willow12 Publish time 5-9-2018 09:11 PM

ONE TWO JAGA arahan Nam Ron bermula 6 sept 2018

vmwviu7MkeY

Pengarah : namron
Penerbit : pixel play (bront palarae)
Penulis : Ayam Fared, Pitt Hanif, Namron, Amri Rohayat, Muhammad Syafiq

Para pelakon :Zahiril Adzim sebagai Hussein
Ario Bayu sebagai Sugiman
Rosdeen Suboh sebagai Hassan
Asmara Abigail sebagai Sumiyati
Amerul Affendi sebagai Adi
Chew Kin Wah sebagai James
Timothy Castillo sebagai Rico
Iedil Putra sebagai Marzuki
Along Eyzendy sebagai Zul
Azman Hassan sebagai Pak Sarip
Namron sebagai Dato'
Izuan Fitri sebagai Joko
Vanida Imran sebagai Isteri
Anne James sebagai Headmistress
Sabri Yunus sebagai Penjual

Berkisarkan tentang kisah di sebalik tabir pasukan badan beruniform Polis Diraja Malaysia, yang mana ia memaparkan sisi gelap segelintir anggota yang sanggup mengkhianati amanah dengan mengambil rasuah dan terjebak dalam kegiatan jenayah

* kalau udah ada ke tred filem ni, mod sila la katup ya

willow12 Publish time 5-9-2018 09:18 PM

Serba sedikit trivia one two jaga :
1. Skrip filem ini pernah ditolak sebanyak dua kali oleh pihak pdrm sebelum diolah semula.
2. Filem ini telah dipertontonkan buat julung kali pada malam pembukaan Festival Filem Timur Jauh ke-20 di Udine, Itali pada 20 April 2018.
3. Pada 29 Jun 2018, One, Two, Jaga mewakili Malaysia di Festival Filem New York Asia ke-17 yang berlangsung di New York, Amerika Syarikat.
4. One, Two, Jaga pada mulanya dirancang untuk ditayangkan sahaja di pelbagai festival filem asing. Walau bagaimanapun, penerbit memutuskan bahawa filem itu juga harus ditayangkan di pawagam Malaysia. Filem ini menerima tarikh keluaran tayangan rasmi, iaitu pada 6 September 2018
5. Sebuah novel adaptasi filem ini, setebal 283 mukasurat juga menggunakan tajuk sama telah ditulis oleh Sahidzan Salleh dan diterbitkan oleh Buku FIXI dan dikeluarkan pada Mei 2018

Sumber : wikipedia

Thanatus Publish time 5-9-2018 10:39 PM

Aku plan nak tgk weekend ni.

Baca few reviews macam ok jer. Suka tagline diaorg #BukanFilemAcahDeep;P

haiku Publish time 5-9-2018 11:05 PM

Harap ramai yg support this film.
Review dari org industri sendiri memang positive.

melnanzz Publish time 5-9-2018 11:40 PM

Eh... Besok ditayangkan? Apasal macam kurang je promosi filem ni...

sufi^_^ Publish time 6-9-2018 01:28 PM

Macam nak tengok juga, macam agak promising dan tak skema.

rosasen Publish time 6-9-2018 02:25 PM

aah la kurang promosi

willow12 Publish time 6-9-2018 02:35 PM

melnanzz replied at 5-9-2018 11:40 PM
Eh... Besok ditayangkan? Apasal macam kurang je promosi filem ni...

Ofkoz promoai tak gempak mcm astro shaw, grand brilliance (now jadi Primework studio)...
Aku rasa bajet pun ala ala je.. Sbb masa mula nak buat filem ni pun bront (producer) kata dia buat filem ni utk hntar ke festival2 filem.. Tak de plan nak tayang di local cinema pun, tp maybe ada demand sikit2 sana sini, akhirnya they decide utk tayang jugak. Utk seluruh msia, rasanya dlm 50 lebih je panggung yg tayang. Okay lettew..
Aku tunggu weekend ni la baru nak tgk.. Looking forward for amerul afendi's acting!

grouper Publish time 6-9-2018 05:10 PM

Tgk trailer mcm best...

sinalegna Publish time 7-9-2018 02:52 PM

Kena letak disclaimer.. kepada penonton otak jangan tinggal kat mana2, cuba bawak pikir sikit ;P

Lana Publish time 7-9-2018 10:01 PM

Ai pon plan nak tengok citer ni. Mcmbolehlayanjer citer dia.

