Yucaa Publish time 30-9-2018 11:51 PM

Nasihat untuk ipar?

Assalam.. Saya nak minta pendapat untuk nasihat adik ipar saya.. untuk pengetahuan my sil ni tinggal di rumah kami.. saya sayang dia.. sebab tu saya nasihat banyak kt dia, ajar dia dressup & makeup , ajar berdikari dan sebagainya..
masalahnya bila sekarang ni kami beri dia kebebasan dia pulak pijak kepala.. nak balik malam lah.. kami bagi limit balik sebelum pukul 11/ 12 malam je.. tapi dia sibuk nak melepak dgn kawan lah apa lah pukul 1 pon tak reti nak balik.. pastu bila suami (abg dia lah) call suruh balik dia boleh jawab “tido lah dulu tak payah tunggu”.. kami mcm speechless tau.. pernah raya hari tu nak keluar dengan bf pastu terpaksa pulak buat kuih raya dengan saya, timing clash lah mase tu kan.. dia boleh bantai keluar pukul 12.30 pagi pergi jalan tar, suami saya marah gila masa tu.. yela macam esok2 tak boleh nak keluar, sibuk pikir bf merajuk lah apa lah.. apo?

Untuk pengetahuan , saya sudi jaga dia sebab family broken kan. Dan ayah dia sendiri tanggungjawabkan kami jaga dia.. kami ni sayang dia kesian kan dia duduk dalam tempurung je selama ni.. ingat kan bila tinggal dgn kami dia okay kan.. tapi culcure shock pulak.. yela sekarang fasa baru nak kenal member, baru nak pandai melepak, vacation apa semua.. kami faham sebab dah rasa kan. Tapi yg tak boleh blah tu my sil ni siap nak pindah duduk dgn member? Pindah negeri lain pulak tu? Korang rasa apa? Habis tu kami ni yg selamatkan dia dari mak tiri dia tu langsung dia tak fikir? Ya Allah.. kami dah ringan kan masalah dia tapi dia bagi masalah kat kami pulak. How dare uuu!

kami tak suka bf dia.. even mak n ayah mertua pun tak suka bf dia tu.. bf dia memang very rude, habit dia minum ketum. Kalau tak dapat ketum mesti dia mcm org gila, kalau dpt ketum br behave perangai.. and my sil pulak selama dia couple , tak pernah tahu ketum tu untuk high / tak elok lah kalau jd habit.. dia cuma tahu oh minum ketum.. bila kami bagitahu ketum tu apa baru dia terkejut.. tapi tapi .. dia still dgn bf dia..

Yang paling tak boleh blah, kalau kami perli haaa ketum ni tak elok apa semua mesti dia cakap bukan aku yg minum ketum kenapa nak perli? Sampai cam tu takde perasaan dia sebab sayang.. pastu bagi bf pegang kad atm dia, bila takde duit mintak bf transfer? Kad atm dia bf pulak nk transfer? Ini pon kami baru tahu. Ya Allah.. yang paling bagus, nak bagi mak duit pun tanya bg dulu.. ? Haa lagi bagus nak sekarang nak kahwin.. kalau bf tu perangai tak ubah, tak jumpa mak ayah, kurang ajar dgn kami& ayah dia, yg boleh up status maki kami macam mana nak kahwin? Pastu dgn perangai my sil skrg ni alaa mcm mana kami nak backup? Suami i cakap tunggu masa je bf dia tu nak kene ngn suami i.. selama ni my sil perangai makin berubah ni pun i yg stop suami i drpd berkasar, selagi boleh slowtalk kita cakap. My sil takkan putus dgn bf dia, i dont know lah.. dia mmg mcm nak mati kalau break.. sebab tu lepas break , sambung balik..

Saya sekarang ni rasa give up sangat.. dah penat! Penat nak nasihat dia as perempuan to perempuan kan.. penat bila dia buat dono je.. baru ni anivesary kami, husband ajak dia holiday sekali.. pastu dia nak ikut, tapi tetiba dah sampai destinasi dia cakap esok kita balik ye aku nak kerja kalau cuti lama2 prestasi kerja tak cantik.. eh ? Selama ni kau nak dating dgn bf bodoh kau tu boleh pulak unpaid dua tiga hari semata2 nak pergi mall je? Ewah perangai sangat.. sampai sekarang saya diam je malas dah nak amik port.. dia tak kisah pun saya nak terasa ? biar lah suami yg jaga adik dia.. saya tengok je perangai dia.. mak dia hari2 call suruh saya nasihat, habis tu kalau nasihat tapi my sil tu still dgr ckp bf dia kita nak buat apa? Nak ikat dia ke?? Ehh pening.. ada cara x? Saya harap sgt dia jadi noob balik macam dulu..#maafemosipulak

kuzaime Publish time 1-10-2018 12:14 AM

Seumo idup dia, ni 1st time ada bf ke tt? Kemaruk lain mcm:sweat3:

