chibi41 Publish time 26-9-2018 03:15 PM

Patut ke deposit rumah aku burn?

Assalamualaikum n salam sejahtera semua

Saya nak mohon pendapat semua berkenaan dgn masalah saya.


Tempoh kontrak sewa rumah saya adalah setahun dan akan tamat pada september 2018. Awal bulan 9 saya msg tanya tuan rumah sama ada deposit akan dapat bila pastu tuan rumah bising kenapa x bagi notis sebulan awal. Saya check balik dalam perjanjian sekiranya saya nak renew sahaja perlu notis 2 bulan. Bila saya rujuk dgn agent rumah, dia cakap deposit saya akan burn sebab x bagi notis nak keluar rumah. Sedangkan dalam perjanjian dah terang2 tulis kontrak sewa saya tamat september 2018. dan sekarang ni saya nak keluar rumah sepertimana perjanjian bukan saya nak keluar awal dari tarikh dalam kontrak tu.


Untuk makluman, tiada sebarang tunggakan sewa dan bil2 utiliti. tiap2 bulan saya disiplin bayar sewa on time. Tak pernah lebih 3hb. hopefully, deposit saya pun dapat balik on time jugak la.


Apa pendapat kalian pasal hal ini?

Kat bawah ni link utk tenancy agreement tersebut


https://we.tl/t-UHwNlfzeIQ




KILL_NANCY Publish time 26-9-2018 03:27 PM

saya tolong tepek kan agreement tu.

https://preview.ibb.co/iRfkHU/Screenshot_20180926_151820_Word.jpg

https://preview.ibb.co/dnnt49/Screenshot_20180926_151838_Word.jpg

https://preview.ibb.co/iFtaj9/Screenshot_20180926_151853_Word.jpg

https://preview.ibb.co/iVrjcU/Screenshot_20180926_151911_Word.jpg

https://preview.ibb.co/fmrNWp/Screenshot_20180926_151924_Word.jpg

https://preview.ibb.co/e7NeBp/Screenshot_20180926_151951_Word.jpg

https://preview.ibb.co/kavucU/Screenshot_20180926_152008_Word.jpg

https://preview.ibb.co/nF1NWp/20180926_152036.jpg

chibi41 Publish time 26-9-2018 03:33 PM

Terima kasih bos..saya nak tepek gambar tadi tapi xberjaya{:1_132:}

KILL_NANCY Publish time 26-9-2018 03:35 PM

chibi41 replied at 26-9-2018 03:33 PM
Terima kasih bos..saya nak tepek gambar tadi tapi xberjaya

sama2 saya nak hadam jap citer awak ni.

CiliPadiSedap Publish time 26-9-2018 04:07 PM

u boleh viralkan kes ni, sebab kes ni patut u dapat deposit. minta balik deposit atau buat report polis. sebab term renew contract mesti atas persetujuan u, kalau u tak setuju jadi deposit boleh dapat semula.

agent property mana yang buat begitu ye? report agensi tersebut berkenaan isu ini.

juruterra Publish time 26-9-2018 04:16 PM

tatau sbb tak penah sewa rumah

prettyuglybabe Publish time 26-9-2018 04:19 PM

by right dia kena pulangkan deposit after segala bil dan kerosakan diperiksa..
and bila u bagitau nak keluar tu, kira dah bagi notis la..
salah dia la tak aware bila tenancy agreement habis..
agent u pun patutnya aware..
habis contract end September, takkan dia buat bodoh je?
biar rumah disewa tanpa valid contract ke..
or dia bagitau tak masa sign agreement kalau nak pindah kena bagi berapa bulan notis?

chibi41 Publish time 26-9-2018 04:28 PM

CiliPadiSedap replied at 26-9-2018 04:07 PM
u boleh viralkan kes ni, sebab kes ni patut u dapat deposit. minta balik deposit atau buat report po ...

Dalam agreement section 6.04 pun dh nyatakan kalau takde notis bertulis yang diterima oleh landlord, agreement akan tamat sepertimana kontrak. Tuan rumah should be alert la.


