AnnRahim15 Publish time 17-9-2018 09:58 AM

Lirik lagu Kasih Ibu Dan Ayahku


Semasa ku termenung
Tiba2 airmataku mengalir
Kerana ku teringat kan wajah kedua-dua ibubapaku

Dahulu aku pernah melukai hati mereka
Aku tahu perasaan mereka terhadapku amatlah kecewa
Tetapi aku hanya mengabaikan sahaja

Aku teringat kembali zaman persekolahanku
Ibuku selalu mengejutkanku dari tidur
Dan menyediakan bekal untukku
Ibuku juga sering menasihatkanku sebelum ke sekolah

Ayahku pula menghantar aku ke sekolah
Agar aku menjadi insan yang berguna
Ayahku juga menjaga aku dan saudaraku Setelah pemergian bonda tercinta
Baru ku menyedarinya bahawa kasih sayang mereka terhadapku amat besar

Bila aku terkenangkan semula peristiwa itu
Ia sudah menjadi kenangan dalam hidupku

Ku berasa sedih akan sikapku pada mereka semasa zaman silamku
Kerana merekalah pemegang kunci pintu syurgaku
Jiwaku akan terasa sakit
Jika peristiwa itu kembali di fikiranku
Ku ingin melupakan peristiwa itu
Tapi aku tidak boleh melupakannya

Pengorbanan mereka terhadapku begitu besar
Aku mendoakan kehidupan mereka diredhai Tuhan

* lagu ini merupakan lagu ciptaan saya yang pertama
Pages: [1]
View full version: Lirik lagu Kasih Ibu Dan Ayahku


ADVERTISEMENT