Yucaa Publish time 1-10-2018 12:17 AM

kuzaime replied at 1-10-2018 12:14 AM
Seumo idup dia, ni 1st time ada bf ke tt? Kemaruk lain mcm

Based on yg suami cerita n cousin diorang cerita lah bukan 1st love.. tapi untuk dia butakan mata dia dgn bf dia ni maybe pasal dah couple dr sekolah.. kalau couple dari sekolah sekarang mesti lah bf dia dah boleh nak berubah kan ?? Haih lah

kuzaime Publish time 1-10-2018 12:21 AM

Mcm kemaruk melampau2..takut esok2 kot bf naik kaki tangan pun dia hadap jugak:dizzy:

Yucaa Publish time 1-10-2018 12:33 AM

kuzaime replied at 1-10-2018 12:21 AM
Mcm kemaruk melampau2..takut esok2 kot bf naik kaki tangan pun dia hadap jugak

My sil pernah cerita dulu masa dia noob2 lagi , dia cerita bf dia maki2 dia pastu ugut suruh bagitahu suami sy pasal diorang.. pernah kot kene tempeleng sekali dua.. but itu last dia cerita pasal bf dia.. sebab dia takut dia cerita.. tapi reaction kitorang marah n terus sekat dia keluar dgn bf dia tu .. sekarang dgr jela ckp bf dia. Tk tahu lah skrg kene sepak ke apa ke kan.. sy tak tahu nak nasihat macam mana lagi.. kalau saya tak cakap kat orang pun, orang boleh nampak dia mcm mana buta mata pekak kan telinga utk bf dia..

CardiGans85 Publish time 1-10-2018 12:37 AM

Dah sampai masa untuk nasihat kaw2 dari suami tt. Kalau tak terkesan juga, biar lah dia kawen. Kadang nasihat macam2 pun tak berguna sebab dah buta dek panahan cinta.

Cuma saya harap sangat,sil tt ni pandai jaga diri dan maruah dia. Nak pergi negeri lain dah atas alasan apa?dapat kerja baru atau ikut bf?

kuzaime Publish time 1-10-2018 12:38 AM

Dia nmpak bf dia mcm dewa skrg..apa2 pun org luar @ org trdekat cakap x adanya dia nk dngar..

Yucaa Publish time 1-10-2018 01:06 AM

CardiGans85 replied at 1-10-2018 12:37 AM
Dah sampai masa untuk nasihat kaw2 dari suami tt. Kalau tak terkesan juga, biar lah dia kawen. Kadan ...

Naik pangkat n kena transfer kat branch lain..sekarang pun nak pergi kerja suami yg kena hantar dia ni nak pindah pulak nak harapkan siapa? Kereta motor tak reti bawa? Alaaa memang tak dapat lah.. suami sy tak bg pun dia pindah, kalau rasa dh besar sgt suami nak hantar balik rumah ayah.. tapi dia diam dan teruslah bekerja tanpa naik pangkat.. dia sendiri tahu dia duduk rumah ayah nanti mak tiri dia siksa dia pulak.. hmm .. setakat ni masih kene kongkong dgn suami saya.. tapi tu lah, kalau kita tegur pasal bf dia, mesti dia buat bodoh je mcm xde pape berlaku. Faham tak? Sebab tu sy ni rasa mcm give dah.. suami sy garang jugak kat adik2 dia tapi mcm tak makan saman je.. sy dalam di lema je ni.. kami takut kalau dia kahwin, masing2 mentah pastu nak mengadu dgn siapa? Menyesal kemudian hari payah lah.. sy selalu cakap kalau kahwin nanti bf dia dah jd suami kalau dia nak minum ketum lagi nak konvoi2 lagi kau nak marah pun tak guna.. betul tak sy cakap? Tapi dia tak nak dengar..

Yucaa Publish time 1-10-2018 01:08 AM

kuzaime replied at 1-10-2018 12:38 AM
Dia nmpak bf dia mcm dewa skrg..apa2 pun org luar @ org trdekat cakap x adanya dia nk dngar..

