Cikcutecun Publish time 14-9-2018 11:46 PM

Nak berfesyen, tapi

Salam semua warga forum. Aku nak minta pendapat pada yang mahir. Ketinggian aku 141 cm je. Pendek kan. Berat 47 kg.

Masalah utama aku adalah tiada confident dalam berpakaian. Aku seakan penguin. Pakai apa pun tak kena. Insyallah tahun depan kalau panjang umur, aku dah masuk 3 series.

Aku nekad untuk mencari jodoh tahun depan. Tapi kekangan yang aku lalui ialah kurang penampilan. Dengan size badan buah pear, dimana atas aku bersize normal, tapi bahagian bawah nampak macam terencat.

Aku stress bila kena pakai seluar. Sebab nampak funny. Aku dah buang seluar yàng jenis ketat. Sekarang aku ke arah pakai yang longgar, tapi itulah. Aku selalu kena perli pakai seluar tidur atau seluar bundle.

Aku rasa ini antara sebab aku tiada jodoh. Adakah lelaki tidak suka perempuan kontot?

Tolong aku, any suggestion dalam berfesyen untuk golongan kementot macam aku. Terima kasih.

salmon-suki Publish time 15-9-2018 12:37 AM

Cri je jodoh kt dating site..hehehe..kwn sy ramai gk y rendah,tp ade je bf..tp tgk prangai kot,y dah ada bf tu spesis manja2 gedik2 sket...y xde bf tu jnis reserve..sis pakai je ape y selesa ngn sis..

Tu y sy amalkn lah..i won't change mine sbb sy xnk org tu suke sbb penampilan saja,sy nak org suka sbb perangai n personaliti sy...haa gitchuuu~~;P

KILL_NANCY Publish time 15-9-2018 12:39 AM

hai cikcute, selamat malam.

low self esteem?jangan berfikir macam tu cik.walaupun klise tapi tetap saya nak cakap setiap orang tu ada kurang lebihnya.jangan takut untuk berfesyen, jangan takut untuk berasa lawa.

macam ni la cik, tinggi saya 189cm, kasut saya saiz 11, bibir saya tebal macam selipar tat sing, muka besar tapi tak pernah pun saya rasa low self esteem.jadi orang tinggi semacam saya ingat best?kalau drive orang belakang terpesok sempit.nak masuk pintu tak boleh redah, nanti benjol....ada pros and cons cik.

saya tak heran orang nak cakap apa, sebab saya tau, keliling saya rata-rata malaysian, cantik mana mereka?kacak mana mereka?jangan takut untuk tonjolkan diri, yakin dengan diri sendiri.cik pernah jalan kat pasar malam?berapa ramai cik jumpa model2 latin kat sana?takde kan....semua ada tinggi, rendah, gemuk, gusi besar, putih, hitam macam2 reka bentuk.bersyukur apa yang telah Allah kurniakan.jangan sebab rendah cik risau jodoh takde.orang pekak bisu pun kawin cik.

tak kisah lah macam mana reka bentuk kita.yang penting sekali.kita jaga kebersihan diri, kemas, makeup sekata, gigi gosok, bulu hidung trim, tudung gosok, baju gosok, perfume pakai.grooming diri tu.

gusikuberdarah Publish time 15-9-2018 01:53 AM

Memang kalau boleh ramai wanita nak saiz badan macam model. Tagline hanat yang kata langsing tinggi itu menawan.:L

Bagi aku la, berfesyen tu perlu tapi bukan priority. Yang penting kemas dan ada keyakinan diri. Dulu aku pun malu dan rendah diri sebab aku pun bukan langsing macam model. Tapi aku pegang satu prinsip "kalau kita yakin dengan diri kita, orang lain pun akan wow tengok kita". Tips pertama untuk bagi orang nampak kita yakin ialah berjalan dan duduk guna postur badan yang betul. Badan kena tegak jangan membongkok.

