seribulan Publish time 12-9-2018 05:15 PM

Apa tahap Iman Korang?...

Apa tahap Iman Korang?

(Kelas Tazkirah sambil memanah oleh Blogger keretamayat)

https://2.bp.blogspot.com/-Sy8MFoPmsig/W2KK6mLzNtI/AAAAAAAAg0A/h6c1hn-hK3kCNJ79_D4LMtxYHMCteQW1QCLcBGAs/s280/Untitledsdasf.png

Ok, semalam cikgu dah ajar korang permainan catur dan rahsia kekuatan Permaisuri, hari ni cikgu nak ajar memanah pula.

Jika ada orang cakap, cikgu adalah seorang pemanah yang tepat?, korang percaya tak?
Mungkin ada yang percaya atau tak percaya.. terpulang.

Apa cikgu nak cakap, siapa yang percaya, jika ikut kaedah belajar ilmu tauhid, bila korang percaya pada Allah, maka IMAN korang baru tahap Percaya.

Bagi yang was was cikgu boleh memanah ke tidak? Dalam ilmu tauhid, IMAN korang baru tahap TAHU.

TAHU dan PERCAYA adalah dua perkara yang berbeza. Orang kafir ada yang Tahu Tuhan ada, tapi yang Percaya adalah orang Islam sahaja.

Ok, untuk pindahkan dari TAHU kepada PERCAYA, korang kena tengok cikgu memanah dulu! Tengok sekali mungkin nasib, tengok dua kali pun tepat, tiga kalipun tepat, maka barulah korang PERCAYA.

Jadi dalam Islam, Iman kita sekurang kurangnya pada tahap PERCAYA iaitu setelah kita saksikan sendiri Kehebatan dan Kebesaran Allah yang berlegar disekeliling kita, sungguh dalam alam ciptaanNYa ini, terdapat tanda tanda bagi orang yang berakal.

Tengok burung keluar pagi perut kosong pulang petang perut penuh! Kita percaya Allah yang bagi rezeki, labah labah tidur di sarang 24 jam, sampai masa lalat datang terbang dan terlekat disarangnya, kita percaya: Allah bagi rezeki.

Kucing takut air, tapi suka makan ikan, kucing tak pernah keluat tangkap ikan, tapi hari hari makan ikan sampai muntah keluar tulang ikan: kita percaya Allah yang bagi rezeki!

Ular tak ada tangan dan kaki, tapi boleh kejar makhluk yang ada tangan dan kaki, dan kenyang makan- kita percaya Allah yang bagi rezeki!

OK, dah habis bab TAHU dan PERCAYA, sekarang cikgu nak cerota bab YAKIN.

Ok, katakan korang tengok cikgu panah lima kali dan semuanya tepat sasaran, katakanlah…

Baik! cikgu nak tanya: korang sekarang PERCAYA atau YAKIN dengan panahan cikgu?

Mungkin korang akan memilih dari PERCAYA kepada YAKIN, cikgu memang handal, lebih hebat dari Green Arrow atau Hawkeye.

Untuk itu, untuk buktikan keyakinankan korang, apa kata? sekarang cikgu nak letak sebiji epal atas kepala korang, dan biar cikgu panah epal tu?

Apa? Tak nak? Takut tersasar! Hah! Sekarang terbukti korang belum YAKIN! korang baru PERCAYA.

YAKIN dan PERCAYA adalah dua perkara berbeza.

Jadi balik dalam Islam, ramai yang Percaya pada Allah bagi rezeki, tapi tak ramai yang YAKIN Allah bagi rezeki, buktinya, korang masih solat lengah-lengah, atau tinggal solat, atau tinggalkan solat berjemaah sebab takut rezeki hilang…

Jadi renung renungkan, IMAN Korang kepada Allah, adakah tahap TAHU? PERCAYA? Atau YAKIN?

Jika Yakin, jom kita tinggalkan sekejap urusan kita, dan sama sama pergi masjid tunaikan solat berjemaah. Ada janji Allah, siapa yang menjaga solatnya, akan dimudahkan Rezekinya, andai korang YAKIN!

Sekian kelas “memanah hati” oleh Cikgu Hamka keretamayat.

Woha!



Hamka Kereta Mayat


seribulan Publish time 12-9-2018 05:17 PM

Tahap iman- bila membawang orang, boomerang balik :loveliness:

edoraixora Publish time 12-9-2018 05:18 PM

tahu, percaya & yakin

yakin tu, bila syaitan berbisik kekadang was2 jugak

missinpiece Publish time 12-9-2018 06:41 PM

Tahap keimanan, buat jahat dpt cash. Jgn pernah bersedih dan gusar krn setiap ujian mengajar diri ini kuat dan redha.

chesfa Publish time 16-9-2018 11:50 PM

Tahap keimanan, sentiasa naik dan turun. Jadi kena berusaha supaya bila turun, mampu naik balik.

mascotek Publish time 17-9-2018 12:16 AM

Kadang2 PERCAYA, kadang2 YAKIN. Tapi harap dapat tetap pada YAKIN, bukan sekadar PERCAYA.