willow12 Publish time 8-9-2018 06:55 AM

sinalegna replied at 7-9-2018 02:52 PM
Kena letak disclaimer.. kepada penonton otak jangan tinggal kat mana2, cuba bawak pikir sikit

Plot filem ni direct je... Tak yah pikir2 atau teka2. Plot twist pun tak ada okeh. Dari awal mmg dah clear tahu watak masing2 tu mcmna. Siapa yg lurus, siapa yg tak betul, siapa yg terdesak... Cuma apa yg lain nya ialah, every single watak/sub plots ialah thejustification dibuat dgn sangat baik. Cara berkait dgn watak2 yg lain. Kesan dan akibat. Takde konar2..

Filem kl special force lagi tense drpd one two jaga.. Lagi violent, cakap terjerit2, tembak2...kereta meletup bagai.. Pastu sampai ke sudah jenuh nak pikir ada yg tak kena antara roslan (rosyam nor) and zul (fattah amin)...siapa yg betul2 jahat sbnrnya.

willow12 Publish time 8-9-2018 07:14 AM

Overall aku bagi 8.5 over 10

Mmg sedap n rilex je tgk... Mmg bukan filem acah2 deep, tp every single dialogues..every single scenes... very2 well justified. Dan hakikatnya sgt dekat realiti kehidupan kita. Manusia2 yg lemah, terdesak dan tersepit...

Uolssss tolong la tgk filem ni. Pelakon semua best gilerrrr.. Dari watak hussein, pak sarip, sugiman, adi..... smpai la ke watak pengetua sekolah anak hassan dan tokey kedai runcit..semuanya dilakonkan oleh pelakon papan atas okehhh. Anddd.. Pd aku ario bayu very hot i tell you. Wpun jadi watak pekerja kontrak je pun :D

Cuma...pendek sgt 80 minit.. Patut bagi cukup 100 minit.. Okay nnt aku sambung review lagi.

Tehaisfav Publish time 8-9-2018 09:22 AM

Marketing mcm x buat keje jea..klo x keluar sini confirm xtau

becir Publish time 8-9-2018 05:19 PM

I dah tengok semlm. Mmg best. Mcm someone ckp, plot direct to the point..xde twist apa. Rasa watak amerul tu paling annoying, sebabkan dia mencarut kt polis tu yg jadi mcm2

willow12 Publish time 8-9-2018 11:08 PM

https://www.instagram.com/p/BndzKCZg27v/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=11obx655xchxn

willow12 Publish time 8-9-2018 11:15 PM

Copy dari fb movie addict msia.


#TerkiniMA: 12 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton ONE TWO JAGA.

Filem terbaru arahan Nam Ron ini menceritakan titik temu manusia dalam sisi gelap ibu kota di mana korupsi, rasuah, dan jenayah menjadi santapan segelintir pihak berkuasa. Ia turut menampilkan bintang-bintang hebat Malaysia dan Indonesia seperti Zahiril Adzim, Ario Bayu, Asmara Abigail, Rosdeen Suboh, Azman Hassan dan ramai lagi.

Jom kita ketahui 12 sebab kenapa anda perlu menonton ONE TWO JAGA

1) Nam Ron dan pasukannya mendapat perhatian penting di Festival Filem Shanghai, Itali, dan New York.

Filem ini terpilih buat kali pertama untuk malam pembukaanUdine Far East Film Festival Filem yang ke-20, Itali. Filem ini kemudiannya menyertai minggu One Belt One Road di Shanghai International Film Festival yang ke-21 di China sebelum dicalonkan dalam kategori 'Best Movie Scenes' di New York Asian Film Festival yang ke-17 di Amerika Syarikat. Respons penonton di festival-festival tersebut amat memberangsangkan.

Jarang filem tempatan dapat penghargaan yang besar seperti ini, lagi-lagi sebelum ianya ditayangkan disini. Jadi, ini merupakan indikasi terbesar yang filem ini bukan filem biasa-biasa.

2) Penerbit akhirnya sudi kongsikan filem ini kepada seluruh peminat filem tempatan.

Filem ini pada asalnya hanya dirancang untuk ditayangkan di festival filem sahaja. Ini bermakna sebelum ini, satu-satunya cara yang kita sebagai penonton hanyalah menerusi festival filem sahaja.

