical movie.
there are joker in everyone of us.
and there are a lot of jokers surrounding us.
sad but true.

so in love with this movie and nak tengok untuk kesekian kalinya.

akubest Publish time 7-10-2019 07:11 PM

kurinn replied at 7-10-2019 12:16 PM
ada spoiler ye

ai dah tengok cite ni malam tadi


ikutkan citer ni kompem anak angkat
baru mula rasa nak thrill joker abang batman kihkihkih
potong betul bab anak angkat tu hahahhaa

bunuh mak dia pasai both of the reasons rasanya
kena tipu la basically.

tapi akak nk jugak dia jd abang betul batman on the next series
kihkihkih
dah aku saiko tgk joker ni dah hahahahhaha


ninja boy Publish time 7-10-2019 07:36 PM

Joker sewelDan sewel wakkkaka

kurinn Publish time 7-10-2019 07:42 PM

akubest replied at 7-10-2019 07:11 PM
ikutkan citer ni kompem anak angkat
baru mula rasa nak thrill joker abang batman kihkihkih
poton ...

tula
hope jugak yg joker ni abg batman kan..hahaha

walau apak dorg waynes pernah cakap org yg berselindung di sebalik ni pengecut.mrujuk kepada joker yg pemes time tu.pembunuh bertopeng

tengok tengok bila anak dia besar
pun pakai topeng batman jugak.berselindung dr identiti sebenar..heheh

pening plak fikir mak dia tu gile btul or dituduh gila sb nak sorok hbgn dgn waynes tu kan

sama jugak mcm joker dikatakan anak angkat sb nak tutup kisah sebenar

SY_Mumi Publish time 7-10-2019 11:15 PM

After reading most reviews...
Most of us are seems to be delusion by this character

He's a villian...and wateva the reason behind that, due to great storyline, audience are feeling sympathic for him

So bravo to Todd Philips...and esp to Joaquin for playing the character so well...

P/S: ada few scenes its seems cam halusinasi je


yoppoy Publish time 8-10-2019 02:50 AM

Masa cite ni start, I distracted by confusion jap coz tak baca banyak synopsis before masuk panggung. I confused setting dia tahun bila. I tembak 60s coz bam Joaquin dok pakai bell bottom. Lepas habis cite terus Google, set in 80s rupanya.

Another reason buat I confused sebab Arthur dok cakap dia tak boleh control gelak dia tu kan. I terus pikir em ada gaya Tourette's syndrome. Takkan tahun 60s diagnosis ni tak wujud lagi. Sian la si Arthur ni kena dera from childhood lagi, lemban dalam pembelajaran lagi.

Character development memang top notch. Masa dia tembak random assholes on the subway tu still biasa2 lagi coz dia tembak dalam keadaan lemah+dibuli lagi. Tapi bila dia tembak kawan2 ex colleague yang datang kat rumah dia tu baru empowerment feel tu datang. Dia baik je ngan midget yang baik gak tu, kinda lawak masa si kerdil tu mintak tolong bukak pintu padahal nak tunjuk character si Arthur ni kan.

Bila dia betul2 start feel dia punya joget tu, kita yang dok focus ni pun ikut sama naik syeikh. Like, yes, you do you Arthur. Ni memang boleh puji Joaquin and the choreographer. Tak pasal nak tengok cite dia jadi Johnny Cash Walk The Line tu.

Overall 7.6/10 for me just because I don't like dealing with people with mental health issues. Sebab I seriously don't know what's the limit nak biarkan orang sakit mental ni tunjukkan perasaan diaorang. Kalau kita biar dia let loose, mesti nampak ngada2 nakkan perhatian. Kalau kita sekat, dia dok pendam pastu jadi la cam Arthur ni as exterme example

akubest Publish time 8-10-2019 05:59 AM

Edited by akubest at 8-10-2019 06:01 AM

SY_Mumi replied at 7-10-2019 11:15 PM
After reading most reviews...
Most of us are seems to be delusion by this character


yg akak nmpak dalam citer ni
pada joker
happiness is delusional
thats why part yg ada minah black tu semua delusional
sian joker
and yassssss
mcm citer ted bundy mac afron tu le
glorify the villain hehehhehe

patutnya message gini takleh sampai
and thats why citer ni bebudak takleh tengok
kena mature audience
ke lain nanti derang pikir

AnBulisia Publish time 8-10-2019 08:33 AM

masa memula ingatkan dia abang bruce, macam...wah..what a news gitu...
tapi pengarah pandai berikan teka teki... abang atau tidak...
biar penonton yang membuat keputusan
boleh jadi abang... boleh jadi tidak...

lurve82 Publish time 8-10-2019 09:49 AM

nak tgk tp xleh gi wayang..xsesuai utk anak2...nampaknya tgu masuk netflix je la...

