melnanzz Publish time 6-10-2018 02:07 PM

PUJAAN HATI KANDA [Akasia TV3: Remy Ishak, Mira Filzah]

Edited by melnanzz at 20-12-2018 10:38 PM

Pujaan Hati Kanda
akan datang slot Akasia TV3





Akan datang ke slot Akasia TV3 ialah drama bertajuk "Pujaan Hati Kanda" yang dibintangi oleh Remy Ishak dan Mira Filzah. Drama 28 episod ini diadaptasikan dari novel karya Aulia Iman. Diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Diterbitkan oleh Arisz Ab Rahman. Penulis Skrip: Intan Zarina Mohd Yasin.





Sinopsis Pujaan Hati Kanda (di ambil dari novel):

Lelaki mata keranjang? Gelaran itu pernah tergalas di bahunya. Dan kerana kejahatan masa silam, dia terhukum dan termalu sendiri. Siapa sangka, ketika dia sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru, dirinya dihidangkan dengan dugaan yang paling besar.

Anak ini perlukan ayahnya. Saya serahkan kepada yang berhak. Peliharalah anak ini dengan penuh kasih dan sayang. Selamat pengantin baru. - Gadis Misteri

Hadiah yang tidak terduga itu hadir meranapkan mahligai yang ingin dibina. Majlis pernikahan yang bakal berlangsung, akhirnya terhenti tanpa ijab dan kabul. Calon isterinya enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai. Dengan tanggungjawab sebagai ‘bapa segera’, Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga si kecil itu pagi dan petang, siang dan juga malam. Dan pencariannya berakhir apabila dipertemukan dengan Tiara. Seorang pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit.

“Tiara pesan susu, Pampers dengan puting susu aje, bang. Ni berat semacam aje. Abang beli stok untuk berapa bulan?”- Tiara

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian semester akhir dan akan pulang ke kampung halaman. Hendak atau tidak, dia sudah tiada pilihan. Status palsu sebagai duda kematian isteri, terpaksa diakui demi meraih simpati keluarga kepada pengasuh ‘anak segeranya’ itu agar membenarkan Tiara terus mengasuh.

“Masalahnya aku tak kenal siapa gadis misteri tu? Macam mana aku nak cari dan settlekan masalah ni?” - Danny

Sementara itu pula, dia sudah berjanji untuk meneruskan misi menjejak gadis misteri yang menyusahkan hidupnya itu dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

merrissa Publish time 7-10-2018 04:47 AM

aik byk plak cter dia dgn remy....

mongoose_kidz Publish time 7-10-2018 08:12 AM

wah...... i like remy.
mst kena tgk ni

Nana_Man Publish time 7-10-2018 08:21 AM

Biler ni?? Lepas seribu rindu ke? Walau i tak minat MF, tapi i will watch this for sure. Tgk gambar remy takde misai...tu i like..

putericahaya999 Publish time 7-10-2018 08:39 AM

wowmesti trending mcm citer remy dgn budak2 baru baru ni tu ainedruce dan najuea

cahaya_almas Publish time 7-10-2018 11:49 AM

Minat remy.....mesti tgk...hrp2 mf best lah lakonannya...

Lana Publish time 7-10-2018 01:34 PM

Nana_Man replied at 7-10-2018 08:21 AM
Biler ni?? Lepas seribu rindu ke? Walau i tak minat MF, tapi i will watch this for sure. Tgk gambar...

LKT hang tak nak tengok pulak.:lol:

Nana_Man Publish time 7-10-2018 01:40 PM

Lana replied at 7-10-2018 01:34 PM
LKT hang tak nak tengok pulak.

LKT- i nk kumpul a few episods baru tgk..

F685 Publish time 8-10-2018 01:07 PM

laku RI & MF skrg

eddlisa_uyuk Publish time 11-10-2018 09:41 AM

kenapa MF lagi???? suka RI...tp tak suka MF...camner nih :)

willowbe Publish time 11-10-2018 01:15 PM

eddlisa_uyuk replied at 11-10-2018 09:41 AM
kenapa MF lagi???? suka RI...tp tak suka MF...camner nih



saya pun...MF ni cakap tak clear kadang2..tenguk lelaki kiriman Tuhan sebab RI jer ....:lol:

Lana Publish time 12-10-2018 04:44 PM

Lebat job RI,back to back. Bukan time ni ke dia ni sepatutnya gi holiday ngan fans ke apa kat sepanyol sana. Ke takda org sign-up..

harumanis Publish time 15-10-2018 02:58 PM

eddlisa_uyuk replied at 11-10-2018 09:41 AM
kenapa MF lagi???? suka RI...tp tak suka MF...camner nih

sama lah kita.....

rosmawari Publish time 15-10-2018 06:05 PM

eddlisa_uyuk replied at 11-10-2018 09:41 AM
kenapa MF lagi???? suka RI...tp tak suka MF...camner nih

Sama laa...akak pun suka RI tapi xsuka MF... mcmna tuu

bedahmenjuyah Publish time 6-11-2018 06:29 PM

Sama gak. Suka remy berlakon tp mf mcm kurengg

ROSMAWATIE Publish time 13-11-2018 10:09 AM

suka tgk remy....

drama2 yg remy berlakon, kebanyakkan melekat depan tv..hihihihi

Nham22 Publish time 12-12-2018 11:48 PM

Beza kan dengan pelakon2 lelaki baru...remy ni aura bujang die masih lg ade...hero2 lain sekaliannye sudah ade wife masing2x..hahaha...

eddlisa_uyuk Publish time 13-12-2018 07:18 AM

asyik2 dgn MF

melnanzz Publish time 16-12-2018 02:29 PM

Episod 1 start hari Khamis ni, gais

bedahmenjuyah Publish time 16-12-2018 06:40 PM

Nham22 replied at 12-12-2018 11:48 PM
Beza kan dengan pelakon2 lelaki baru...remy ni aura bujang die masih lg ade...hero2 lain sekaliannye ...

Zulripin bujang lagi. Lambattttttt lagi dia nak kawin tu
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: PUJAAN HATI KANDA [Akasia TV3: Remy Ishak, Mira Filzah]


ADVERTISEMENT