Cari-Nora Publish time 21-9-2018 11:39 AM

BBQ Salai Ala Amerika Kini Di Bangi! Punya Lembut Dagingnya, Orang Tak Ada Gigi

Pernah tak anda menonton rancangan makanan barat di televisyen seperti makanan ala bbq dan terfikir bilalah nak ada di Malaysia?


Nak ke US misalnya bukan senang dan memerlukan perbelanjaan tinggi.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/21/014319k6bqh33wg6b2z1dw.jpgFoto: Facebook


Kini anda tak perlu membayangkannya lagi kerana impian anda sudah pun tercapai!



Smoke Texas gaya USA kini telah pun berada di Sungai Ramal, Bangi.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/21/014319j3uuxuatjudebaec.jpgFoto: Facebook



Tukang masak di sini memerlukan 14 jam sehingga 16 jam untuk menyalai daging lembu menggunakan kayu api.


Hasilnya daging yang sangat berjus dan lembut seolah-olah mentega yang cair dalam mulut!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/21/014319sdj797diet9gddku.jpgFoto: Facebook



Mereka mula menyalai daging pada 12 tengah malam dan kebiasaannya pukul 6 petang keesokan harinya baru siap. Salai ialah teknik memasak menggunakan asap sahaja.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/21/014320csurtu0trt36g770.jpgFoto: Facebook



Sebelum menyalai daging, ia diperap terlebih dahulu menggunakan bahan-bahan rahsia yang cukup istimewa. Makanan di sini mula dihidangkan pada pukul 6 petang sehingga 8 malam sahaja sementara daging masih segar dan berjus.


Disajikan pula dengan nenas salai. Memang unik dan mengecurkan air liur!


Terdapat 6 hingga 7 menu sampingan yang anda boleh pesan. Memang meriah meja anda nanti, macam-macam warna makanan yang membangkitkan selera ada!


Sos bbq yang dibuat sendiri turut diberi sebagai bahan cicah. Untuk set keluarga, ia boleh dijamah sehingga 6 orang


Lagi unik, jika anda mahu ke sini, anda perlu membuat tempahan sehari sebelum anda datang. Anda boleh klik sini untuk membuat tempahan http://nak.la/smoked


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/21/014320y8egzqeznzkdqzzk.jpgFoto: Facebook


Lokasi tempat ini terletak di Food Valet Sungai Ramal. Anda boleh menggunakan peta Google atau Waze untuk ke sini.


Ia terletak betul-betul di tepi lebuh raya Sungai Ramal yang menghala ke Putrajaya. Hanya 10 minit dari Putrajaya dan 2 minit dari PLUS exit Kajang .


Selamat menjamu selera! -CARI

otai_g Publish time 21-9-2018 12:27 PM

mesti mahal ni.

CardiGans85 Publish time 21-9-2018 12:35 PM

{:childlike

Cam best je

eLiaD Publish time 21-9-2018 12:37 PM

mmg la lembut terbaek blablabla tp bila smpi bil nt jgn plop tercekik tergolek dog

mirandanicky1 Publish time 21-9-2018 01:31 PM

Tk mahal sgt pun sy rasa harga berpatutan
Set couple 120 blh mkn hgga 4 org dewasa dan set family 298.. mana nk dpt harga camni sekali dgn 5 side dishes.

BoLapciOus Publish time 21-9-2018 01:42 PM

Nampak sodap!!

riyadhK Publish time 21-9-2018 02:14 PM

Sedapnya daging bakar

syue86 Publish time 21-9-2018 05:20 PM

selalu terliur kalau tgk rancangan amaerika..boleh g cari nnt :loveliness:

Foxey Publish time 23-9-2018 09:14 AM

Nak p cuba tapi ada ke single portion? Kalau set couple pun boleh makan berempat, besar portion dia ni.

lil_sparky Publish time 24-9-2018 02:53 PM

syue86 replied at 21-9-2018 05:20 PM
selalu terliur kalau tgk rancangan amaerika..boleh g cari nnt

sama la dgn lil..terliur je tgk kn;P

syue86 Publish time 24-9-2018 02:56 PM

lil_sparky replied at 24-9-2018 02:53 PM
sama la dgn lil..terliur je tgk kn

kan..dgr tebalnya daging tu masuk dlm oven asap2..perghhhh..terliur habis

AbukRokok Publish time 24-9-2018 03:21 PM

ooo mcm daging waklu la ni

AbukRokok Publish time 24-9-2018 03:24 PM

tabur tabur style shit out? :I

Juju89 Publish time 3-3-2019 04:54 PM

sedapnya boleh cuba nanti.

AppleJack Publish time 22-3-2019 02:46 AM

sodap ni:drool3:
Pages: [1]
View full version: BBQ Salai Ala Amerika Kini Di Bangi! Punya Lembut Dagingnya, Orang Tak Ada Gigi


ADVERTISEMENT