elounoer Publish time 25-9-2018 04:34 PM

Misteri Penutup Botol??

Assalammualaikum kpd semua pembaca bod misteri.
Actually aku tak tahu mcm mana nak mulakan kisah aku ni. Aku harap kisah aku tak kena gelak lah dengan korang otai2 kt bod ni. Aku selama ni SR je kt bod ni, hari ni aku sign up jugak lah sebab nk share cerita. Sorry la kalau takde seram apa pun, aku pun tak tahu apa yg terjadi sebenarnya, so aku cuma share je kt sini. Pada aku, ianya sungguh misteri. Penutup botol hilang tanpa jejak. Huhu.
Kisahnya bermula bulan lepas (ogos 2018), pagi tu aku masuk dapur nak masak mcm biasa. Aku nk amik bekas garam, jadi mata aku terpandang botol sos cili dekat2 situ.
"Eh.. mana penutupnya ni? Semalam rasanya sebelum tidur aku kemas dapur mcm takde pulak perasan hilang apape.." aku berbisik dlm hati. Tp aku abaikan je. Aku mencari penutup tu sekitar dapur. Kt celah2 rak, kt celah2 botol2 gula, pak aji dan sebagainya. Bawah rak pun aku cari. Tak ada.
Aku fikir aku tersalah letak agaknya, ataupun, lepas aku masak, aku secara tak sengaja terrrbuang kut? Hehe nak sedapkan hati punya pasal sbb mmg hilang langsung tak nmpk bayang.
Selang dua hari lepas tu. Aku masuk dapur, hari tu mmg aku plan nk masak masam manis. Jadi aku perlukan sos tomato. "Ehh? Kenapa togel pulak? Aku tak guna pun sos ni smlm" Ahh sudahh. Aku cari lagi. Langsung hilang tanpa jejak. Malam tu laki aku balik, aku saja la cerita ngn dia. Biasa la jawapan org lelaki yg malas nk pikir benda bukan2.
"Alaa, monyet kut. Tak pun cik ti (tikus)" laki aku cakap.
Aku pun hmm iyalah.. tp mmg aku tak puas hati.
Ok aku tak cerita lagi kan dapur aku mcm mana. Rumah aku jenis rumah murah, dapur belakang tu extend sebenarnya. (Rujuk gambar)
Botol2 sos, botol2 kicap tertentu yg selalu guna mmg aku letak kt rak hijau tu.
Bila dah hilang tu, aku sentiasa berjaga2. Kdg2 aku saja tinggalkan satu botol sos kt rak hijau dan aku nak perhatikan esok lusa hilang tak. Tp seperti dijangka, penutup tak hilang. Dah lama tak hilang sampai aku terlupa dan lepas tu aku jadi lalai balik dan biarkan botol2 sos kt luar.
Last kejadian hari jumaat lepas. Botol kicap karamel masakan pulak hilang.
Total penutup botol yg hilang dalam 8 botol mcm tu. Kebanyakannya botol sos jenis kaca. Serbuk maggie cukup rasa pun selalu aku salin dlm botol sos, pun hilang. Lagi satu yg pelik, bila penutup dah hilang, muncung botol sos tu mesti bersih mcm botol sos baru buka.
So skrg ni mmg aku sentiasa beringat utk tak tinggal botol2 atau bekas2 kt luar lagi. Skrg botol2 sos yg togel terpaksa la aku letak penutup botol plastik beli kt daiso atau kdg2 dok cari penutup botol plastik takde, terpaksa la aku tutup pakai plastik dan ikat getah (seperti dlm gambar) Kurang asam betul. Haha. Sampai skrg aku rasa ianya misteri dan aku tak tahu apa yg jadi sebenarnya. Laki aku cadang nk letakkan hidden camera, tp aku takut dgn segala kemungkinan. (Aku fikir ada 'benda' yg kita tak nampak tu yg usik, tapi pelik kenapa penutup botol??)

MissVixen Publish time 25-9-2018 04:48 PM

Kalau betul benda tu buat atau cikti, baik buang je. Entah apa yang dah jamah sos2 tu. Macam kena jilat pula sebab muncung botol tu bersih macam baru. Lagi pon sos tak berapa elok letak luar.

ninjago Publish time 25-9-2018 04:48 PM

misterinya.. cuba pasang hidden camera kt dapur tu tgk sape punya keje.. mesti suspen gile time nak tgk video nanti :lol:

mamapea Publish time 25-9-2018 04:49 PM

anak2 x main ke?

elounoer Publish time 25-9-2018 04:51 PM

mamapea replied at 25-9-2018 04:49 PM
anak2 x main ke?

