willow12 Publish time 16-9-2018 07:46 PM

Tonton original series (inspirasi drpd cerpen FIXI) : KOPI bermula 16/9/2018 via

Edited by willow12 at 17-9-2018 12:55 PM



Drama Unik 'KOPI' Dari Siri Original Tonton

Diinspirasikan daripada cerpen Fixi tempatan KOPI, siri drama original terbaharu tonton ini menampilkan 13 tayangan cerita yang berbeza, menawarkan pengalaman baru buat penonton. Siri drama KOPI merungkai kisah konflik keluarga, percintaan, impian yang tidak tercapai, perbezaan darjat masyarakat, obsesi dan fantasi buat cakna pemikiran di luar kotak, khas buat penonton yang meminati aliran kreatif di luar jalan cerita skeptikal.


KOPI, sebuah siri antalogi Fixi yang merungkai permasalahan kehidupan moden abad ke-21 adalah hasil garapan 13 penulis berbeza dan mendapat sentuhan penerbit eksekutif, Faizul A. Rashid, Hafiz A. Rashid dan Kamil Hashim. KOPI menangani isu kontroversi selain merungkai topik kontemporari tanpa tapisan menerusi pergelutan emosi manusia.

Siri Original KOPI diarahkan oleh Megat Sharizal Mohamed Yusoff (yang pernah mengarahkan Filem Terbaik Dari Langit, Drama Cinta 100kg dan program The Disko Baldi Show) bersama 3 lagi pengarah muda lain iaitu Mohd Faliq Mohd Sarif, Abdul Aliff Ihsan Abdul Rahman dan Ahmad Safuan Abd Rashid.

Mengenengahkan sebanyak 13 daripada 19 cerpen terbaik yang dipilih untuk dihidupkan dengan setiap episod berinspirasikan minuman adiktif kopi. Kenapa kopi? Kerana kopi menjadi permulaan cerita, penyebab peristiwa atau penyudah imaginasi. Setiap episod diolah dengan baik dan kopi menjadi medium penceritaan luar dari kebiasaan.
https://www.instagram.com/p/BnwQZANBLDf/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=pd5kp18qk1wk
Saksikan lakonan hebat para bintang yang menjayakan siri Original KOPI yang diangkat dari dari naskah cerpen ke siri web, antaranya Izzue Islam, Hafidz Roshdi, Zara Zya, Nad Zainal, Faizal Hussein, Hafreez Adam, Julia Farhana Marin, Redza Minhat, Zahiril Adzim, Jasmin Hamid, Mimi Lana, Syafie Naswip, Chelsie Ng, Tony Eusoff dan ramai lagi.

Pengarah : Megat Shahrizal, Mohd Faliq Mohd Sarif, Abdul Aliff Ihsan Abdul Rahman dan Ahmad Safuan Abd Rashid.
Terbitan : Playground production / konda kondi studio
Ketua penulis skrip : hadi m.nor, suzanne ong


willow12 Publish time 16-9-2018 07:48 PM

Edited by willow12 at 16-9-2018 11:23 PM

Judul : Secangkir Kopi Bersama Dia
Karya Asal : Syaihan Syafiq
Izzue Islam, Zara Zya
Sesi kopi terakhir seorang lelaki yang sudah berkahwin bersama skandalnya.
16 & 17 September 2018

Judul : Kopi 3 Rasa
Karya asal : Shaz Johar
Budi Citawan, Angeline Tan, Kenji Sawahi, Joyce Harn
Kisah berkenaan sebuah keluarga yang meminta pembantu rumah menyediakan "Kopi" untuk mereka. Namun, kopi yang diminta istimewa buat setiap ahli keluarga.
18 & 19 September 2018

Judul : Kopi Percik
Karya asal : Amal Hassan
Syafie Naswip
Kisah seorang lelaki yang sentiasa memulakan harinya dengan kopi, dan hari terakhir hidupnya tergendala akibat tidak sempat mencicip walau seteguk kopi.
20 & 21 September 2018

Judul : Kopi Julia
Karya asal : Faizal Sulaiman
Hafidz Roshdi, Jasmin Hamid, Hafreez Adam
Ikram yang bertanggungjawab memenuhi segala permintaan ibunya, Julia.
22 & 23 September 2018

Judul : Kau Kopikoku
Karya asal : Dheepan Pranthaman
Thevanesh Rao
Devan mencari Kopikonya Arissa yang terputus hubungan selepas berakhirnya sekolah rendah, 12 tahun kemudian.
24 & 25 September 2018

Judul : Venti
Karya asal : Redza Minhat
Jasmine Suraya Chin, Kodi Rasheed, Along Eyzendy
Kisah dua remaja ‘skinhead’ yang berbalah kerana berebutkan teman wanita.
26 & 27 September 2018

Judul : Cinta Kopi
Karya asal : Gina Yap Lai Yoong
Iedil Putra, Shakilla Khoriri
Seorang lelaki yang kehilangan kerjanya bertemu dengan seorang gadis yang bekerja di sebuah kafe.
28 & 29 September 2018