Kalau bab pakaian, boleh pakai seluar palazo atau jeans yang jenis boot cut. Kalau pakai yang saiz besar memang akan buatkan TT nampak lagi lebar dan rendah. Elakkan yoga pants ;P
Atau mungkin boleh pakai skirt A-lineuntuk sorok lelemak di bahagian bawah. Baju pulak jangan pakai yang pendek. Biar labuh dibawah paras pinggul.

Sori kalau tips berterabur. Iols dah cuba sebaik mungkin untuk menaip. ;P

Harap TT jumpa jodoh yang dicari.

BlackCarnival Publish time 15-9-2018 03:34 AM

salmon-suki replied at 15-9-2018 12:37 AM
Cri je jodoh kt dating site..hehehe..kwn sy ramai gk y rendah,tp ade je bf..tp tgk prangai kot,y dah ...

well said, aku setuju sangat2. Jangan berubah untuk orang lain, or nak perhatian orang lain, sedangkan kita amat2 tak selesa dengan keadaan kita tu. Stay je dengan apa awk buat sekarang, takyah nak low self esteem semata2 size badan.

Ramai je yg suka perempuan pendek2 ni, sebab terasa macam2 adik2 dan perlu jagaan gituuu.. Aku tak tinggi mana, 175cm je, tapi dulu2 masa mula2 kawan dengan perempuan, mak aku bagi 2 guidelines - Jangan jauh sangat dan jangan pendek. Dua2 aku terpaksa langgar hahaa.

Bagi aku yg pendek2 ni sangat2 la comel, ntah la susah nak explain. Tapi senang nak cakap, ramai lagi lelaki kat luar sana yg aku rasa taste macam aku gak. Masuk dating site tu oke la kalu nak try, tapi tak perlu la nak cerita 'saya pendek cuma 140++'. Takyah fikir gitu, anggap pendek tu satu kelebihan bukan kekurangan, hokey?

Moga ketemu jodoh, amiinnnn

ninja boy Publish time 15-9-2018 04:28 AM

cari la bf yg bukan org malaysia yg tinggi >1700mm org putih ka arab ka, membaiki keturunan kamu yg ketot itu.

Victorioussss Publish time 15-9-2018 07:18 AM

Pakai dark attire. Sluar ketat xpe asalkn baju longgar. I pun pendek sis dan biasanya i pakai bolero atau jaket kt luar selain tshirt kat dalam. Sbbkn i pendek mostly i akan pakai kemeja dgn jeans je

Penguin pun comel. I suke je pingu
Knooott knottt

umbut Publish time 15-9-2018 07:53 AM

Tinggi camna.. cam sazzy falak ke..

mongoose_kidz Publish time 15-9-2018 08:04 AM

tt....u ni mesti cute kan..
jgn risau...org cute ni ramai peminat
pakai ape yg kita selesa
n then sntiasa nmpak muda...itu kelebihan org kecik ni

salmon-suki Publish time 15-9-2018 09:17 AM

gusikuberdarah replied at 15-9-2018 01:53 AM
Memang kalau boleh ramai wanita nak saiz badan macam model. Tagline hanat yang kata langsing tinggi...

Palazo bkn ke akn bt lg nmpk rendah and kemetot?unless skinny,can pull off that palazo tp kalau rendah,urmmm....tp skirt A-line,rasa ok,and colour pn main peranan,cri y ceria2,pastel colour,sesuai utk nmpk muda sket..

Y pnting be urself,n jgn sedih2 kalau jodoh xsmpai lg,who knows ada some1 better y sdg tgu kan..

Catpaw Publish time 15-9-2018 09:21 AM

Ignore je lah tt org nak cakap ape. Ambil je kata2 diorang tu sebagai gurauan, ko gelak je sama2 ngan diorang, jgn simpan dalam hati pulak.

Anugerah Allah bagi setiap orang tak sama, hargai, sayangi dan syukuri apa yg Allah dah bagi. Org tinggi tgk org kurang tinggi rasa best, org kurang tinggi tgk org tinggi rasa best, biasa la tu perasaan macam ni.

