dikwangreen Publish time 21-9-2018 11:01 PM

Minta pendapat mengenai hak orang lain

Salam. Saya nak bertanya something. Begini, arwah ayah saya ada sebidang tanah dan jadikan tanah tu sebagai kebun. Bulan lepas abang saya (tanah tudapat hak kepada abg) nak pasang pagar baru,so dia buat persempadanan semula. Bila juruukur ukur, rupanya arwah pasang pagar lama masuk ke tanah jiran. Lebih kurang dalam 10 kaki dari sempadan asal. So ada sebatang pokok cempedak yang ditanam tu atas tanah jiran. Jadi selama ni hasil yg family sy dapat tu haram ke? Macamana nak bahagikan pokok tu? Hal ni dah diberitahu oleh jiran. Kami bercadang untuk biarkan sahaja pokok tu. Nak buat macamana dah jadi hak milik orang. Atau boleh ke kalau dengan izin jiran, kami sama2 makan hasil pokok tu. Mohon pendapatdari forumer. Maaf kalau thread ni sepatutnya di bod agama.

greantea Publish time 23-9-2018 03:36 PM

kalo x tahu xpe kot. kalo dah tahu memang dah jd hak milik jiran. kalo nak kena mintak kebenaran walaupon pokok tu arwah y tanam. slow talk dgn jiran. kalo dia ok rasanya dia x kisah. kalo dia berkira x boleh buat ape la

kikihana Publish time 23-9-2018 05:11 PM

tak haram kalau taktahu :)

in my opinion bagi je pada jiran awk tu dan treat future buah cempedak tu as part of sedekah to them. sb keluarga awk yg tanam dan jaga pokok tu kan dulu.

Insya allah ada rezeki lain akan menyusul untuk famili awak

duri_durians Publish time 1-10-2018 02:46 PM

rasanya sedekahkan je kpd jiran tu. minta dia jaga elok je. kalau dia jenis orang baik, hasilnya tak payah minta pun dia akan bagi..

aciklola Publish time 8-10-2018 11:31 AM

sedekahkan je pokok tu pada jiran. kalau kita rasa berat hati, fikir pulak tentang selama ni hak jiran yang kita "terambil". asalkan hati tenang, makan minum halal sudah lah dik. pokok tu pejam mata jek lah, rasa2 teringin boleh lah pergi beli je
Pages: [1]
View full version: Minta pendapat mengenai hak orang lain


ADVERTISEMENT