selalulapar Publish time 12-10-2018 11:34 AM

nuno replied at 10-10-2018 08:23 PM
Tuntut fasakh jer tt. Suami jenis apa malas carik duit.

dah settle dah, cerai fast track je. sebab dia setuju jugak akhirnya. alhamdulillah tak payah melalui long and tedious fasakh punya procedure. syukur..

annadonna Publish time 12-10-2018 11:35 AM

Edited by annadonna at 12-10-2018 11:36 AM

TT kalau tak happy jangan buang masa sebab hidup ni singkat. Tapi kalau TT rasa masih ada cara nak selamatkan atau masih sayang pada suami, kena berani beritahu suami apa TT rasa.

Semua orang berhak untuk bahagia. Tak adil hidup macam keadaan tt alami sekarang. Tak kiralah kalau orang kata mungkin dua dua pihak ada salah, tapi dua dua kena bertanggungjawab pada perasaan masing masing.

Kalau tak happy keluarlah daripada perkahwinan tu. Tak ada undang undang cakap perkahwinan mesti sampai mati. Anak anak insya Allah boleh terima kalau explain elok elok. Bukan kes pertama di dunia, so dorang akan biasa nanti. Ini untuk kebaikan dorang juga, dan lagi penting untuk kebaikan TT sendiri dan mungkin suami.

selalulapar Publish time 12-10-2018 11:43 AM

annadonna replied at 12-10-2018 11:35 AM
TT kalau tak happy jangan buang masa sebab hidup ni singkat. Tapi kalau TT rasa masih ada cara nak s ...

{:1_149:} thank you... saya suka ayat awak ni...betul kan and i am not getting any younger pun kan..
tapi just to update, saya dah selamat bercerai.. saya amik keputusan to melangkah la jugak. for my own sake, for my own sanity.

annadonna Publish time 12-10-2018 11:55 AM

selalulapar replied at 12-10-2018 11:43 AM
thank you... saya suka ayat awak ni...betul kan and i am not getting any younger pun kan ...

Semoga tt dan ex-husband diberi kekuatan dan hidup baru pada jalan masing-masing.

sarahmirza Publish time 12-10-2018 05:26 PM

Semoga TT tenang meneruskan kehidupan bersama anak2.

sitisitu25 Publish time 14-10-2018 07:28 PM

semoga tt sabar menjadi ibu tunggal..tuntut nafkah anak2 tu smpi boleh..call je remind everymonth..n doa dia ingat nafkah anak2 dia..insya allah rezeki bdk2 tu ada..akan di lorongkan mcm2 cara dtg nya nnt..n terusla kuatkan diri..

mamiary Publish time 17-10-2018 04:04 PM

i adalah mangsabroken family. masa i kecik dulu i nampak mak pak i bergaduh sebab bapak i selalu main perempuan and mostly sebab duit. stress sebab antara 3 orang adik beradik i, i la yang paling selalu jerit marah mak pak i cakap jgn gaduh i stress i sayang dieorang. but tak ada jodoh, masa i umur 13 kot dieorang cerai.

right now, masing masing dah kahwin baru and memang tak berbaik. yang jadi orang tengah nya i. adik i masih sekolah form 5, i la jadi orang tengah untuk mintak duit nafkah adik i. kadang memang bapak i lambat bagi, i kena push dia kalau tak memang dia diamkan diri. i umur 18 dah kahwin. alhamdulillah jodoh sampai awal. husb pun comes from a broken family, and kiteorang memang berdoa semoga tak ikut jejak langkah mak pak kiteorang.

kepada tt, u jangan takut anak anak u ada masalah broken family ke apa. kena ejek dekat sekolah tu perkara biasa. my mom takda influence i untuk tak suka bapak i. but bila i dah besar, memang i sendiri tahu bapak i memang bermasalah. hubungan laki bini memang boleh putus, tapi hubungan anak & parents sampai bila bila kekal u. u kena support anak u dari segi mental. jgn kasi dia give up.

tak semua yang datang from broken family akan teruk. i finished my study and right now bekerja di startup company yang offer me a good salary seiring dengan ekonomi sekarang. my husband finished his study too and alhamdulillah his company offered a good salary too. right now, my marriage dah nak masuk 4 tahun, ada anak and still in phase nak membina family yg kukuh.

semoga tt berjaya didik anak anak di masa hadapan walaupun u keseorangan, tapi i tau wanita ni kuat {:1_152:}

farlis Publish time 17-10-2018 10:44 PM

selalulapar replied at 12-10-2018 11:34 AM
dah settle dah, cerai fast track je. sebab dia setuju jugak akhirnya. alhamdulillah tak payah mela ...

