tunagoreng Publish time 13-9-2018 09:28 PM

Penjaga/Kembar

Hi korang, nak tanya sikit pasal penjaga.Anak saudara aku,pompuan, dari kecik ada masalah benda2 halus. Bila bawa pergi berubat, perawat kata dia ada penjaga. Penjaga tu kononnya bukan jin/syaitan/saka, dan tak boleh dibuang dari anak saudara aku sampai bila2. Sekarang budak tu 20an dah, macam2 benda pelik masih jadi, penjaganya masih ada, dah pergi ruqyah, memang takda respon langsung.

Pendapat korang pasal penjaga macam mana?Sebab aku rasa dlm quran pun mention jin/syaitan/manusia/malaikat je. Kalau penjaga tu bukan salah satu golongan tu, dia golongan mana?and betul ke penjaga tu takleh buang langsung?

WiRa_MiSTiK Publish time 13-9-2018 11:29 PM

ape bende pelik yg dia alami
cer citer

te_peng Publish time 14-9-2018 12:50 AM

Perawat yang kata bukan jin bukan saka pun kepala masuk air. Jumpa lah dgn orang yang dapat buang saka.

Yang jadi tak lut dgn ayat quran sbb dah lama duduk sebati dlm darah daging. Tapi apabila dia jumpa dengan orang betul2 boleh buang saka barulah dia tunjuk siapa diri sebenar.

tunagoreng Publish time 14-9-2018 05:33 AM

WiRa_MiSTiK replied at 13-9-2018 11:29 PM
ape bende pelik yg dia alami
cer citer

Benda ni start waktu dia form 2, first tu dia start boleh nampak benda, tapi kitorang x percaya sangat. Sampailah bila dia xde kat umah,kitorang boleh dengar suara dia ckp2, seolah olah dia ada dlm rumah. Bila tidur, anak saudara aku tu suka nangis, ketawa, bercakap dlm tidur. Tp butir percakapan x jelas sangat.

Waktu dia final year dekat universiti, dia hampir gila. Start maghrib dah macam orang kena salai, asyik teriak panas, malam dia tak tidur. Bila bawa berubat, perawat kata penjaga tu nak masuk badan dia, tapi dia tak sedia, so tu yang jadi macam tu.

EvieWanKenobi Publish time 14-9-2018 06:17 AM

nak tanya, macamana nak tau samada
kita ada penjaga atau tak?

tunagoreng Publish time 14-9-2018 08:33 AM

EvieWanKenobi replied at 14-9-2018 06:17 AM
nak tanya, macamana nak tau samada
kita ada penjaga atau tak?

aku pun tak pasti sangat. tapi ank saudara aku kata lah dia rasa sentiasa diperhati, dijaga. Kadang2 bila tidur, ada perempuan duk belai2 rambut dia. Bila dia takda dekat rumah, klu orang lain tidur dkt bilik anak saudara aku tu confirm kena kacau, kena tarik kaki la, budak perempuan berdiri tenung la.

dia takda simptom spesifik pun, yang kitorang tau, dia rasa pelik. Bila dia takda kat umah, rumah tenang je. Bila dia balik rumah wktu cuti, start la paip air terbuka sendiri, bunyi orang lari2, hempas pintu waktu malam.

tunagoreng Publish time 14-9-2018 08:56 AM

te_peng replied at 14-9-2018 12:50 AM
Perawat yang kata bukan jin bukan saka pun kepala masuk air. Jumpa lah dgn orang yang dapat buang sa ...

Tu lah, aku rasa pelik jugak bila perawat kata mcm tu. Kitorang xtau nak bawa dia pergi mana lagi. Dah gi ruqyah kiri kanan, tak berkesan jugak.

Cuma baru2 ni ank saudara aku ada cerita, dia temankan kwn sekerja pergi ruqyah dekat darussyifa area diorang. Dalam bilik rawatan tu dia cite ada 4 org ustaz. Salah sorang ustaz tu dah senyum2 nampak dia once dia masuk bilik tu. Dia kata ustaz tu macam tau dia something wrong, and dia pun tak mampu nak bertentang mata dgn ustaz tu sdg kan before ni okay je pergi tempat rawatan lain.

Bila ustaz tu start sesi ruqyah, ank saudara aku kata dia start gelisah. Lastly, dia jadi separa kerasukan, tangan dgn mulut takleh kawal, tp dia masih sedar. Ustaz tu senyum je, ustaz tu bgtau kawan ank saudara aku tu yg bermasalah sebenarnya ank saudara aku, bukan dia.

