Cari-Faizal Publish time 28-9-2018 11:24 AM

Kecur Dibuatnya! Ini Resipi Terung Bakar Asam Lemak

Secara geologinya, terung merupakan sayuran yang banyak tumbuh di India. Namun, tumbuhan ini dapat ditemui di seluruh dunia. Terung juga dikatakan mengandungi banyak nutrisi antaranya zat besi, kalsium yang baik untuk pembentukan tulang dan juga serat yang baik untuk penghadaman.

Biasanya, terung dijadikan sebagai pelengkap nutrisi sayuran dalam pengambilan sesebuah makanan seimbang. Banyak juga menu yang boleh dihasilkan dengan menggunakan terung. Jom cuba resipi mudah terung bakar air asam lemak ini. Melihatnya sahaja sudah membuatkan kita terliur!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/27/180217v0t16ih7m3t7sasm.jpg


Resipi Terung Bakar Asam Lemak


Bahan


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/27/175920mhjjd9y9hamlacih.jpg


* Terung (bakar)
* Cili besar 2 biji, cili padi 2 biji dan belacan (tumbuk kasar)
* santan
* perahan limau
* garam dan gula
* bawang besar dimayang
* cili padi potong


Cara buat


1. Panggang terung di atas api.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/27/175845ruu2toynat5urdo3.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/27/175848icye2wgxwg69ydex.jpg


2. Kupaskan kulit terung yang hangus setelah dipangang. Dan asingkan.


3. Bahan-bahan ditumbuk masuk dalam mangkuk kecil dan masukkan kesemua bahan. Gaulkan dan sesuaikan rasa.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/27/175907b5hbzy5ovzfg6bvf.jpg


4. Masukkan terung yang sudah dibuang kulit tadi ke dalam bahan-bahan yang telah digaul tadi.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/27/175920mhjjd9y9hamlacih.jpg


5. Sedia untuk dinikmati.


Selamat mencuba! - CARI


Kredit: arieza rieza via Resepi Isteri Viral

moonbug Publish time 28-9-2018 11:35 AM

Nampak sedap dah. Tapi serious laaaa bakar terung direct dalam api stove macam tu? Hahaha. Grill kosong guna nonstick pan je, jgn letak minyak ke apa, guna api slow. Terung lebih moist and manis je and dapat retain nutrients dalam tu. Just sharing :P

munchkin Publish time 28-9-2018 11:41 AM

Wahhhh menarik

missinpiece Publish time 28-9-2018 01:24 PM

Sedap nampak...

makneng Publish time 28-9-2018 01:32 PM

Cantek plak tgk dia hidang dlm tempurung kelapa :C

nisako Publish time 28-9-2018 01:44 PM

sedapnye…………………..

raihaneem Publish time 30-9-2018 11:39 AM

Adoiiii..sedapnya


Suka terung

lolen Publish time 1-10-2018 12:20 PM

santan tu mmg xyah masak eh?

lolen Publish time 1-10-2018 12:22 PM

moonbug replied at 28-9-2018 11:35 AM
Nampak sedap dah. Tapi serious laaaa bakar terung direct dalam api stove macam tu? Hahaha. Grill kos ...

x boleh ke sis bakar terung mcm tu? ada beza eh bakar arang ngan bakar stove?
x pernah buat bakar atas stove tp pernah bakar atas pan tp x jadi cantik hangus mcm bakar direct ni


moonbug Publish time 1-10-2018 01:44 PM

lolen replied at 1-10-2018 12:22 PM
x boleh ke sis bakar terung mcm tu? ada beza eh bakar arang ngan bakar stove?
x pernah buat bakar ...

Bukan tak boleh sebab apa sis. Tapi high temperature cooking kan cause loss of nutrients. Habis hilang vitamin apa semua tu. Sayanglah makan sayur tak dapat khasiat :D tu je. Tapi ni terpulang pada preference masing-masing. Kalau nak retain nutrients dalam makanan, slow cooking is the best way :)

pittjie Publish time 2-10-2018 11:33 AM

lolen replied at 1-10-2018 12:20 PM
santan tu mmg xyah masak eh?

tak payah. tapi perah santan sendiri guna air masak la. jgn guna santan yang siap sedia diperah tu. selain terung ... ayam bakar atau ikan pari / sembilang / keli bakar pun sedap buat mcm ni. lagi sedap kalau bahan2 tumbuk tadi letak cekur jgk.

ellez Publish time 22-2-2020 05:21 PM

Sayang terung iols dah layu dlm freezer..kalau tak,boleh cuba menu baru sbb npk sedap di pandangan..
Hmmm

MissVixen Publish time 23-2-2020 01:54 AM

Sedapnya terung bakar asam ni. Selalu bakar dan goreng telur je.

Lengkong Publish time 26-2-2020 09:54 PM

Sedapnya..



seroja23 Publish time 14-10-2020 10:21 AM

dari kecik dah biasa makan ni. mak selalu buat.
makan ngn ikn goreng panas panas, sambal belacan sikit.

aummmmmmm sedapnyaaaa:lol:

yellowtulip Publish time 16-10-2020 09:39 PM

Tak pernah tau wujud hidangan ni tapi mmg nmpak mabelesss..kecur ayo lior !

brownsaga Publish time 20-10-2020 07:04 PM

Nampak menarik. Tak pernah tau ada menu ni. Wuuu. Boleh la cuba nanti

Chimicuri Publish time 18-3-2021 10:57 PM

Ish ish.. terliur betul {:mldance3:}

Chimicuri Publish time 18-3-2021 10:58 PM

Ish ish.. terliur betul {:mldance3:}
Pages: [1]
View full version: Kecur Dibuatnya! Ini Resipi Terung Bakar Asam Lemak


ADVERTISEMENT