Pihak penerbit kemudiannya mengubah fikiran dan membuat keputusan untuk menayangkan filem ini di negara kita. Nasib baik mereka berubah fikiran. Kalau tak, kenalah kita melancong hingga ke New York ataupun Itali semata-mata nak tonton naskhah ini.

3) Filem ini hampir-hampir cari pasal dengan pihak berkuasa.

Menurut Bront Palarae, bahagian produksi terpaksa melawat Pejabat Polis Bukit Aman sebanyak 5 kali semata-mata mahu mendapat pelepasan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pada mulanya, pihak berkuasa tidak membenarkan mereka menerbitkan filem ini.

Walaubagaimanapun, bahagian produksi tetap menjemput pihak berkuasa untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang apa yang boleh dibuat untuk mewujudkan filem ini. Akhirnya atas perbincangan dua hala dan visi mereka berjaya dipersembahkan, pihak PDRM bersetuju dan memberi kebenaran untuk menghasilkan filem ini.

4) Lakonan berkesan bintang Indonesia, Ario Bayu buat kita lupakan Amir Khan.

Watak pekerja asing Indonesia, Sugiman didukungi pelakon hebat Indonesia, Ario Bayu. Sugiman berusaha untuk membawa adiknya, Sumiyati (lakonan Asmara Abigail) keluar dari negara ini.

Lakonan yang ditonjolkannya di dalam filem ini sangat berkesan, membuatkan kita boleh melupakan lakonan meyakinkan Amir Khan. Ekpresi wajah yang dipamerkan berjaya menyampaikan pelbagai emosi tanpa perlu untuk menzahirkannya secara lisan.

5) Kawan-kawan Nam Ron tolong jayakan filem sampai anda tak senang duduk.

Di samping Nam Ron, dia juga ditemani pelakon-pelakon lain yang biasa muncul dalam filem arahannya. Zahiril Adzim memegang watak Hussein, Amerul Affendi sebagai Adi selain pelakon veteran Chew Kin Wah sebagai James.

Di sini nampak kesungguhan mereka kerana sudah biasa berlakon bersama. Babak yang menemukan Hussein dan Adi antara yang menarik perhatian. Pertukaran dialog antara mereka menunjukkan 'chemistry' yang lama terbina sekaligus menjadikan naskhah ini sebuah kritikan yang padu kepada sistem keadilan di negara ini.

6) Produksi berjaya mencukupkan dana penerbitan dengan usaha penuh gigih

Oleh kerana filem ini memerlukan dana RM2 juta, mereka dibantu dengan barisan penerbit eksekutif yang ramai. Kesungguhan dalam merealisasikan filem ini membuktikan betapa seriusnya dan pentingnya filem ini bagi mereka kepada rakyat Malaysia.

Disebabkan itu, mereka menerbitkan treler yang mungkin korang dah lama tonton di internet dalam usaha untuk menyakinkan panel pelulus dana. Kegigihan pihak produksi ini merupakan hadiah tak ternilai buat para penonton.

7) Skor muzik yang mencengkam persis Dunkirk!

Tony Merle dan Bemby Gusti harus diberikan pujian atas usaha mereka menambahkan emosi kepada penonton. Skor muzik mereka cukup terkenal dengan hasil padu untuk filem Pengabdi Setan karya Joko Anwar, dengan salah satunya melayakkan mereka memenangi anugerah penata muzik terbaik Festival Filem Indonesia 2017.

Selain itu, suntingan bunyi yang dilakukan Nam Ron juga berjaya mengimbangi bunyi bingit dan sunyi dengan sempurna, menjadikan filem ini begitu dramatik dan mengancam. Tidak keterlaluan untuk dikatakan yang skor filem ini layak memenangi apa-apa anugerah yang berkaitan dengan skor filem untuk tahun ini.Komposisi bunyi berjaya membuatkan penonton tidak senang duduk setiap kali babak suspens muncul.

8)Babak aksi yang berkesan biarpun tak keterlaluan.

Babak akhir filem memaparkan babak aksi dalam hujan. Bila saja korang nak tengok babak macam ini? Biasanya kita dihidangkan dengan babak menyanyi dalam hujan, ataupun berpisah dalam hujan. Babak aksi dalam hujan ini menambahkan lagi tahap dramatik filem ini. Elemen hujan membuatkan filem ini tak memerlukan sebarang letupan ataupun CGI bombastik untuk membantu aksinya nampak mengagumkan.

