Cari-Faizal Publish time 19-9-2018 12:16 PM

4 Sebab Pulau Jeju Jadi Lokasi Paling Menarik Untuk Percutian Hujung Tahun

Siapa tidak kenal dengan Pulau Jeju yang terletak Korea Selatan? Pulau yang sering digambarkan sebagai Hawaii Korea Selatan ini sudah pasti menjanjikan sesuatu yang menarik buat pengunjung yang datang ke sini.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/18/083802gxwrtrpdrtlcii0i.jpgCredit: @neollene on Instagram




Biasanya tarikan utama pelancong ke Pulu Jeju ialah dengan keindahan hutan hujan yang menghijau, puncak gunung berapi yang menggunung tinggi dan juga kecantikan pemandangan ombak yang menghempas ditebing pantai.


Berikut merupakan 4 sebab kenapa Pulau Jeju boleh menjadi lokasi paling menarik percutian hujung taun anda.


1. Bukan 'peak season'


Ya, walaupun pulau ini mendapat kunjungan dari pelancong sepanjang tahun, tetapi pengunjung sekitar bulan November hingga Mac iaitu dalam musim salji, pengunjung ke sini agak berkurangan. Jadi, keadaan di sini agak lengang. Anda lebih bebas untuk bercuti dan lebih tenang.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/18/083823pdcedzif00x3td9s.jpgCredit: Google




Lebih menarik lagi, harga tiket kapal terbang juga lebih murah waktu ini jika dibandingkan dengan musimpanasdi mana ramai pelancong datang. Ini merupakan peluang anda untuk bercuti ke luar negara dengan bajet yang rendah.


2. Menikmati aktiviti 'outdoors'



Walaupun keadaan agak sejuk di hujung tahun, tetapi ia adalah lebih baik daripada keadaan yang sangat panas berpeluh. Antara aktiviti yang menarik ketika musim sejuk di sini adalah mendaki (Hike up snow-capped Hallasan), menunggang kuda merentasi jalan yang dipenuhi salji dan juga aktiviti berkhemah.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/18/083837uah4f21ofpmit016.jpgCredit: @chan.bang on Instagram




Walaupun aktiviti-aktiviti ini agak 'rare' dilakukan ketika musim sejuk, percayalah melakukan aktiviti ini di pulau ini akan menjanjikan anda seribu satu kenangan manis yang bakal anda bawa pulang nanti.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/18/083917ndf33dotd199srr2.jpgCredit: Jeju Tourism Organisation




3. Bersantai bersama pemandangan yang cantik di Jeju


Buat peminat bunga, pada musim ini sangat banyak pemandangan-pemandangan yang cantik yang disajikan. Kelopak-kelopak bunga yang mekar cantik ini membuatkan suasana sekitar Jeju begitu indah dan sangat mendamaikan. Sekiranya anda berada di Jeju antara bulan November dan awal bulan Mac, Camellia Hill adalah daya tarikan yang mesti dilihat.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/18/083933vxf8elssonfk00so.jpgCredit: @neollene on Instagram




Jangan lupa bawa pakaian musim sejuk anda dan luangkan sedikit masa untuk menikmati keindahan bunga-bunga disini. Bunga Camelia dikenali sebagai bunga romantik jadi anda wajib mengambil beberapa keping gambar bersama yang tersayang disini.

4. Waktu terbaik memetik buan tangerin


Sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki di Jeju pasti akan bercerita tentang keenakan dan kemanisan buah tangerin di sini. Seakan buah limau, tangerin adalah menjadi signature para pelancong yang datang kesini kerana rasanya yang manis, masam dan berair. Memang sedap!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/18/083949rqt5mruyibzwiuq5.jpgCredit: @qilaudz on Instagram



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/18/083948a59xfxosxjznronz.jpgCredit: @jiihyonni on Instagram




Sebenarnya tengerin terdapat dua jenis dipanggil Gamgyul dan Hallabong. Gamgyul lebih kecil dan menyerupai oren mandarin manakala hallabong mempunyai benjolan yang ketara di atas. Kedua-duanya sangat popular ketika musim sejuk kerana pada ketika ini buah ini sangat manis dan juicy. - CARI

Foxey Publish time 19-9-2018 12:35 PM

Just got back from Korea, tapi ke luar Seoul. Seoul pun tak sempat nak jalan banyak. But jumpa rakan2 yang nak ke Jeju. This is one destination in my list nak kena pegi ni.

AJMatt Publish time 20-9-2018 06:01 AM

wow bestnya main salji..kena masuk wishlist neh

NmeeraR Publish time 1-10-2018 03:18 PM

Bila la nak dapat pegi korea ni????

serawadurian Publish time 2-10-2018 03:32 PM

belum ada rezeki lagi nak pergi sini.

serawadurian Publish time 2-10-2018 03:35 PM

ada kawan pernah pergi time autum, memang cantik.

mizzacu Publish time 5-10-2018 01:17 PM

teringin nak pi.. tp takut x tahan sejukk.. adoiiii

lurve82 Publish time 13-10-2018 05:37 PM

xsabar nk g dis ni...cepat la..nak cutiii...stress dgn keje...:'(

luraziera Publish time 14-10-2018 12:00 AM

rindunya nk ke jeju lagi

Levespa Publish time 9-12-2018 11:20 PM

memang cantekk.. especially kat Mt Hallasan..ranting pokok memutih dengan snow dan pandangan gunung yg superb

boolan Publish time 13-4-2019 03:51 AM

Baru balik dari jeju cuti2 musim bunga... kalau ada persoalan boleh tolong bagi pencerahan mana yg mampu..

korokure Publish time 13-4-2019 08:56 AM

better pegi musim sejuk..kita dah rasa musim panas sepanjang tahun kat sini. hehe

bottombikini Publish time 18-4-2019 12:45 PM

gi september ok tak? ke masih panas

iolss Publish time 1-8-2019 02:22 PM

Jeju best.. nature lover should go.

I went early Mac aritu. Sejuk. Bln 11 ni solo, nak repeat lg. Anyone pegi? Boleh roger2.. :loveliness::loveliness:

moonbug Publish time 1-8-2019 02:32 PM

iolss replied at 1-8-2019 02:22 PM
Jeju best.. nature lover should go.

I went early Mac aritu. Sejuk. Bln 11 ni solo, nak repeat lg ...

U masuk thread Rakan Untuk Melancong. Memang thread untuk cari travel partner

freyayong Publish time 6-8-2019 12:30 PM

Bila la dpt pergi jeju ni

Resderbers Publish time 11-11-2020 05:45 PM

banking service
Pages: [1]
View full version: 4 Sebab Pulau Jeju Jadi Lokasi Paling Menarik Untuk Percutian Hujung Tahun


ADVERTISEMENT