Judul : Kopi Kola
Karya asal : Nadia Khan
Nazrief Nazri, Julia Farhana Marin
Cinta pertama yang tak mungkin dilupakan kerana “Setiap yang bawa nikmat, mesti ada pahitnya’’.
30 September & 1 Oktober 2018

Judul : Kopi, Donat dan Bayang Gadis Berambut Hijau
Karya asal : Adib Zaini
Zahiril Adzim, Elvina Mohamad
Seorang lelaki yang asyik ternampak bayangan seorang gadis berambut hijau ke mana saja dia pergi.
2 & 3 Oktober 2018

Judul : Luwak Dan Kretek
Karya asal : Ridhwan Saidi
Nad Zainal
Seorang penggemar novel yang bercita-cita untuk menjadi penulis bertemu dengan idolanya untuk
mendapatkan inspirasi, dengan cara yang luar biasa.
4 & 5 Oktober 2018

Judul : Bersaksi Kopi
Karya asal : Dayang Noor
Redza Minhat, Mimi Lana
Seorang wanita menemani seorang lelaki kaki perempuan yang bercerita tentang kejayaanya bertukar-tukar wanita.
6 Oktober 2018

Judul : Tangan Berulat
Karya asal : Fadli Al-Akiti
Tony Eusoff, Chelsia Ng
Perjalanan seorang lelaki yang mati dan dihidupkan semula.
7 & 8 Oktober 2018

Judul : Kopi Jantan Kaw
Karya asal : Nik Adam Ahmad
Faizal Hussein, Fahad Iman
Seorang gelandangan memanfaatkan wang yang diperolehinya.
9 & 10 Oktober 2018

Siri original KOPI akan mula dimuat naik ke portal tonton setiap hari bermula 16 September 2018 hingga 10 Oktober 2018, menerusi tayangan keseluruhan 25 episod. Saksikan kesemua episod baharu eksklusif di tonton.com.my dalam format definisi tinggi (HD).

willow12 Publish time 16-9-2018 07:50 PM

Reserved jap

lantodak Publish time 16-9-2018 08:03 PM

Wow..menarik ni..jam berapakah tayangan?

merrissa Publish time 16-9-2018 08:49 PM

tengok gambar mcm bosan ja.....;P;P;P

tp i suke konsep cmni....

lantodak Publish time 16-9-2018 10:25 PM

Harap ada 2nd season utk siri kopi ni..{:loveo

willow12 Publish time 16-9-2018 10:55 PM

lantodak replied at 16-9-2018 08:03 PM
Wow..menarik ni..jam berapakah tayangan?

Uols cekidaut je kat tonton.. Anytime dia haplod. Part 1 utk episodsecangkir kopi bersama dia dah evelabel.. Seriously not bad at all lah.. Esok part 2. Lebih kurang 10 minit je utk setiap part..

willow12 Publish time 16-9-2018 10:58 PM

Teasers 1st episod, secangkir kopi bersama dia...
4PuUqr-VK6Y

sharlenetexas Publish time 17-9-2018 12:14 AM

#dejavu drama rtm dulu2 tahun 80an
Zaman sekarang mesti menarik dgn HD bagai

nooriesz Publish time 17-9-2018 11:06 AM

wlupun skjp.. agk best jugak laa.. tggu ending citer pertama tu..

willow12 Publish time 17-9-2018 04:51 PM

Edited by willow12 at 17-9-2018 05:02 PM

nooriesz replied at 17-9-2018 11:06 AM
wlupun skjp.. agk best jugak laa.. tggu ending citer pertama tu..

Best la... Wpun hakikat nya aku x suka sgt novel2 fixi sbb aku rasa the writers too open..too liberal and byk carut. Tapi tapi tapi..for the first shorties ni, aku cukup suka how they execute the story to be more audience friendly series.And zara zya nampak agak semenggah jadi urbanites kalu compare watak dia dlm monalisa.

Ok nak tgk the next one pulak tomorrow.

nooriesz Publish time 18-9-2018 01:40 AM

willow12 replied at 17-9-2018 04:51 PM
Best la... Wpun hakikat nya aku x suka sgt novel2 fixi sbb aku rasa the writers too open..too li ...

mse memula bc fixi novel pun mmg terkejut gk la bahase die.. open giler laa!! novel gantung kot 1st fixi novel iols bc..maklom la da biase bc novel madah pujangga ni.. tp iols rse ok la sbb mmg minat novel genre misteri thriller cmni..

tang zara tu mmg btul.. zara sesuai watak yg biase2 jer.. jd org kaya pun still kg.com :lol::lol:

willow12 Publish time 20-9-2018 10:33 AM

Kopi 3 rasa iols dah tgk. Budi citawan jadik bibik.. Amboi lawo benor bibik nye..tp knp mata aku nmpk dia ni mcm agak kertu ek
Pages: [1]
View full version: Tonton original series (inspirasi drpd cerpen FIXI) : KOPI bermula 16/9/2018 via


ADVERTISEMENT