Artemesiaa Publish time 8-10-2019 01:01 PM

Superb performance by Joaquin Phoenix patutlah dia menang best male artis baru2 ni dah harap lebih banyak anugerah akan menyusul buatnya.Totally different dari dia dalam Gladiator.The best movie so far untuk tahun ni.Siapa yang mengharap ianya action movie mungkin akan kecewa sebab fiem ni lebih kepada mainan perasaan dan berfikir.Ada nampak penonton yang menitiskan air mata juga.    Love the new quote dalam movie ni macam series sebelumnya banyak quote yang boleh membuat kita terfikir mengenainya.Banyak scene yang dekat dengan apa yang dilalui oleh sesetengah masyarakat sekarang.Penindasan bullying kemiskinan pandang rendah pada orang jurang si kaya dan si miskin etc.Silap2 lepas ni orang akan lebih sukakan dan memahami Joker lepas2 ni berbanding Batman.Selain tu filem ni juga menjawab persoalan hubung kait antara dia dengan keluarga Wayne/Batman.Dah kenapa setelah sekian lama Batman tak pernah cuba nak bunuhnya.Best part masa sikerdil mintak tolong pada Joker untuk tolong bukak selak pintu lepas si Joker bunuh orang yang menganiaya dia.Dari ganas dalam sekelip mata boleh jadi orang yang amat sweet.Cant wait untuk tonton pilem pasal GF dia pulak lepas ni.Overall bagi 9.5/10.

AfiLaiCR Publish time 8-10-2019 06:06 PM

Belum ada masa nak tengok lagi but kawan cakap best so kn pergi tengokla nnt. Review pun not bad

SY_Mumi Publish time 9-10-2019 03:42 AM

Director Todd Philips have mentioned in his earliers interviews,his "Joker" version will not be linked to other DC character universe.Its more of character study, one of the version of the Clown Prince of Gotham City.
Suggestion to go recap Joker of other version;
Suicide Squad - Jared Leto
The Dark Knight - Health Ledger
Batman - Jack Nicholson
Batman TV Series - Cesar Romero   



ToungeSoup Publish time 10-10-2019 04:59 PM

Joker 2019 ni , I rasa more to heavy movie with the dark side. Ala2 movie The Swan lakonan Natalie Portman tu. Movie tu more too kehidupan Arthur Fleck yang suram sebelum jadi villian Joker dan kena jaga emak dia yang sakit tu. Selalu kena buli and kerja dia as Joker tu pun dia selalu kena dipermainkan. Rupanya masa kecik dia dah selalu kena dera ngan emak dia and bapak dia kot I guest, sbb tu dia ada penyakit saraf suka ketawa tanpa sebab...sorry terspoiler plak..;P

Movie ni mmg tak sesuai bawak bebudak..mmg really disturbing dan ganas.Movie ni mmg akan diceritakan mental illness and depression and mental disorder.Bagaimana orang yang ada penyakit ni dan simptom2 utama penyakit ni dan boleh bertindak ganas.

Lakonan Joaquin Phoenix mmg superb..maybe for the next Oscar dia punya kot...and movie ni pun rasanya mmg Oscar material...yang tak suka heavy movie tak payah kot membazir duit...kawan I siap bersendor tido awal2 movie ni..kuat plak tu..

Nora bagi 9/10 bintang :loveliness:

Mizlyn Publish time 11-10-2019 01:00 AM

I pun kemurungan lps tgk movie ni :(

GuaSayangMelaka Publish time 11-10-2019 03:28 AM

Lps aku murungakhbar Utusan stop keluaran..aku layan Joker ...

