zaza_lina Publish time 3-10-2018 10:09 AM

Masalah claum insurans

Salam semua..

Sorry kalau salah bod..dah buntu ni..

Saya nak minta pendapat semua, yg ada pengalaman, otai insurans, polis etc..

Macam ni..24 hb 9 kereta saya kena langgar dari belakang oleh 2 buah kereta..so kereta saya yg depan sekali..

Report polis semua dah buat dan sekarang kereta kat bengkel..

Dalam minggu ni result siasatan polis dah keluar dan menyatakan kereta belakang sekali iaitu kereta no 3 yg salah..

So procedure claim insurance kereta saya n kereta kedua akan claim guna insurance kereta belakang belakang sekali (kereta ke 3)..

Yang jadi masalahnya sekarang, rupa rupanya kereta ke 3 tu takde insurance..menyebabkan saya and kereta ke 2 tak boleh claim insurans dia dan kena guna insurance sendiri utk repair kereta.

Sekarang ni saya rasa unfair sebab orang yang salah terlepas sebab kereta takde insurans and saya alami kerugian sebab kena guna insurans sendiri..

So saya nak tanya apa tindakan yg boleh saya buat terhadap kereta ke 3..saya tengk result report polis dia kena saman rm300 je..

Sorry kalau tak jelas and terima kasih yg berikan pendapat.

zaza_lina Publish time 3-10-2018 10:10 AM

Alamak typo tajuk plak..xjumpa button edit..claim sebenarnya

zulka Publish time 3-10-2018 10:48 AM

minta owner kereta ke3 bayar guna duit dia sendiri la, kalau dia tak nak pasang lawyer naik court..

duri_durians Publish time 3-10-2018 12:09 PM

dia takde insurans? ingatkan renew roadtax wajib ada insurans.

Hana Publish time 3-10-2018 02:36 PM

duri_durians replied at 3-10-2018 12:09 PM
dia takde insurans? ingatkan renew roadtax wajib ada insurans.

kete lama, dia guna 3rd party insurance. insurans cover semata2 nak renew road tax.
dia takde insurance yang cover kete dia kalau berlaku accident. kalau berlaku kerosakan time accident, dia pun kena kuarkan duit sendiri.

kete lama aje boleh ambik 3rd party.
kete baru biasanya 1st party.


ini, berdasarkan pengalaman saya lah. :$

Hana Publish time 3-10-2018 02:39 PM

Edited by Hana at 3-10-2018 02:40 PM

u patut claim kete yang langgar u. bukan kete yang salah.
kete yang patut diclaim ialah kete yang langgar bontot u. tak kisah la dia betul atau salah. unless ada camera yang buktikan u yang salah (sbb ter salah undur/ter reversed)
ini kes kereta berderet2 kena langgar kat bontot kan..
so, kete no.1 claim no.2
kete no.2 claim no.3
tak kisah le ada motor terlepas lari mengakibatkan kete2 ni terlanggar bontot each other
atau kete no.4 yang bersalah dan dah lari.


atas jalan raya patut ada jarak selamat. kiranya kalau buat emergency break pun masih selamat
tapi, realitinya ramai orang laju & takde jarak selamat sbb nak elak opportunist2 yang potong que atau barisan.


prettyuglybabe Publish time 7-10-2018 01:08 AM

nope.. u salah..
patutnya u claim dengan kereta yg langgar belakang u bukan kereta yang last sekali..
and kalau kereta tu ada insurance 3rd party pun, takde masalah u claim insurance dia..
3rd party maksudnya insurance cover kos repair kereta yang kena langgar..
cuma tak cover kos untuk dia repair kereta sendiri..
baik u call insurance company u direct dari harap runner panel workshop yang settle..
dorang kadang kejar komisen je bukannya buat kerja betul-betul..
masa nak tarik kereta u masuk workshop dorang bukan main manis mulut takde masalah..
ujung-ujung haramjadah masing-masing..

prettyuglybabe Publish time 7-10-2018 01:11 AM

ooo.. lagi satu, kalau kereta takde insurance u boleh google or check kat fb twitter ke mana..
tak silap i ada orang share macam mana nak buat claim dari kereta yang takde insurance..
pandai-pandai la u google key word untuk posting tu..
Pages: [1]
View full version: Masalah claum insurans


ADVERTISEMENT