Sebab bila YAKIN, kita akan ketepikan perkara yang kurang kepentingan demi perkara yang sepatutnya diberi keutamaan tak kirala dalam aspek ibadah atau apa jua.

nurul_akmar Publish time 18-9-2018 07:15 PM

tahap iman - berjanji xnk membawang.. sekali member spark je, terus join membawang.. mmg iman tu senipis bawang

Husnaazri Publish time 26-9-2018 02:06 AM

Tahap iman takut nak buat jahat atau berkata jahat, sebab takut berbalik pada diri sendiri

takoott.

potpetpotpet Publish time 26-9-2018 01:41 PM

tahap iman - takut tinggal solat, solat tiang agama. tapi itu lah yang paling susah sangat nak istikomah. terlajak maghrib la (sebab atas jalan balik kerja), terlewat solat la.. astaghfirullah..

lantodak Publish time 26-9-2018 01:56 PM

Rasanya tahap percaya. Percaya rezeki ada di mana mana tapi kurang yakin sebab walaupun dah usaha macam gila tapi masih di tahap yang sama. Takde perubahan. Nak2 bila setan bisik2 hasutan sikit pastu mula pikir macam2.

kaksal85 Publish time 26-9-2018 05:45 PM

Tahu, percaya dan yakin...tapi dalam tiga2 ni masih diganggu syaiton nirrojim. Masih banyak ruang yang perlu diperbaiki...aduss insoff pulak

Rainfresh Publish time 26-9-2018 10:36 PM

Tahap keimanan - Setiap sesuatu yang terjadi akan ada hikmah disebaliknya. Percayalah Allah is the best planner

soulskull Publish time 30-9-2018 06:43 PM

Tahap iman yang sentiasa turun naik mengikut arus darah muda. Selalu doa supaya istiqamah tapi yang penting tak riak & takabbur.

Achubam Publish time 30-9-2018 07:04 PM

Memula baca title terus terdiam... Ha! Mungkin kita muslim.. Tapi belum cukup beriman

coops21 Publish time 2-10-2018 12:40 AM

Masih byk yg x betol yg nak kena dibetolkan. Allah tu uji kita ikut kemampuan kita, aku tahu tu..tp kadang2 aku penat,,

KaklongJoyah Publish time 2-10-2018 02:38 AM

Tahap keimanan ni sukar diukur.
Tapi sbg manusia yg x lari dr buat kesilapan kita boleh agak kan tahap keyakinan, kepercayaan n ketakwaan kita kpd Allah yg satu di level yg mcmn.
Bagi sy, yg sedang berdepan dgn ujian yg melibatkan hubungan kekeluargaan ni, sy sedang kuatkan hati utk bertabah dan sabar, tetap mengharungi ujian n cabaran ni yg bkn kecil. Sy ikut perancangan Allah, sy kuatkn semangat utk hadapi dgn keredhaan n maafkn semua org.

Moga ad sinar hikmah yg menanti di ms akn dtg, sbb sy percya apa yg berlaku adlh utk kebaikan diri sy dn keluarga sy pasti ad hikmah yg tersembunyi.Tinggal ssaje utk cr hikmah tu.

amirsuraya Publish time 2-10-2018 07:46 AM

Tahap iman..iman ilmu kot...iman yg berdasarkan pada ilmu..{:1_551:}

chicozinn Publish time 4-10-2018 04:48 PM

Tahap iman turun & naik..tapi meollss slalu pesan pada diri sendiri cuba untuk buat lagi baik dari semalam..alhamdulillah meollss masih lagi berpegang kepada Rukun Iman & Rukun Islam..

doakan meollss istiqamah ye

Ran_can Publish time 5-10-2018 11:02 AM

tahu, percaya & yakin..tapi kadang2 masih lagi tertinggal solat..especially bila kt luar. berharap semoga diberi ketetapan iman..semoga makin tua ni makin baik amalan i..

pucuk-kelompang Publish time 5-10-2018 11:20 AM

5 prinsip yg sy pegang doa, usaha, sabar, redha dan tawakal...biar org buat kita jgn kita buat orang. Tak perlu tunggu akhirat klu Allah nak balas kerana sayang Allah pd kita Allah izinkan utk kita lihat balasannya dgn mata kepala kita sendiri. Kun Faya Kun. Man Jadda Wajada
Pages: [1] 2 3
View full version: Apa tahap Iman Korang?...


ADVERTISEMENT