Yes itulah yg berlaku skrg... skrg bf dia still lagi perli2 kami kalau up status .. ala budak2 nye lah.. kalau tak bagi keluar up status.. ♀

CardiGans85 Publish time 1-10-2018 01:14 AM

Yucaa replied at 1-10-2018 01:06 AM
Naik pangkat n kena transfer kat branch lain..sekarang pun nak pergi kerja suami yg kena hantar...

Memang betul la tu pendapat tt.

Biar la suami ambil tindakan dulu. Tengok reaksi dia macamana.

weezerfan Publish time 1-10-2018 07:02 AM

Biar je dia hancurkan hoduo dia sis. Bukan budak lagi xreti pikir baik buruk. Dah jatuh terkangkang kang baru nk sedar dori kot. Sesilap dah tadah badan kat mamat ketum tu

skinsandstars Publish time 1-10-2018 07:37 AM

Suruh suami you lab yang bagi talk kt dia. Nak tempeleng ke nangis ke heart to heart ke jerit ke terpulang pada suami you lah. You tu orang luar ja. Memang betul lah mak dia selalu contact you apa semua, tapi better lah suami you yang tegur. Lagipun they are blood.

Yucaa Publish time 1-10-2018 07:57 AM

CardiGans85 replied at 1-10-2018 01:14 AM
Memang betul la tu pendapat tt.

Biar la suami ambil tindakan dulu. Tengok reaksi dia macamana.

Suami sy ckp tunggu dulu kalau bf dia dh mlampau sgt br dia nak kene setepek.. hari2 suami nasihat my sil tu , tp dia mcm dh besar kepala mcm org pandai.. hmm

Yucaa Publish time 1-10-2018 08:00 AM

weezerfan replied at 1-10-2018 07:02 AM
Biar je dia hancurkan hoduo dia sis. Bukan budak lagi xreti pikir baik buruk. Dah jatuh terkangkang...

Sebab kami taknak dia jd bdk jahat lah kami control dia.. tp dia fikir yg kami ni jahat tak bagi dia bebas.. sy tahu my sil ni baik tp tu lah masalahnye dia tu mcm dah gila sgt kt bf dia..

Yucaa Publish time 1-10-2018 08:05 AM

skinsandstars replied at 1-10-2018 07:37 AM
Suruh suami you lab yang bagi talk kt dia. Nak tempeleng ke nangis ke heart to heart ke jerit ke ter ...

Yup.. skrg mmg i dah tak nasihat dia dah.. cuma serba salah lah, mak dia harap kat i sbgai kakak ipar nasihat dia .. sy cakap kat mak , sy dah nasihat diaorg pernah break kejap tp tak jalan jugak sebab diorg sambung balik couple siap perli sy lagi org luar nak hancur kebahagian diaorg.. hahaha wtf.. ni cinta monyet tahu tak !!!! Hei takkan tak nampak2.. dah terang2 he is bad guy..

Genkidesuka Publish time 1-10-2018 09:58 AM

Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Kalau dah tegur semua... suruh mak dia sungguh2 doakan utk anak dia la.Doa sungguh2 mcm bonda Imam Bukhari doa utk beliau semasa beliau buta kecil2 dulu.Tu je la.

Idgaf Publish time 1-10-2018 10:18 AM

baiknya u n your husband. terharu i. semoga sis dimurahkan rezeki n kesabaran.

IsobelMelody Publish time 1-10-2018 10:24 AM

Walaupun niat sis baik... tp sentiasa ingat sis ialah org luar... biarla abang dia sendiri handle adik dia.. part sis dh abis dh nasihatkan dia bagai... iols faham niat sis... sebab iols pun pernah rasa sayang sgt kat adik ipar... nasihatkan dia bagai.. tp at the end semua dorang adik beradik perempuan termasuk my in law menangkan dia.. dan semestinya iols pulak yg salah... apa pun niat sis... sentiasa ingat yg kita org luar...

LostStar Publish time 1-10-2018 10:50 AM

berapa umur sil nih. sibuk naw nk jaga bagai?

Yucaa Publish time 1-10-2018 11:06 AM

Genkidesuka replied at 1-10-2018 09:58 AM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Kalau dah tegur semua... suruh mak dia sungguh2 doakan utk ...

Itu lah.. itu yg terbaik.. mudah2an my sil sedar lah
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Nasihat untuk ipar?


ADVERTISEMENT