Cari-Nora Publish time 5-10-2018 04:20 PM

Penuh Makanan Halal, Sedap-Sedap Belaka! Kalau Ke China Jangan Lupa Singgah Di M

Muslim Quarter, terletak di bandar purba Xi'an adalah lokasi wajib singgah jika anda di Xi'an. Malah anda akan ketagih dengan tempat ini dan mahu pergi lagi dan lagi.



Terdapat beberapa penginapan berdekatan dengan lokasi ini.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/05/151320ok3xbinibisn4cc7.jpg

Perkara yang Anda Boleh Lakukan di Muslim Quarter, Xi'an, China


1. Melawat Menara Old Drum
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/05/151322u6600td60i611sjn.jpgFoto:princesscindyrina.com




2. Melawat Grand Mosque


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/05/152307j8rggi8sfwl9lfir.jpgFoto:princesscindyrina.com



3. Makan di Muslim Quarter


4. Menonton Pertunjukan Puppetdan bersiar-siar pada waktu petang di Gao Family Mansion


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/05/160755lo57hsfh5ynfc27o.jpgFoto:princesscindyrina.com




6. Kemudian makan lagi di Muslim Quarter


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/05/151320bgp6zep5regu5goo.jpgFoto:princesscindyrina.com


Kenapa kami tekankan untuk makan dan makan lagi di Muslim Quarter? Kerana fokus kali ini ialah makan!


Anda tidak boleh melawat destinasi ini jika anda sedang berdiet. Kalau anda berdiet sekalipun, anda pasti akan gagal kerana ada banyak makanan halal yang sedap-sedap ditawarkan di sini.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/05/161310zrjrlsg8szeang6q.jpgFoto:princesscindyrina.com




Untuk anda yang tidak fasih berbahasa Cina, anda hanya perlu tahu 2 perkataan iaitu


Yang Rou=Daging kambing


Niu Rou = Daging lembu
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/05/151320j3onuokc3ktmdpuo.jpgFoto:princesscindyrina.com


Anda boleh memulakan perjalanan di sini dengan melawat Menara Old Drum. Bayaran masuk adalah sebanyak 25 yuan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/05/161800lv09k3as3vk21w0k.jpgFoto:princesscindyrina.com



Di sepanjang perjalanan anda, anda bakal nampak pelbagai gerai menjual makanan dan jangan risau, nama pun Muslim Quarter, jadi semua makanan adalah halal-halal belaka. Lihat sahaja gambar yang kami lampirkan, kecur air liur tak?


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/05/151321jwwfcwz8q8fgcqz0.jpgFoto:princesscindyrina.com


Jadi jika anda ada perancangan nak ke China, boleh masukkan Xi'an dalam senarai lawatan anda! Jom ke China!

belilies Publish time 5-10-2018 04:34 PM

Kalau ke Taiwan tadi nak je cadangkan oyster omelette pancake.

moonbug Publish time 5-10-2018 04:46 PM

Menarik nampak semua food tu

sehirkedi Publish time 5-10-2018 05:16 PM

Waaaa nampak sedap makanannya....

meisapoya Publish time 5-10-2018 05:22 PM

Sedap nampak semua makanan {:childlikeo

genUmi Publish time 7-10-2018 02:24 PM

insyaallah akan ke sana tahun depan.
Tak sabar

zafira Publish time 8-10-2018 09:22 AM

kalau tengok makanan dia, semua kita nampak sedap.. hakikatnya.. ada yang sedap ada yang tak.. so far akak boleh lagi lah makan sup dumpling, sotong goreng, mee sup dia tu, nasi goreng.. .yg lain2 tak sedap.. even pisang celup bread crumb tu pun tak sedap... tawar... kalo nak try boleh lah...akak sarankan korang pegi explore belah2 belakang muslim quarter ni...tempat tinggal dia orang ni.. lagi hapenning.. banyak kedai makan kecik2 yang korang boleh cuba... sedap...

fushimi Publish time 8-10-2018 04:48 PM

i miss xian

zaziot Publish time 10-10-2018 03:43 PM

zafira replied at 8-10-2018 09:22 AM
kalau tengok makanan dia, semua kita nampak sedap.. hakikatnya.. ada yang sedap ada yang tak.. so fa ...

mahal x kak cost berjalan kt sana?

and senang x if jalan sendiri2 je xyah amek agent

korokure Publish time 14-10-2018 07:55 AM

sedapnya..saya suka makanan unik.

adeqqq Publish time 14-10-2018 09:55 AM

Missed xi'an!!!...memang berbaloi g xian ni kme masukkan sekali trmpat wajib g terracota army. Kos sy 6hari kat sini all in rm1500 je bukan bajet traveller, so sape yg nak g bajet mmg lagi murah ler.

Makanan memang sedap, kene explore semua area muslim street tu, dan try makann tradisional diaorg mmg sedap2. Sy giler dumpling kat sini sbb pelbagai jnis dumpling dandmasak dgn cara yg berbeza. Syurga makanan la senang ckp kalau kat sini...

Ade banyak masjid kat sini dan ade gak 1 masjid ni hanya tuk perempuan je dan 1 masjid ni hanya untuk lelaki je tapi kat sini ade dalam 20masjid tp berjaya cari separuh je sbb yg lagi jauh tu x dan nak cari

genUmi Publish time 14-10-2018 09:01 PM

nak tanya pada yang dah pergi

kalau melawat Xian sekitar hujung bulan 10, boleh beri nasihat baju yang sesuai dipakai?

nohas Publish time 18-10-2018 06:10 PM

genUmi replied at 14-10-2018 09:01 PM
nak tanya pada yang dah pergi

kalau melawat Xian sekitar hujung bulan 10, boleh beri nasihat baju ...

dulu pergi 7-12 October, cuaca dah sejuk..
jgn lupa, cuba kuih pisang kaki (persimmon)..sedap..



amyza Publish time 8-11-2018 07:10 PM

Tengah plan nak pergi xian dengan family. Bile time yang sesuai? Tak nak musim sejuk.

akmal Publish time 9-11-2018 01:35 PM

adeqqq replied at 14-10-2018 09:55 AM
Missed xi'an!!!...memang berbaloi g xian ni kme masukkan sekali trmpat wajib g terracota army. Kos s ...

adeqq..
sharelah u punye itinerary xian yg budget RM1500(hote,transport,meal)tq

cejawiwewe Publish time 27-3-2020 03:04 AM

Edited by cejawiwewe at 27-4-2020 12:23 AM

10bestseo10bestseo10bestseo10bestseo10bestseo10bestseo10bestseo

yogamat Publish time 11-8-2020 01:40 PM

Xi'an memang best! but makanan tu depends kat tekak individu tu la sebab kalau daging dia too much serbuk ketumbar ke apa ntah rasa mcm payau tekak...

makanan ok la boleh la telan and harga pun murah la jugak. Pergi Xi'an mesti pergi terracotta museum tu and please ambik tour guide yg boleh explain semua benda pasal terracotta. really fascinating the story behind it.

naik basikal around wall tu about 13km
Pages: [1]
View full version: Penuh Makanan Halal, Sedap-Sedap Belaka! Kalau Ke China Jangan Lupa Singgah Di M


ADVERTISEMENT