Per: Peribahasa berkait ayam
makanan sedap pasar malam
tongkek ayam tuah ayam nampak dikaki
tuah diri tak siapa tahu. Ni antara peribahasa yang paling suka guna untuk karangan exam :D
Hangat-hangat tahi ayam
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Bagai ayam berak kapur
Bagai ayam bertelur riuh sekampung
:D Cakar-cakar ayam
Jajan manis2 warna coklat tu
Ayam Mee (I am me)
Lagu femes Dato Sri Vida
Errr...bkn peribahasa tp ada bunyi ayam :2lol:
ayam tambatan
rabun ayam
anaklah ayam? ;P
mm_H9E0oLhU
Edited by merrissa at 24-9-2018 07:54 PM
penakut macam ayam! telor kat dalam! :lol::lol::lol:
ni bukan peribahasa :$
kesian tul ayam ....nampak sgt ayam sgt dekat dengan masyarakat melayu ;P;P;P
https://media.giphy.com/media/Ke8zQdri9kBPy/giphy.gif
Ayam terlepas, tangan bau tahi.
https://i.chzbgr.com/full/7902804736/hF3C11903/ Ayam berlaga sekandang.
https://media.giphy.com/media/fhSTi3gJIenmw/giphy.gif Ayam baru belajar berkokok.
https://i.pinimg.com/originals/2c/74/bb/2c74bb163971c2e93d170f8ca0a60e68.gif Ayam tak patuk, itik tak sudu
Keadaan orang yang hina dalam masyarakat.
Ayam menang, kampung tergadai.
Keberuntungan yang tidak ada faedahnya
Ayam dapat, musang dapat.
Pencuri tertangkap, barang-barangnya pun tidak hilang.
Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi.
Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan.
Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan.
Sangat miskin.
Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang.
Musang berbulu ayam.
Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik.
tq mod bagi tacang {:loveo Ape salah ayam?bak kata jalil hamid, "ayam,bermacam ayam~" (sila sambung sndiri);P
Bkn org kita je guna ayam,mat saleh pun guna..cthnye chicken out..ertinya penakut..hihi..universal penggunaan ayam ni..wallaaaa~ Ayam ditambat disambar elang, padi ditangan tumbuh lalang
Malang sekali, nasib yang buruk
salmon-suki replied at 24-9-2018 11:15 PM
Ape salah ayam?bak kata jalil hamid, "ayam,bermacam ayam~" (sila sambung sndiri)
Bkn org kita j ...
Hen-pecked husband :) Asal ayam hendak ke lesung,asal itik hendak ke pelimbahan
Tabiat orang tak mungkin berubah
peribahasa yg jarang2 dgr.. :sweat3:
- Ayam bertelur di atas padi
maknanya : hidup dalam keadaan senang.
- Seperti ayam makan rumput
maknanya : hidup dalam keadaan melarat (miskin) atau susah.
- Seekor ayam tak berkokok, hari tak siangkah?
maknanya : orang yang pandai bukan seorang.
-Meneka ayam dalam telur
maknanya : membuat kerja sia-sia atau kerja yang sudah diketahui keputusannya. carik carik bulu ayam, lama-lama bercantum jugak
bertelur sebiji riuh sekampung
ayam bertelur itik menetas
telur dieram, anak sereban
Anak itik terkedek-kedek,
Anak ayam di bawah tangga;
Anak orang jangan diusik,
Kalau diusik bawa belanja.
Sebenarnya iols teringat dulu masa kecik2 arwah mak suka tgk cerita yg ada wan maimunah berlakon tu, adakah Pi Mai Pi Mai Tang Tu? Asal dia berpantun je mesti keluar anak itik terkedek-kedek ;P