Agent tu putar belit statement "any notice" dalam section 6.06. Tapi sefaham saya "any notice" tu notis 2 bulan yang dinyatakan dalam contract sahaja. Kan ada perkataan "hereunder" kat hujung tu. Notis keluar tidak dinyatakan dalam kontrak.

chibi41 Publish time 26-9-2018 04:32 PM

prettyuglybabe replied at 26-9-2018 04:19 PM
by right dia kena pulangkan deposit after segala bil dan kerosakan diperiksa..
and bila u bagitau n ...

Bila saya msg tanya pasal deposit baru owner tu aware. Dia takde bagitau kena bagi berapa bulan notis. Kalau perlu kenapa tak include secara bertulis dalam contract. Tenancy agreement saya dgn owner stamping LHDN which is valid la kan..Rumah tu takde apa2 kerosakan. Saya jaga rumah tu macam rumah sendiri.

prettyuglybabe Publish time 26-9-2018 04:36 PM

chibi41 replied at 26-9-2018 04:32 PM
Bila saya msg tanya pasal deposit baru owner tu aware. Dia takde bagitau kena bagi berapa bulan no ...

kalau u dah bagi notis kata nak keluar, means dia tetap kena pulangkan segala deposit lepas dia puas hati bil tak tertunggak and rumah cantik tanpa ada sebarang lobang-lobang yang u buat..
so kalau u ada paku apa-apa, make sure cabut dan tampal semua lubang..
cat balik elok-elok sama dengan color asal rumah..
kalau owner gini, u memang kena bagi cantik segala supaya dia takde alasan nak tolak deposit u..

KILL_NANCY Publish time 26-9-2018 04:44 PM

prettyuglybabe replied at 26-9-2018 04:36 PM
kalau u dah bagi notis kata nak keluar, means dia tetap kena pulangkan segala deposit lepas dia pu ...

yes....jawapan babe dah merangkumi semua persoalan.dah kes tutup.

chibi41 Publish time 26-9-2018 04:46 PM

prettyuglybabe replied at 26-9-2018 04:36 PM
kalau u dah bagi notis kata nak keluar, means dia tetap kena pulangkan segala deposit lepas dia pu ...

Condition rumah tu sama seperti masa saya masuk tahun lepas. Takde tebuk2 tampal kat dinding. Fitting lampu yang xnyala pun saya dah tukar baru. Takde apa2 defect. Takde tunggakan sewa dan bil2 utiliti. Bil tnb tu ter"negative" ada la..silap terbayar lebih..huhuhu Sewa monthly pun saya bayar on time sebab fikir situasi owner nak bayar bank kan. Harap2 owner pun fikir juga la situasi saya.:sweat3:

chibi41 Publish time 26-9-2018 04:50 PM

KILL_NANCY replied at 26-9-2018 04:44 PM
yes....jawapan babe dah merangkumi semua persoalan.dah kes tutup.

In case kalau tuan rumah nak burn deposit saya sebab tak bagi notis nak keluar, boleh ke saya saman dia balik?of course la saya kan slowtalk dulu kan. In case kalau dia tetap tak nak pulangkan. Dah berkali2 saya baca tenancy agreement. Ini yang saya risau

KILL_NANCY Publish time 26-9-2018 04:55 PM

chibi41 replied at 26-9-2018 04:50 PM
In case kalau tuan rumah nak burn deposit saya sebab tak bagi notis nak keluar, boleh ke saya sama ...

of course boleh.agreement dia makan diri dia balik nanti.awak check balik agreement awak tu.deposit macam mana pun kena pulangkan melainkan ada kerosakan, awak lari senyap2, atau bil2 utiliti yang tertunggak.