Menurut Zahiril Adzim, mereka pada asalnya berlatih pada waktu cuaca cerah. Jadi sewaktu menjalankan penggambaran semasa hujan, pergerakan menjadi berat dan ini menyukarkan sedikit proses koreografi mereka. Hasilnya koreografi mereka nampak agak meyakinkan, memandangkan mereka semua melakonkan sendiri aksi lasak ngeri ini.

9) Solekan kecederaan di wajah Zahiril Adzim selepas dibelasah begitu mengilukan.

Jarang berlaku dalam dunia perfileman negara, kita rasa terpegun ataupun terkesan dengan seni solekan. Ini mungkin disebabkan bahagian produksi jarang mengambil berat tentang aspek tersebut.

Walaubagaimanapun, ketelitian solekan lebam dan luka yang dijahit di muka watak Hussein lakonan Zahiril Adzim tampak sangat menjadi. Pipi lebam yang mengembung dan jahitan yang kasar begitu mengilukan dan menyebabkan penonton mampu merasakan pedih sakit yang teroaksa ditanggung beliau.

10) Tapisan perkataan mencarut menjadikan filem ini begitu mengujakan.

Skrip filem ini sebenarnya penuh dengan pelbagai variasi sumpah seranah dan perkataan mencarut. Oleh sebab itu, rata-rata babak dipenuhi dengan efek bunyi tapisan oleh Lembaga Penapis Filem bagi menutup perkara ini.

Akan tetapi, rupanya babak tersebut jadi lebih menarik berbanding bila diucapkan. Rasa cemas penuh tekanan wujud tanpa memerlukan paksaan, tetapi disogok dengan kebengangan watak yang diucapkan melalui kata-kata kesat. Jadi biarpun ditapis, ia sebenarnya lebih mengujakan.

11) Bahasa visual dan perlambangan sebagai bentuk kritikan

Filem ini berkisarkan beberapa kisah sebenar yang dialami beberapa pekerja asing di negara ini. Cerita ini semua kemudiannya digaul dan digabungkan menjadi filem ini.

Dan seperti filem-filem hebat yang lain, filem ini direncahi dengan beberapa bahasa visual dan perlambangan yang garang dan lunak. Jelas sekali penggunaan bahasa visual dan perlambangan merupakan cara untuk menyampaikan rasa terhadap isu imigran di negara ini.

12) Hubungan antara polis veteran, Hassan dan polis baru, Hussien mengingatkan kita dengan filem Training Day dan True Detective.

Babak Hassan dan Hussein bilamana mereka berborak dalam kereta peronda mengingatkan kita dengan filem Training Day. Polis baru yang mempunyai prinsip yang teguh ditemukan dengan polis veteran yang kotor. Filem ini juga menggunakan aspek penceritaan yang semuanya berlaku dalam masa sehari, menguatkan lagi persamaannya dengan Training Day.

Sementara percanggahan idea dan falsafah pula ada persamaan dengan babak musim pertama siri TV, True Detective. Pertukaran dan konflik dialog Hassan dan Hussein yang begitu hangat dan mengujakan, persis Detektif Rustin Cohle dan Detektif Martin Hart.

Segeralah menempah tiket tontonan ONE TWO JAGA seawal mungkin bagi menzahirkan sokongan anda terhadap filem berkualiti dan menghiburkan yang berani membawa isu hangat tentang korupsi dan realiti hidup masyarakat.

ONE TWO JAGA bakal menggegarkan pawagam seluruh Malaysia bermula HARI INI, 6 September. Sebarkan berita baik ini.

Trailer: https://youtu.be/6mcdbmYAdwE

-MNB-
#MALocalColumn
#OneTwoJaga
#OneTwoJagaMovie
One Two Jaga : Crossroads
The Daily Seni
Jazzy Pictures

willow12 Publish time 8-9-2018 11:17 PM

More from fb movie addicts. :C

#SembangFilemMA : Simbolik babak makan di restoran ketam dalam filem ONE TWO JAGA.

AMARAN: Post ini mengandungi 'SPOILER' ringan.

Korang yang sudah menonton ONE TWO JAGA pasti ingat babak dimana mereka makan di restoran ketam. Ada banyak dialog yang menarik dilontarkan pelakon, semasa makan dan juga semasa di tandas.