I doakan u dpt yang terbaik dlm hidup u. Diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran hari-hari mendatang. Be strong ya. u dh setel satu mslh dlm hidup.

selalulapar Publish time 19-10-2018 11:00 AM

mamiary replied at 17-10-2018 04:04 PM
i adalah mangsabroken family. masa i kecik dulu i nampak mak pak i bergaduh sebab bapak i selalu m ...

kesiannya awak and adik... tu la sebenarnya saya nak cuba elak tu. bergaduh2 bab nafkah anak2 apa semua. nak try cakap elok2 berkenaan anak2, tapi bila saya cakap elok2 dgn ex, dia akan ingat saya nak rujuk dengan dia. rimas lah.

saya doa awak sentiasa dipermudahkan urusan...

selalulapar Publish time 19-10-2018 11:01 AM

farlis replied at 17-10-2018 10:44 PM
I doakan u dpt yang terbaik dlm hidup u. Diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran hari-hari mendat ...

thank youu.... in shaa allah, aamiin aamiin....thank you u..... {:1_149:}

selalulapar Publish time 19-10-2018 11:03 AM

tq @sarahmirza @sitisitu25 and semua.. saya pun harap semoga urusan kita semua dipermudahkan.

rainbowrainz Publish time 16-11-2018 01:02 AM

Knp org laki yg bodoh tanggungjwb ni nk sgt kahwin pastu menyusahkan anak org...x leh hadam betul

CikPuanMawar Publish time 16-11-2018 01:45 AM

selalulapar replied at 10-10-2018 11:52 AM
assalam semua and salam sejahtera.

lama tak sempat nak menjenguk dalam benang ni. dok stress2, so ...

Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan TT..

Semoga TT sentiasa diberikan kesihatan n dimurahkan rezeki dlm membesarkan anak2..

Iris. Publish time 16-11-2018 10:00 AM

takziah (sebab cerai) tapi mungkin ini ialah jalan yang terbaik untuk u
duduk dalam toxic marriage ni memang beban
sekarang u dah settle 1 masalah, dan mungkin datang dugaan lain pula tapi i harap u kuat demi anak-anak dan demi diri u sendiri

good luck TT
all the best and semoga dimurahkan rezeki dan bahagia dengan anak2

anyclassything Publish time 4-12-2018 10:33 AM

One advice to you.

Anak2 takkkan happy pun if their mom tak living a happy life.

Kalau uols rasa cerai takut anak sedih ke apa, salah.

Anak2 lagi tercalar jiwa if hidup dlm toxic marriage...

Sekian

black_handbag Publish time 10-12-2018 12:59 PM

terpanggil nak komen memandangkan tt dah selamat bercerai.. sebelum ni silent reader je..
sy pun ibu tunggal dengan seorang anak (4 thn), sy bercerai ketika anak sy berumur 4 bln mcm tu. sampai sekarang sy tak kawin lain, gigih besarkan anak sorang2..

apa yang sy nak kongsi, struggle ketika di awal perceraian tu. bila dah sah cerai mula2 pastikan tuntut hadhanah untuk penjagaan anak. lps tu proceed tuntutan nafkah utk anak. setel 2 ni pon dah ok. mcm sy 2 ni shj yg sy tuntut. hak mutaah edah semua tu sy dah malas sbb penat wei naik turun court ni. nasihat sy bila dah bercerai. yg 2 tu hak wajib perlu dituntut. lps tu awak boleh tarik nafas lega, dan boleh fokus besarkan anak..

all the best. walaupun org tgk jd ibu tunggal mcm struggle gile kan, sebenarnya bahagia tu dlm hati kita. tak semestinya xde suami hidup sedih menderita. kadang jd ibu tunggal lbh baik dari bersuami tp sakit hati..

tunangku Publish time 11-12-2018 11:47 PM

selalulapar replied at 12-10-2018 11:33 AM
alhamdulillah, selesai ye.

saya ni bernasib baik jugak lepas all those arguements tu dia setuju ...

Stay strong ya tt..
Me.dulu pun fast track gak.. sehari je settle.. setahun dah berlalu.. semakin kuat mengharungi hidup ini..

PEPPERMAN Publish time 12-12-2018 01:58 PM

Goodluck to TT

stania83 Publish time 15-12-2018 11:05 PM

tahniah tuan tanah..nanti ajar mcm mana nak buat bercerai fast track. penceraian patut diraikan sbbtt tak bahagia dalam perkahwinan.

selalulapar Publish time 22-1-2019 10:48 AM

rainbowrainz replied at 16-11-2018 01:02 AM
Knp org laki yg bodoh tanggungjwb ni nk sgt kahwin pastu menyusahkan anak org...x leh hadam betul

hahahahhaha ye kan..
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8
View full version: Update as at 12/10/18: SETTLED: Besar ke masalah aku ni untuk berpisah.


ADVERTISEMENT