Taman Ala Fairytale Hanya Di Kulim, Kedah. Seronoknya Bukan Main!
Jika anda ke Utara dan sudah ke Avatar Secret Garden menikmati lampu malam ala-ala dunia avatar, apa kata kali ini anda berkunjung pula ke Taman ala Fairytale (atau dikenali sebagai Taman MBI DesaKu, Kulim)?Perjalanan yang hanya mengambil masa lebih kurang 45-50 minitdari Avatar Secret Garden, Pulau Pinang ini menjanjikan satu perjalanan yang berbaloi untuk anda. Tambahan pula bagi anda yang sudah berkeluarga,tempat ini akan memastikan anak-anak anda teruja melihat kartun-kartun dan superhero kegemaran mereka berdiri gah di sini.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/21/172538k1a2hru1z8hz1qez.jpg
Kredit Foto : Internet
Ianya pengalaman dari penulis sendiri, tempat ini menjanjikan sesuatu yang dapatmeninggalkan detik-detik kenangan terindah kepada anda dan anak-anak. Penulis sendiri yang pernah berkunjung ke sini bersama anak buah turut berasa teruja, walaupun pada ketika itu pada jam 10 pagi tapi cuaca sudah mula panas.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/20/193057rz0wzigio8ep5jep.jpg
Taman MBI DesaKu Kulim
Taman MBI Kulim terletak di Padang Meha, Kulim merupakan taman perumahan yang menjual rumah kepada pembeli dan bagi menarik pengunjung, pemaju telah membina taman unik ini sebagai daya tarikan dengan struktur reka bentuk yang menarik ala fairytale membuatkannya menjadi salah satu tempat kunjungan utama seisi keluarga dari sekitar utara dan tempat singgahan kepada mereka yang melalui jalan highway ke Baling, Kedah serta destinasi pelancongan pelancong dari luar Malaysia.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/21/175547ffa03ef60a7a693z.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/21/175655zjq87e3e33g8weq7.jpg
Kredit Foto : Internet
Bagi anda yang berkunjung ke sini, izinkan seketika anak anda bersama-sama dengan watak-watak kegemaran mereka dan mengkreatifkan diri dengan bergambar dalam pelbagai gaya bersama watak kesukaan mereka kerana kawasaninisangat sesuai untuk anda bergambar, beriadah dan mengabadikankenangan terindah bersama anak-anak dan orang tercinta.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/21/144657ceceeeo3p66dqdur.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/21/145358z5kxq7m4pxccxega.jpghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/21/145605g3dm6l6kgjkas629.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/21/145903f44my734d27lzyyr.jpg
Kredit Foto : https://www.instagram.com/namirasidi/
Bukan itu sahaja, tempat ini juga mempunyai pemandangan pada waktu siang yang mana landskapnya dipenuhi dengan tumbuhan hijau. Ia sebenarnya sebuah taman yang mengandungi tiga taman bertema yang berbeza iaitu taman Kaktus, Jepun dan Fairy Tale. Bagi penulis, untuk anda yang menginginkan ketenangandan ingin menikmati waktu riadah bersama keluarga di waktu petang, di sinilah destinasi pilihan yana paling tepat.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/21/150726h4gbf6zg4bkb1fl1.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/21/150810qlnljjuiwgv2i666.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/21/152226dkq8uqpx6xsjqqo1.jpg
Kredit Foto : https://www.instagram.com/namirasidi/
Keluarga penulis bersama dengan beberapa tourist dari China .
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/21/163624v9uriccgigiuoxrr.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/21/161617ix83y1hpw19yxwsz.jpg
Kredit Foto : https://www.instagram.com/namirasidi/
VIDEO TAMAN MBI DESAKU PADA WAKTU SIANG
HqfOAVLWOSg
-PY83TDJ-Eg
Pada hari berikutnya pula, penulis dan keluarga sekali lagi berkunjung ke sini untuk menikmati waktu malam yang ditemani dengan lampu warna-warni menghiasi setiap pelusuk kawasan taman tema yang membuatkan taman tema ini kelihatan begitu ceria dan cantik.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/21/164742wf9oonmxw7w7mkwt.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/21/164800yfh3g36sm6f7x3zm.jpg
Kredit Foto : https://www.instagram.com/namirasidi/
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/21/173311o6j6xbroc20jjvab.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/21/173323r0844s3pz884utu3.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/21/174835qnk9xidddmpo4ikd.jpg
Kredit Foto : Internet
Tak payah susah-susah ke ICity lagi, cukup berada di sini. Restoran dalam kawasan ini pun tak kurang indahnya. Setiap bangunan dihiasi lampu seperti berdaya Tokyodan China pada waktu malam.
VIDEO TAMAN MBI DESAKU PADA WAKTU MALAM
Z03UBjjpSwI
P/S: ADA YANG SUDAH BERKUNJUNG KE SINI? JOM KONGSI PENGALAMAN ANDA. - CARI
mesti cantik malam2. tapi kartun2 tu nampak pprt plak matkpop: mesti cantik malam2. tapi kartun2 tu nampak pprt plak
Okeyla tu dari takde . Bajet xlebat nk buat mcm kt obesi Haha bajet tak lebat tapi impian hebat. Itsss occayy asalkan jaga kebersihan yacchh! Kalo nak bawak jalan2 tapi bajet tak berapa nak ada, ok la. Best tangkap gambar jela. Tapi tempat makan yg ok sikit banyak kat pekan kulim erk tak nak la. dah macam ape totoro dan shrek itew. Bawak aanak2 ni seronok tapi mengenangkan sesak pikir 2kali Mcm iCity ...banyak liplap warna warni Boleh la gi nanti cutenya..masuk list dulu..nanti2 boleh pegi laaaa... xtau pon pasai ni..
nti blk kpg bleh la p jenguk3 Memang selalu pass tempat ni bila nak ke Baling..terbaik sebab free dan beertambah cantik pada waktu malam..kanak-kanak memang suka tempat ni..
Kalau nak ke Baling atau Kuala Ketil melalui Lebuhraya BKE, memang akan lalui kawasan ni..
Pages:
[1]