Anak sorang, baby lagi. Jadi mmg tidak mungkin.

elounoer Publish time 25-9-2018 04:52 PM

ninjago replied at 25-9-2018 04:48 PM
misterinya.. cuba pasang hidden camera kt dapur tu tgk sape punya keje.. mesti suspen gile time nak...

Tu la takut nak pasang dan nak tengok nanti. Heheh.

elounoer Publish time 25-9-2018 04:53 PM

MissVixen replied at 25-9-2018 04:48 PM
Kalau betul benda tu buat atau cikti, baik buang je. Entah apa yang dah jamah sos2 tu. Macam kena ji ...

Terima kasih beri pesan. Tu lah, dah clearkan dapur. Buang yg lama, pakai yg baru dan semua letak dlm almari belah dalam.

zulka Publish time 25-9-2018 04:54 PM

haha..tu kerja tikus la, pernah tengok depan mata...
buang la wei kotor tu

MissVixen Publish time 25-9-2018 04:55 PM

elounoer replied at 25-9-2018 04:52 PM
Tu la takut nak pasang dan nak tengok nanti. Heheh.

Pasanglaaa. Beli dekat lazada. Kalau ada entiti atau botol2 gerak sendiri, bole post di sini. Ketandusan cerita seram ni.

elounoer Publish time 25-9-2018 04:56 PM

zulka replied at 25-9-2018 04:54 PM
haha..tu kerja tikus la, pernah tengok depan mata...
buang la wei kotor tu

Tikus boleh buka penutup botol yg ditutup dengan ketat ke? Aku terfikir2. Btw thanks. Ya dah buang botol2, n tukar baru.

zulka Publish time 25-9-2018 05:03 PM

elounoer replied at 25-9-2018 04:56 PM
Tikus boleh buka penutup botol yg ditutup dengan ketat ke? Aku terfikir2. Btw thanks. Ya dah buang ...

betul gak ekk..penutup sos tu besi kot.. :Lkalau plastik memang keje dia la

matkpop Publish time 25-9-2018 05:10 PM

pelik juga tu. mungkin hantu tu ada hobi kumpul penutup botol kot. :lol:

elounoer Publish time 25-9-2018 05:13 PM

MissVixen replied at 25-9-2018 04:55 PM
Pasanglaaa. Beli dekat lazada. Kalau ada entiti atau botol2 gerak sendiri, bole post di sini. Keta ...

Mahal tak eh. Haha. Akan dipertimbangkan utk beli n pasang. Nanti pape aku update sini.

elounoer Publish time 25-9-2018 05:13 PM

matkpop replied at 25-9-2018 05:10 PM
pelik juga tu. mungkin hantu tu ada hobi kumpul penutup botol kot.

Hobi mengumpul penutup botol gituh wakaka

elounoer Publish time 25-9-2018 05:14 PM

zulka replied at 25-9-2018 05:03 PM
betul gak ekk..penutup sos tu besi kot.. kalau plastik memang keje dia la

Kalau plastik memang aku syak juga la tikus tp sebab penutup botol sos tu besi, macam ehh peliknya mcm mana boleh pandai sgt kau bukak nii.

missDollie Publish time 25-9-2018 05:26 PM

Misteri gila kotttt...aritu rumah akak meols tetiba je ade gumpalan tisu tandas tu..banyak kot dalam toilet..macam ada yang mengamok gitu..heran bin ajaib aritu they all balik kampung..sapa kah yang main tisu itew?

padme Publish time 25-9-2018 05:30 PM

Edited by padme at 25-9-2018 05:31 PM

Hantu pun nak main lawan penutup botol.. ;P

Try la letak hidden cam, suruh suami je tengok..
Kalau ada makhluk halus, boleh lah setiap lepas subuh maghrib amalkan bacaan 3 qul & 2 ayat akhir baqarah..

awanearisu Publish time 25-9-2018 05:50 PM

Edited by awanearisu at 25-9-2018 05:52 PM

Menariknya. Bolehlah cuba saranan memasang kamera inframerah :D

cheesysauce Publish time 25-9-2018 06:01 PM

babe.. kau tengok ruang kat gril tu. kalau muat untuk seekor anak monyet, aku agak, memang anak monyet dan konco konconya. sama macam kejadian rumah aku. tutup botol abih dia buka tuang kan. jilat. telur ayam mentah dia pecahkan dan sedut. tinggal sarung je. ku sangka hantu raya. rupanya monyet sekeluarga

Bilissey Publish time 25-9-2018 06:06 PM

Uishh..misteri.. Tapi tak mustahil kerja binatang. Jilat sampai bersih. Nanti update ya TT bila dah jumpa jawapan
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Misteri Penutup Botol??


ADVERTISEMENT