AdamJamaludin Publish time 29-9-2018 12:39 PM

Soal Jawab Doktor Dan Pesakit Tentang KURAP

Edited by noraidil_06 at 27-10-2018 08:11 AM

Soalan Berkenaan - ubat kurap, punca kurap, gejala kurap


https://www.doctoroncall.com.my/images/kurap%20(1).jpeg

Soalan:Selamat pagi Doktor. Saya Cik A berusia 26 tahun, seorang veterinar. Saya seorang yang sihat dan tiada penyakit kronik. Sejak sebulan yang lalu, terdapat ruam berwarna kemerahan yang timbul di bahagian dagu saya. Pada mulanya, saiz ruam tersebut agak kecil, lalu saya abaikan kerana menganggap ia ruam biasa. Tetapi sekarang, saiznya semakin besar. Kadang-kadang turut terasa gatal terutama ketika saya berpeluh dengan banyak. Sebelum ini, saya pernah menyapu ubat ‘cream’ yang dibeli secara online di bahagian tersebut untuk menghilangkan jerawat saya.Sekarang, jerawat telah hilang, tetapi ruam ini pula yang timbul. Saya juga risau kerana ada ahli keluarga saya yang menghidap penyakit psoriasis. Adakah saya turut mengalami penyakit yang sama atau mungkin penyakit kulit lain seperti kurapatau ekzema?
Jawapan:
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan gejala yang diceritakan, berkemungkinan besar anda sedang menghidapi penyakit kulit yang dsebabkan oleh jangkitan kulat. Di Malaysia, penyakit ini turut dikenali sebagai kurap (Ringworm). Ia boleh berlaku atas beberapa faktor, dan sesetengah orang lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini. Beberapa ujian perlu dilakukan terlebih dahulu bagi mengesahkan diagnosis kurap. Sekiranya betul, anda perlu mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor untuk merawat dan mencegah penyakit ini daripada berulang semula.

Setelah diagnosis disahkan, rawatan akan dimulakan oleh doktor. Kaedah ubati bergantung kepada luas kawasan yang telah dijangkiti, kurap yang berulang, atau yang tidak sembuh setelah menerima rawatan pertama.Sekiranya kawasan yang dijangkiti kecil dan terhad pada satu kawasan, maka ubat sapu krim akan diberikan.
Rawatan :
jika ini anda telah mengalami sakit ini lebih dari 1 minggu, 1 bulan atau pun bertahun-tahun, dapatkan rawatan segera. Jika anda masih menahan garu, ataupun menggaru sehingga merah-merah dan luka, ianya akan buatkan kawasan kurap itu makin membiak. Boleh klik di sini untuk kaedah rawatan berkesan

Apakah Komplikasi Yang Boleh Berlaku Akibat Kurap :Selain orang tua, kanak-kanak, dan mereka yang lemah sistem imun tubuh badan, beberapa golongan lain juga turut berisiko untuk mendapat jangkitan kulat. Hal ini kerana mereka lebih kerap terdedah kepada sumber penyakit sama ada melalui pekerjaan ataupun pengambilan ubatan. Selain itu, kurangnya penjagaan kebersihan turut menjadi salah satu risiko.Kumpulan ini termasuklah:
[*]Veterinar dan penjaga zoo (terdedah kepada haiwan)
[*]Pembantu makmal (terdedah kepada sampel kulat di dalam laboratori)
[*]Pekebun (terdedah kepada tumbuhan yang dijangkiti kulat)
[*]Atlet (sentiasa dalam keadaan lembab kerana berpeluh)
[*]Pengambilan steroid (ubat sapu atau makan yang melemahkan sistem imun)
[*]Berkongsi barang peribadi seperti baju atau sikat (kedai gunting rambut)


Dapatkan rawatan untuk KURAP . Penyakit ini remeh tapi merbahaya jika dibiarkan ditinggal tanpa dirawat












yusriza855 Publish time 29-9-2018 06:46 PM

Hi good sharing

yusriza855 Publish time 29-9-2018 06:46 PM

Hi good sharing

Idgaf Publish time 29-9-2018 07:51 PM

Oo macam tu ke rupa kurap. Thank you

AdamJamaludin Publish time 1-10-2018 03:36 PM

yusriza855 replied at 29-9-2018 06:46 PM
Hi good sharing

sama2, sharing is caring <3

AdamJamaludin Publish time 1-10-2018 03:37 PM

Idgaf replied at 29-9-2018 07:51 PM
Oo macam tu ke rupa kurap. Thank you

kurap ni menakutkan kalau tak disembuhkan , huhuhuhu


idakamaruddin Publish time 16-10-2018 12:09 AM

kalau artikel ni utk buat jualan i have to delete this thread

cik_sssara Publish time 17-10-2018 10:56 AM

idakamaruddin replied at 16-10-2018 12:09 AM
kalau artikel ni utk buat jualan i have to delete this thread

Delete je mod. Kalau setakat suruh pergi doktor & promote produk khusus baik takpayah.
Pages: [1]
View full version: Soal Jawab Doktor Dan Pesakit Tentang KURAP


ADVERTISEMENT