suelintw5 Publish time 6-9-2018 05:36 PM

[FORWARD] 7 Tabiat Lelaki Yang Menjengkelkan Di Media Sosial

Sanggupkah kamu tinggalkan teman lelaki sebab tabiat media sosialnya? Kongsi baca dengan si dia supaya sama-sama dapat belajar tabiat alam maya yang boleh jadi punca perhubungan ditamatkan.




Pernah dengar tak lelaki kena dump sebab suka habiskan setiap ayat dalam mesej teksnya dengan tanda titik dan jarang sekali gunakan tanda seruan – seakan menunjukkan dia langsung tak teruja dengan apa saja. Okay, mungkin keterlaluan juga tetapi jika kamu sedang bercinta, kamu mungkin ada aspek digital tertentu yang buat kamu sangat turn-off. Contohnya ini…


‘Kata-kata Inspirasi’ Yang Tak Berapa Memberi Inspirasi di InstagramApatah lagi yang jenis buat kamu tertanya-tanya apa maksudnya, takpun ia lebih menuju kepada ‘puak-puak’ tertentu. Tapi bila kamu yang menjadi kekasihnya rasa nak menyorok bawah katil selepas membacanya, memang rasa tidaaaaaakk!
Membalas Mesej Kamu Dengan “K”Panjang lebar kamu jelaskan sesuatu kerana tahu lelaki bukan jenis boleh ‘read between the lines’. Kamu hantar mesej satu perenggan dan balasnya hanya… Satu. Huruf. Sudahlah WhatsApp percuma, kenapa nak kena hantar satu huruf saja? Tak faham! Susahkah nak letak ‘O’ di hadapan ‘K’ itu? #GelengKepala
Selfie di GimTahulah si dia kemaruk jaga kesihatan, bersenam hari-hari. Tapi wanita takkan faham apa perlunya lelaki post gambar badan basah peluh dengan tuala kecil sangkut di bahu setiap kali habis lakukan satu set angkat berat. Motif?
Gambar ‘Jiwaku Nan Sensitif’Lelaki yang terlalu mencuba untuk membuktikan yang dirinya benar-benar memahami emosi seakan-akan jenis yang masih tak dapat lupakan bekas kekasihnya. Dan oh, pasti kamu terjumpa juga kata-kata hikmah cheesy dalam profil atau senarai gambar Instagramnya. Lelaki yang benar-benar baik budi boleh salurkan mesej berkenaan dengan hanya bergambar dengan anak buahnya, cukup.
Tunggu Berjam-jam Baru BalasSama ada nak tahu kalian nak ke mana date seterusnya atau nak tahu reaksinya selepas kamu khabarkan berita gembira – semua itu memerlukan maklum balas SE-GE-RA! Dan penantiannya memang mencabar emosi. Jika kamu lelaki yang boleh membiarkan buah hatinya ternanti-nanti sedemikian rupa, percayalah, dalam hati kekasihmu begitu banyak ayat tak baik telah dikeluarkan. Mungkin dia pakai datingapp lain seperti JustDating atau Tinder!
Guna Ayat “I Ada Benda Nak Cakap Ni”Memang boleh buat jiwa kacau bila kamu terima ayat ‘hikmat’ ini. Adakah si dia nak putuskan hubungan? Adakah si dia nak beritahu sesuatu yang buruk? Paranoia kamu akan buat segala-galanya berbaur negatif. Tetapi biasanya, apa yang diungkapkan sebenarnya anti-klimaks. Rupa-rupanya si dia nak cakap tentang si-polan dah curang dengan si-polan. Berhati-hati guna ayat di atas ini ya!
Tiba-tiba Balas “LOL!”Sama kesannya dengan penggunaan “K”, seakan-akan si dia menyerah diri pada kebosanan ceritamu. Dulu, LOL digunakan sebagai ringkasan ‘laugh out loud’ tapi kini ia dah jadi “Dah tak tau nak cakap apa!”Bukan saja menunjukkan kurang minat malah ia seperti penutup kepada perbualan kalian di alam maya.Ori link: http://cosmopolitan.my/

maxgamer82 Publish time 7-9-2018 10:37 AM

tunggu berjam-jam tu biasa sebab kerja,tengah drive,ngeteh,tertido,main bola...

sinalegna Publish time 7-9-2018 01:06 PM

Pompuan lagi banyak ;P

multinicky Publish time 7-9-2018 02:58 PM

Anda ingat saya ada masa untuk sakit kepala?




:lol:

flyingsaucer Publish time 12-9-2018 12:57 AM

Hti-hati dengan jantan tua gatal durjana ini...
Pages: [1]
View full version: [FORWARD] 7 Tabiat Lelaki Yang Menjengkelkan Di Media Sosial


ADVERTISEMENT