1 movie direview oleh MUFTI WILAYAH
BAYAN LINNAS SIRI KE - 216: ISLAM, JOKER DAN STIGMA MASALAH MENTALMukadimahTarikh 10 Oktober diraikan setiap tahun sebagai Hari Kesihatan Mental Sedunia dengan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran umum terhadap kesihatan mental. Laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Kesihatan Mental Malaysia pada 2018 menyatakan bahawa kesihatan mental adalah sesuatu yang diperlukan oleh setiap orang kerana kesihatan mental bukan sahaja mengenai penyakit mental.Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS 2017) di Malaysia menunjukkan remaja berusia 13 hingga 17 tahun mempunyai keinginan membunuh diri 10 peratus lebih tinggi berbanding, 7.9 peratus pada 2012. Menurut laporan daripada World Health Organization (WHO), setiap 40 saat akan ada yang kehilangan nyawa kerana faktor bunuh diri.Isu kesihatan mental masih lagi agak “taboo” dalam kalangan masyarakat Malaysia dan ianya tidak membantu mengurangkan stigma terhadap penyakit mental. Stigma mengenai penyakit mental membuatkan individu itu berasa tersisih dan lemah. Stigma ini yang menghalang mereka untuk mendapatkan bantuan yang profesional dan seterusnya memberi kesan kepada proses pemulihan dan menjejaskan kualiti kehidupan.Meneliti angka dan peratusan dalam Malaysian Mental Healthcare Performance: Technical Report 2016 menimbulkan pelbagai kegusaran dalam minda ini. Pengalaman kami ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan untuk menziarahi pesakit-pesakit di sana sangat membuka ufuk pemikiran kami untuk melihat isu kesihatan mental ini dalam kerangka yang lebih luas dan rahmah. Begitu juga kunjungan hormat Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (MIASA) dan Befrienders amat membantu kami dalam memahami isu ini dengan lebih mendalam.Menyahut seruan World Mental Health Day 2019 yang memfokuskan tentang tema “Suicide Prevention”, kami namakan Bayan Linnas kali ini, “Islam, Joker dan Stigma Masalah Mental”. Semoga ia bermanfaat kepada umat Islam dan rakyat Malaysia amnya.
http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/3733-bayan-linnas-siri-ke-216-islam-joker-dan-stigma-masalah-mental?fbclid=IwAR1bCyt5BImFPVCHtUuz0b6jcMS3IXFlCMpxYOOo9-1sIF8S6agfmZia1o0


lurve82 Publish time 13-10-2019 03:21 PM

baru lepas tgk citer ni...best tp aku jd depress....joaquin phoenix memang pelakon hebat utk film ni...

terigt citer gladiator yg dia berlakon jd raja muda..lpas2 tu xtgk film lain yg dia lakonkan...lama dah masa berlalu...

mcm mana la dia blh kurus nmpk tulg smpi gitu..mmg lgsg xmkn ke smpi berbln..jeles betul...


amandel Publish time 13-10-2019 04:48 PM

Okey, I dah tengok. Film best, tapi bagi yang suke tengok film action Marvel and DC jangan expect berlebih tentang scene action. Menurut I film joker ni macam film drama je lah, plot slow sangat.Btw Watak joker tu kena Scizophrenia.

"Schizophrenia is a long-term mental disorder of a type involving a breakdown in the relation between thought, emotion, and behavior, leading to faulty perception, inappropriate actions and feelings, withdrawal from reality and personal relationships into fantasy and delusion, and a sense of mental fragmentation."

Jadi dia tu makan banyak obat supaye otak dia tu lebih rilex , dan harusnye dia makan obat tu seumur hidup dia. Waktu obat dia abis otak die berubah jadi wild sangat

beta_carotene Publish time 13-10-2019 06:25 PM

Best !

Baca review kat internet, katanya watak Joker Joaquin Phoenix ni open to interpretation
Rasanya dia bukan exactly Joker villain Batman, tapi dia pencetus kepada fenomena Joker kat Gotham City.


Spoiler:




Yang tembak mak bapak Batman pun bukan Arthur Fleck kan?
Ada sorang mamat lain yang pakai topeng Joker jugak..
Pages: 1 2 3 [4] 5 6
View full version: 2019 - JOKER (JOAQUIN PHOENIX)


ADVERTISEMENT