Cari-Faizal Publish time 1-10-2018 12:51 PM

Mesti Cuba! Resipi Tom Yam Sardin. Inspirasi Daripada Chef Siam

Tom Yam atau kadangkala disebut Dom Yam adalah menu yang berasal dari Thailand. Di Malaysia, menu tom yam adalah sangat popular dan menu ini telah mengalami inovasi yang pelbagai tidak kira dari segi bahan yang digunakan, rasa dan juga gaya hidangannya.



Bagi masyarakt Malaysia yang travel ke Thailand sudah pasti tidak mahu ketinggalan untuk merasa tom yam 'pure' di negara itu. Dan biasanya tom yam yang sering kita jumpa antaranya tom yam seafood, tom yam ayam dan tom yam campur. Tetapi, jarang kita jumpa tom yam sardin.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/29/151810bo7a53hdadj5aoo1.jpg





Apa kata jom ikuti resipi tomyam sardin yang dikatakan hasil perkongsian dari chef negara Siam itu.


https://www.facebook.com/289032358360062/videos/2039576636107290/


Bahan-bahan:

1 tin ikan sardin
1 batang serai (titik dan hiris)
daun limau purut
1 labu bawang besar
3 biji tomato
1 sudu pes tomyam thai
cili padi (ikut kepedasan)
1-2 biji limau nipis (ikut masam anda)
Sedikit sawi
Sedikit cendawan tiram


Cara membuatnya:


1. Didihkan air, masukkan serai dan pes.


2. Setelah hampir mendidih, masukkan sardin bersama kuahnya dan daun limau purut.


3. Masukkan air perahan limau, cendawan, sawi, tomato, cili padi dan bawang besar.


4. Perasakan dengan garam.


Siap.


Selamat mencuba! - CARI



Kredit: Masakan Malaysia

Mina2215 Publish time 1-10-2018 12:55 PM

Boleh la cuba ni kalau dah habis idea nak masak simple

myakayina Publish time 1-10-2018 01:40 PM

mcm sedap jer..kdg dah tak tau nak masak apa dah..

merrissa Publish time 1-10-2018 01:56 PM

adehhh lapar plak.....sedapnya sardin....

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.720405.1502963213!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_580/image.jpg

mizruncing Publish time 1-10-2018 02:33 PM

wahh mcm sedap. slalu mak mertua iols masak asam pedas sardin je. rase sedap giler kot

gelas_pelastik Publish time 1-10-2018 04:15 PM

sedapnya nampak.. boleh cuba nanti

abangadek Publish time 1-10-2018 04:54 PM

erkkkkkkk.. mcm meloyakan je.. sardin kot

TonyCaruso Publish time 1-10-2018 08:54 PM

Hmmmm sedap ker kena try lah

RatuDunia94 Publish time 1-10-2018 10:42 PM

Ala iols dh lama x makan sardin since kes cacing tu...

giyomi Publish time 2-10-2018 06:12 PM

lazadourz sgt nampaknya

haryatie Publish time 5-10-2018 11:56 AM

RatuDunia94 replied at 1-10-2018 10:42 PM
Ala iols dh lama x makan sardin since kes cacing tu...

sardin ayam brand ok jerk.. sbb cacing xde, da di mkn ayam..:lol:

dewi_rina Publish time 6-10-2018 07:30 AM

Selalu makan kari sardin je, tomyam belum try lagi

Adakah sedap sardin bila bergabung tomyam? :$

puanbintang Publish time 18-10-2018 02:21 PM

nampak menarik juga resepi ni...tak pelik sangat so memang boleh dicuba nanti..

hotmak Publish time 18-10-2018 05:06 PM

sedapnya nak try lah nanti

UmmiMuadz Publish time 16-11-2018 01:25 AM

wow! boleh try lah.. terasa masam2 lemak

nia999 Publish time 27-11-2018 07:09 PM

X sangka sardin pun blh buat tom yam;P

mizziaz Publish time 28-11-2018 09:07 AM

First time jumpa sardin masak tomyam...mxm rasa asam pedas ikan kot ye?

arek Publish time 5-12-2018 01:06 PM

menariknya ...

Beautifulliar. Publish time 6-12-2018 10:35 AM

Xhanyir ke wt tomyam gitu.meols biasanya sardin msk sambal or lemak cili api jah tu pon meols goreng dlu garing2 sbb xmau rasa hanyir.
Pages: [1]
View full version: Mesti Cuba! Resipi Tom Yam Sardin. Inspirasi Daripada Chef Siam


ADVERTISEMENT