Aku pelik jugaklah, before this pergi ruqyah tak da respon langsung, tapi dgn ustaz tu ada respon pulak. Ustaz tu suruh dtg balik, tp bila dia prgi sekali lg, ustaz lain yang bertugas, and mcm biasa, bila diruqyah, xda respon.

umbut Publish time 14-9-2018 09:05 AM

Sembahyang or ngaji camna..ok tak

tunagoreng Publish time 14-9-2018 09:20 AM

umbut replied at 14-9-2018 09:05 AM
Sembahyang or ngaji camna..ok tak

sembahyang dengan mengaji semua okay. ank saudara aku tu alim lah jgk sikit, rajin tahajjud tiap malam.

waktu sakit teruk tu pun, tahajjud x tinggal.cuma waktu sakit tu, bila solat, dia crita kalau mata dia terkedip/tertutup, dia nampak bayangan makhluk nak terkam dia.

zulka Publish time 14-9-2018 09:48 AM

arwah nenek wife aku semasa hayatnya seorang yg sgt alim org nya, org nya pun baik..
semasa arwah meninggal, kami berkumpul dirumahnya...tiba2 ada sorang makcik ni menjerit dari luar rumah kata ada harimau atas bumbung rumah...kami keluar la ramai2, nk tengok tapi yg boleh nampak cuma seorang dua sahaja, termasuk ustaz.... ustaz tu nampak mcm tenang saja sambil bercakap.."takpe itu penjaga arwah.."

skarang arwah dh takde...penjaga tu masih mencari tuan baru dikalangan cucu2 arwah.....
byk cerita sebenarnya dlm kes penjaga mencari tuan baru ni....bukan semua org layak di jaga, benda tu pilih org gak...

tunagoreng Publish time 14-9-2018 09:57 AM

zulka replied at 14-9-2018 09:48 AM
arwah nenek wife aku semasa hayatnya seorang yg sgt alim org nya, org nya pun baik..
semasa arwah m ...

Kalau ikut pandangan kau, penjaga tu golongan saka ke?

zulka Publish time 14-9-2018 10:08 AM

tunagoreng replied at 14-9-2018 09:57 AM
Kalau ikut pandangan kau, penjaga tu golongan saka ke?

yup...aku bincang2 dgn ustz pasal benda ni, dia kata memang saka turun temurun, tapi nak kasi sedap sket didengar panggil penjaga la...
penjaga ni muslim, kalau tuan dia solat dia pun solat sekali, mengaji sekali.... dan bukan semua ustz mampu buang penjaga ni, hanya ustz2 tertentu sahaja yg boleh buang

tunagoreng Publish time 14-9-2018 11:05 AM

zulka replied at 14-9-2018 10:08 AM
yup...aku bincang2 dgn ustz pasal benda ni, dia kata memang saka turun temurun, tapi nak kasi seda ...

Kalau macam tu, seeloknya penjaga ni kena buanglah?

zulka Publish time 14-9-2018 11:15 AM

tunagoreng replied at 14-9-2018 11:05 AM
Kalau macam tu, seeloknya penjaga ni kena buanglah?

terpulang pada tuan punya badan, kalau dia rasa tak selesa, tak boleh bawa..kena buangla


myakayina Publish time 21-9-2018 05:51 PM

penjaga tu saka la.. better buang klu yg mudarat..klu rasa tak mudarat biar jela kot..
ada yg Islam, contoh mcm laki kak angkat aku, ada penjaga, klu dia tak solat..penjaga dia tu marah soh tinggalkan keje tu cepat pegi ambik wudhu' dan solat..

aku pernah ler 'ternampak' penjaga dia tu masa dtg rumah dorg..bentuknya serupa org tua lelaki ..berjubah putih..pakai serban..ada janggut dan tangan kanan pegang tasbih..bila aku bgtau kak angkat aku psl tu, laki dia terkejut sbb aku boleh nampak 'atok' tu..kak angkat aku tak nampak..laki dia jela ada masa2 boleh nampak..klu kemana mana atok tu ikut.. dia pantang klu laki kak angkat aku solat mcm tergesa gesa tak zikir..

gammbir33 Publish time 27-9-2018 05:19 PM

saka tu..bukan penjaga tapi pengacau...cari org pandai berubat..

minguk Publish time 27-9-2018 05:21 PM

penjaga yang dimaksudkan tu qarin ke?

tunagoreng Publish time 27-9-2018 06:43 PM

gammbir33 replied at 27-9-2018 05:19 PM
saka tu..bukan penjaga tapi pengacau...cari org pandai berubat..

kalau kitorang nk bawa dia berubat kena maklumkan dulu tak? sebab everytime kitorang bawa gi ruqyah, mesti ustaz2 x dapat detect.

crozencoklat Publish time 28-9-2018 09:23 AM

macam mana nk tahu penjaga tu ada di samping kita ek?ada rasa or tanda2 mcm sejuk dingin ke ape?sbb sy tak tahu nk ckp apa, sejak kebelakangan ini rasa mcm ada benda je belakang saya..
pernah satu hari tu, saya baring tgk tv, pastu rasa ada tersentuh kain kat atas kepala..kiranya benda tu duduk atas sofa dibelakang saya..tapi saya tak seram.

chicmushroomkd Publish time 28-9-2018 11:53 AM

crozencoklat replied at 28-9-2018 09:23 AM
macam mana nk tahu penjaga tu ada di samping kita ek?ada rasa or tanda2 mcm sejuk dingin ke ape?sbb...

Kita yg baca ni plak yg seram wakkk...
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Penjaga/Kembar


ADVERTISEMENT