seribulan Publish time 12-9-2018 05:38 PM

...Kalau saya jadi buku sejarah...

Kandungannya tentang ...kerana...

missinpiece Publish time 12-9-2018 07:22 PM

Kandungannya masih sama..tentang perjuangan tokoh2 pejuang kemerdekaan, tokoh2 pembangunan negara..
Mungkin juga menarik jika diceritakan asal usul dan bagaimana sesuatu negeri/negara mendapat nama :$

seribulan Publish time 13-9-2018 04:37 PM

Kandungannya tentangbangunan purbakala seluruh dunia kerana nak tahu sejarah, arkitek, pembuatan dan apa-apa sejarah menarik tentangnya :)

Cikkebom Publish time 20-9-2018 03:27 PM

Kandungan cerita sebenar apa yg terjadi pada zaman dahulu. Tanpa boleh di tukarkan oleh tangan2 kotor yg mengubah sejarah demi kelangsungan kesenangan sendiri.

Lavender8888 Publish time 23-9-2018 05:59 PM

Kandungannya tentang peristiwa sebenar yg berlaku kepada pemimpin serta pejuangterdahulu yg betul2 berjuang demi kemerdekaan dan mempertahankan negara

potpetpotpet Publish time 26-9-2018 02:02 PM

saya nak letak gambar betul parameswara. and betul ke sungai kat melaka tu laluan kapal2 besar dulu kala? kenapa tengok sekarang macam sempit je? muat ke kapal2 nak lalu? ke ada sungai lain sebenarnya?

GiDeoN^RoSes Publish time 26-9-2018 08:12 PM

kandungannya tentang perjuangan tokoh2 dan pahlawan yang mempertahankan bumi malaysia dari serangan anasir luar. Bagaimana pejuang terdahulu mempertahankan tanah dan maruah kaum bumiputera. Supaya anak2 muda zaman sekarang tidak sewenangnya memperdagangkan hak milik bumiputera.

golden_rose Publish time 27-9-2018 09:06 AM

kandungannyatidak akan berubah...kerana sejarah tidak boleh berubah..tetapi sejarah boleh dikaji dan dilengkapkan dengan pembuktian serta diperhalusit anpa melibatkan cmapur tangan yang tidak sepatutnya.



** ada ke mana-mana NGO yang ambil sukarelawan utnuk kajian mengenai sejarah ni?

shaxa Publish time 27-9-2018 10:25 AM

Kandungan buku saya adalah berkisar kepada bagaimana kali pertama Melaka dijajah pada 1511.
Siapakah dalang yang memberitahu Potugis tentang kedudukan Laksamana-Laksamana, dimanakah titik lemah pentadbiran Melaka, mengapa tentera Portugis memilih menyerang Melaka selain daripada alasan menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan Timur & Barat.

Apakah strategi peperangan Sultan Mahmud Shah yang digunakan sehingga Melaka gagal mematahkan penaklukan Portugis walhal sebelum itu kerajaan Melaka berjaya dalam perang dengan kerajaan Siam? Mengapa Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Bentan bukan ke Johor?

Siapakah Afonso de Albuquerque? Bagaimanakah keadaan ekonomi kepada penduduk Melaka selepas dijajah?
Pages: [1]
View full version: ...Kalau saya jadi buku sejarah...


ADVERTISEMENT