jiwarasa Publish time 12-9-2018 11:44 AM

Bukan Bali saja pulau tercantik di Indonesia...




http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.878595.1536677837!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg

JIKA sebutkan pulau yang 'best' di Indonesia, semua orang pasti terbayangkan pulau Bali yang romantis itu kan?Namun sebenarnya, di Indonesia bukan sahaja terdapat pulau Bali, tetapiterdapat pulau-pulau lain yang menarik.
Indonesia mempunyai pulau-pulau yang indah, dari kira-kira 18,000 pulau, hanya kira-kira 900 pulau sahaja yang didiami dan penduduk.
http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.878587.1536677503%21/image/image.jpg
Pulau FloresFlores (dalam bahasa Portugis ialah ‘bunga’), adalah sebuah pulau di barat Solor Archipelago yang menakjubkan, dikelilingi oleh pantai yang putih bersih dan juga pantai merah jambu.Merupakan, salah satu daripada pantai berwarna merah jambu yang pernah ditemui di dunia.
Antara menariknya di sini, penemuan ‘Flores Hobbit’, satu spesies baru ditemui di Liang Bua gua terpencil di pulau ini. Ia sebuah pulau yang subur, dan menjadi rumah kepada pelbagai hidupan akuatik, dan menjadi tempat yang sempurna untuk peminat menyelam.
Terdapat 50 tapak menyelam di pulau itu, di mana anda boleh berenang bersama hidupan laut dengan lebih dekat seperti dugong, ikan lumba-lumba dan juga ikan pari gergasi.
Jangan lupa juga lawati pulau Gunung Canopy. Ia dikelilingi oleh tiga tasik warna berbeza yang berubah bergantung kepada cuaca dan iklim. Flores juga mempunyai air terjun yang menakjubkan sepertiCunca Waterfalls, yang terletak di dalam hutan tebal.
Mahu merasai budaya Flores? Teruskan ke Larantuka di hujung timur pulau itu, di mana penduduk tempatan masih meraikan‘Tradisi Paskah’ iaitu pengaruh daripada Portugis pada 500 tahun yang lalu.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.878588.1536677522%21/image/image.jpgBelitungBelitung, terletak di pantai timur Sumatera di Laut Jawa, sebuah pulau dianggap sebagai salah satu pulau paling indah di Asia Tenggara. Dengan pantai yang putih bersih dan air laut biru yang menakjubkan, pasti membuatkan anda tenang melihatnya.
Tidak seperti destinasi pantai komersil yang lain di Asia, Belitung terkenal sebagai tempat yang jarang dilawati dan pantainya lebih tenang.
Lawati formasi batu granit di pulau ini dan merasai keindahannya yang tiada tandingan di pulau itu.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.878589.1536677539%21/image/image.jpgPulau KomodoPulau Komodo ialah sebuah pulau yang terdapat banyak gunung berapi dan hutan tebal, dan pulau ini adalah sebahagian daripada rantaian Sundra Lesser dan juga Taman Negara Komodo.
Pulau ini telah diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) untuk melindungi habitat Komodo Dragon, spesis cicak berbahaya dan terbesar di dunia.
Anda juga boleh menyelam dan melihat batu karang dan kehidupan laut yang cantik atau juga berjemur di pantai merah jambu di pulau ini, salah satu daripada 7 pantai merah jambu di dunia!
Untuk merasai pengalaman pelayaran laut yang paling menarik, anda boleh memilih untuk menaiki Raja Ampat Explorer.
Ia belayar sepenuh hari di atas kapal tersebut dan membolehkan anda untuk berehat sepenuhnya di atas dek kapal itu pada waktu petang dan dapat melihat stargaze pada waktu malam di tengah-tengah laut pulau itu.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.878590.1536677557%21/image/image.jpgPulau MisoolPulau Misool adalah salah satu daripada empat pulau utama dalam kelompok Kepulauan Raja Ampat di Papua Barat.
Bersempadan dengan Laut Seram (yang terkenal dengan kehidupan akuatik yang berkembang pesat), pulau ini mempunyai 75 peratusdaripada semua ikan hiasan diketahui dan karang di dunia, menjadikannya destinasi menarik untuk aktiviti snorkeling dan juga peminat kehidupan laut.
Air laut di sekitar pulau itu sangat jernih dan jelas sehingga anda boleh melihat dasar laut dan karang yang meriah dan juga hidupan laut, dengan jarak penglihatan mencapai sedalam 30 meter di bawah permukaan air.
Anda akan dapati bahawa pulau ini mempunyai landskap yang cantik terutamanya batu kapur, hutan paya bakau dan tumbuh-tumbuhan. Selain aktiviti berenang, snorkeling atau hanya menikmati pantai, lawatn gua jangan dilupakan.
Petroglyphs (ukiran batu purba oleh manusia) setua 5000 tahun telah ditemui di dalam gua di pulau ini.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.878591.1536677578%21/image/image.jpgLombokPulau Lombok terletak di timur Bali, mungkin tidak dikomersialkan atau terkenal sebagai destinasi pantai seperti Bali, tetapi perlahan-lahan semakin mendapat tempat sebagai destinasi pelancongan popular.
Terdapat banyak benda untuk anda sukakan pulau ini, antaranya pantai putih yang indah, air biru berkilauan dan hutan yang subur sesuai untuk aktiviti mendaki.
Bagi peminat surfing, Lombok pasti menjadi tempat kesukaan anda. Desert Point di pulau ini dikatakan sebagai salah satu daripada set ombak yang terbaikdi dunia.
Pulau ini juga rumah kepada gunung berapi kedua terbesar (dan masih aktif) Indonesia, Gunung Rinjani.
Namun,Gunung berapi kedua tertinggi di duniaitu kini ditutup untuk sebarang aktiviti pendakian selama setahun apabila mengalami kerosakan teruk pada laluan pendakian akibat kejadian tanah runtuh susulan gempa bumi yang berterusan berlaku sejak awal Ogos lepas.


***Sumber: MarieFranceAsia/toodia.my

korokure Publish time 24-9-2018 12:35 AM

masih banyak syurga dunia yg belum diteroka di Indonesia

moonbug Publish time 24-9-2018 11:17 AM

Untouched beauty
Pages: [1]
View full version: Bukan Bali saja pulau tercantik di Indonesia...


ADVERTISEMENT