Cikcutecun Publish time 15-9-2018 10:18 AM

salmon-suki replied at 15-9-2018 12:37 AM
Cri je jodoh kt dating site..hehehe..kwn sy ramai gk y rendah,tp ade je bf..tp tgk prangai kot,y dah ...

Thank you. Tapi itulah. Penampilan saya juga buat saya tiada keyakinan untuk berdepan dengan masyarakat. Dalam kerja pon saya merendah diri sebab sedar diri tak macam orang lain.

Cikcutecun Publish time 15-9-2018 10:19 AM

KILL_NANCY replied at 15-9-2018 12:39 AM
hai cikcute, selamat malam.

low self esteem?jangan berfikir macam tu cik.walaupun klise tapi teta ...

Hahaha. Terima kasih awak

Cikcutecun Publish time 15-9-2018 10:20 AM

gusikuberdarah replied at 15-9-2018 01:53 AM
Memang kalau boleh ramai wanita nak saiz badan macam model. Tagline hanat yang kata langsing tinggi...

Awak, saya dah try pakai palazo. Rata rata kawan saya cakap tak ok dengan saya sebab lagi nampak pelik. Btw, terima kasih.

Cikcutecun Publish time 15-9-2018 10:21 AM

BlackCarnival replied at 15-9-2018 03:34 AM
well said, aku setuju sangat2. Jangan berubah untuk orang lain, or nak perhatian orang lain, sedan ...

Hahaha. Best nya tinggi 175 cm jer. Mesti saya berdiri sebelah awak aras atas perut je kot.

Cikcutecun Publish time 15-9-2018 10:22 AM

ninja boy replied at 15-9-2018 04:28 AM
cari la bf yg bukan org malaysia yg tinggi >1700mm org putih ka arab ka, membaiki keturunan kamu yg...

Hahahha. Idea yang bernas. Btw, terima kasih

Cikcutecun Publish time 15-9-2018 10:25 AM

Victorioussss replied at 15-9-2018 07:18 AM
Pakai dark attire. Sluar ketat xpe asalkn baju longgar. I pun pendek sis dan biasanya i pakai bolero ...

Thank you for your tips. Awak mesti bergaya kan. Envy you sister. Saya memang pergi kerja pakai baju kurung je. Kurung moden memang saya elakkan sebab nanti nampak tak cantik bontot tonggek. Agak macam makcik makcik jugak la penampilan sayainsyallah saya cuba ubah diri saya lepas ni. Terima kasih

Cikcutecun Publish time 15-9-2018 10:28 AM

Catpaw replied at 15-9-2018 09:21 AM
Ignore je lah tt org nak cakap ape. Ambil je kata2 diorang tu sebagai gurauan, ko gelak je sama2 nga ...

Terima kasih. Kadang-kadang saya cuba bina confident dalam diri. Tapi bila kena treat seolah kerdil,terasa jugak la. Contoh selalunya bila bergambar, saya selalu jadi tukang ambik gambar. Mungkin faktor rupa dan penampilan,orang takut saya merosakkan gambar. Hahaha

zuuu Publish time 15-9-2018 10:50 AM

KILL_NANCY replied at 15-9-2018 12:39 AM
hai cikcute, selamat malam.

low self esteem?jangan berfikir macam tu cik.walaupun klise tapi teta ...

189???xleh ku bayangkn kalo bdiri sblah ko,hihi...tp aq xpnah la rasa diri kurang ketinggian sebab aq paling tinggi dlm keluarga aq.mak 147 n ayah 150.

KILL_NANCY Publish time 15-9-2018 11:06 AM

Cikcutecun replied at 15-9-2018 10:19 AM
Hahaha. Terima kasih awak

no problem cik.muka cantik2 tapi bawak longkang dalam mulut apa gunanya kan?

terampil bersih, kemas dan yakin itu yang penting.
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Nak berfesyen, tapi


ADVERTISEMENT