CiliPadiSedap Publish time 26-9-2018 05:37 PM

chibi41 replied at 26-9-2018 04:28 PM
Dalam agreement section 6.04 pun dh nyatakan kalau takde notis bertulis yang diterima oleh landlor ...

cakap report polis and viralkan isu ini, offer settle cara baik, biasanya kes sebegini agent or landlord dah guna deposit tersebut. tu je isunya kalau mereka simpan confirm boleh refund

ResellerMaxis Publish time 27-9-2018 04:40 AM

Aku dulu berhadapan isu sama gak. Deposit akan burn sebab ada option untuk renew. Kalau xinform apa apa means kita setuju utk renew.

So masa tu aku nego dengan owner utk cari pengganti..

Disebabkan aku dah beli umah lain n mmg kena pindah gak mcm mn pun..

Yg response pada iklan aku cuma agent je..so adalah sorang agent yg boleh nego utk kurangkan caj dia dari sebulan sewa jd setengah bulan je..

So dia arrange semua..tapi aku dapat 1.5 month je lah dari deposit 2 month..0.5 lagi bayar pada agent..

ResellerMaxis Publish time 27-9-2018 04:45 AM

CiliPadiSedap replied at 26-9-2018 05:37 PM
cakap report polis and viralkan isu ini, offer settle cara baik, biasanya kes sebegini agent or la ...

No lah.

Standard je ni. Kalau kau xbagitahu 2 bulan awal..

Owner akan rugi 2 bulan sewa..sebab sebulan caj agent n sebulan lg tempoh unit tu skan kosong..

Klau kau bgtahu 2 bulan awal. Tuan rumah akan terus hire agent. So cuma perlu tanggung kos agent which is sebulan sewa je..

ResellerMaxis Publish time 27-9-2018 04:51 AM

chibi41 replied at 26-9-2018 04:50 PM
In case kalau tuan rumah nak burn deposit saya sebab tak bagi notis nak keluar, boleh ke saya sama ...

Kau try buka web tribunal pengguna. Situ ada section enquiry.

Kau attach agreement ni semua. Tengok respond dia org. Nanti update sini blk.

Atau boleh je call or visit tribunal pengguna terdekat..

Kalau dia org boleh handle minta ar advise dia org..

Kalau ikut tribunal pengguna ni free je..kita xperlu bayar apa apa.

Klau nak saman mahkamah tu takut kos lawyer pun lagi tinggi dari deposit yang burn tu jer..

prettyuglybabe Publish time 27-9-2018 10:01 AM

ResellerMaxis replied at 27-9-2018 04:40 AM
Aku dulu berhadapan isu sama gak. Deposit akan burn sebab ada option untuk renew. Kalau xinform apa...

macam i ada tenant...
rental agreement patutnya habis bulan 5 tahun ni..
i yang chase agent suruh tanya tenant nak sambung ke tak contract..
but dorang decide kata nak pindah dalam masa sebulan tu..
so bila i dah ready deposit semua, tetiba dorang kata tak jadi pindah..
nak extend sampai hujung tahun..
so i renew contract but agent kata contract tetap setahun..
i nak tanya, patut ke i confirm balik bulan depan sama ada mereka nak stay atau pindah?
ke tunggu je bulan 3 tahun depan baru tanya ikut tempoh contract?

ResellerMaxis Publish time 27-9-2018 10:21 AM

prettyuglybabe replied at 27-9-2018 10:01 AM
macam i ada tenant...
rental agreement patutnya habis bulan 5 tahun ni..
i yang chase agent suru ...

Tujuan ada contract supaya owner mcm uol xpening kepala lah..

Kita cuma perlu ready kan duit ikut tarikh tamat contract je..

Kalau uol nk jd landlord yang bertimbang rasa n dia org pun dah bgtahu awal..boleh je agree dengan dia org n start suruh agent cari tenant baru..

Dengan syarat dah lepas setahun lah..

Klau nak kejam bagitahu dia orang kalau keluar sebelum tamat contract deposit burn or sila cari pengganti..

Untuk long term better method ke2..nanti dah ada banyak rumah n so on..xpening nak ready duit tiba tiba utk pulang deposit tu..

Pages: [1] 2
View full version: Patut ke deposit rumah aku burn?


ADVERTISEMENT