Tetapi, perasankah korang apa simbolik ketam ini? Babak dimana mereka cuba mempengaruhi si Hussein, polis baru yang masih bersih lagi. Jadi boleh dikaitkan yang Hussein dianggap memilih jalan yang lurus. Disebabkan itu, mereka sebagai ketam-ketam besar cuba menyuruh Hussein berubah fikiran dan memilih jalan yang serong. Maka jadilah seperti perumpamaan "bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul". Hebat bukan?

Filem ONE TWO JAGA ini sebenarnya sarat dengan pelbagai perlambangan lagi. Jika belum tonton, tunggu apa lagi dan saksikan sendiri di pawagam!

-MNB-
#MALocalColumn
#OneTwoJaga
#OneTwoJagaMovie
One Two Jaga : Crossroads
Jazzy Pictures

willow12 Publish time 8-9-2018 11:26 PM

One two jaga review by kenneth (the star)

ENTERTAINMENT
‘One Two Jaga’: A must-see Malaysian movie on corrupt cops
SEPTEMBER 6, 2018 ENTERTAINMENT, MOVIE REVIEWS, MOVIES

BY KENNETH CHAW

The closing credits for One Two Jaga have just rolled, and for the first time in a long while, I was so impressed I felt a strong urge to applaud.

The portrayal of corrupt policemen on screen is nothing new especially in the West but Malaysian audiences will find a dearth of such characters in local movies and TV shows.

Which is why the release of One Two Jaga, directed by Nam Ron, is so significant. For what feels like the first time, a Malaysian movie is giving viewers quite an unbridled look into the life of cops – and it’s not always pretty.

Hussein (Zahiril Adzim) is a young, eager new recruit with an idealistic view of justice. He is paired with senior cop and father of two Hassan (Rosdeen Suboh), who takes him under his wings.

As the film progresses, Hussein begins to see that Hassan is a little jaded and suspects he has been taking bribes from small business owners in the city.

Meanwhile, in search of a better life, Indonesian immigrant Sugiman (Ario Bayu) and his sister Sumiati (Asmara Abigail) left their home country, working as a construction worker and domestic helper respectively here.

But when Sumiati’s employers begin to overwork her, she decides to run away. With her passport still in her employers’ care, she begs her brother to find a way, even if it means illegally, to send her back to Indonesia.

While patrolling the streets one day, Hassan and Hussein bump into Sumiati, which unwittingly sets off a disastrous chain of events.

image: http://www1.star2.com/wp-content/uploads/2018/09/str2_kconetwojaga_A_kenneth.jpg

One Two Jaga
Your idea of YOLO is to go shopping for birds?

One Two Jaga’s strength lies in its unhurried approach in develop-ing and fleshing out the main characters.

For instance, the film spends a large chunk of screen time chronicling Hassan and his family going about doing mundane things.

While that seems inconsequential at first glance, these scenes slowly paint a picture of Hassan as a family man, trying to do his best to provide for his family.

Of course this doesn’t justify his corrupt ways. But it shows us a bigger picture. That Hassan, like all of us, is complex and multifaceted. The film also never tells us whether he is good or bad. That is entirely up to us.

This character development portion is, naturally, more slow-moving and dialogue-driven, yet it doesn’t meander or feel draggy. Any action sequences here is meant to serve the storyline, and is neither showy nor indulgent.

The Sugiman-Sumiati storyline is beautifully and heartbreakingly drawn out, but for fear of giving too much away, I’ll just leave it at that.



However, a third storyline, which centres on cash-strapped Filipino immigrant Rico (Timothy Castillo) borrowing money from a shady businessman, could’ve been left on the chopping board.

The film doesn’t dive deep enough into his struggles and motivations (perhaps to give prominence to the other storylines) so it’s hard to feel anything for him.

These rich, well-written characters would’ve been for naught without capable actors. The cast of One Two Jaga aren’t just capable actors, they embody their characters masterfully.

Zahiril and Rosdeen give subtle, nuanced performances while Indonesian actors Ario and Asmara are so sincere in their portrayals I got goosebumps.

A minor gripe I have with the film is its many bleeped out dialogues. While it doesn’t affect the storyline at all, the ear-splitting bleeps are frustrating as they are prevalent throughout the movie. Perhaps some dialogues could’ve been re-shot with a mass audience-friendly script.

Ultimately, I am most impressed by the movie not because of its boldness in depicting corrupt policemen but simply because it tells a story well.

As much as I wanted to, I didn’t clap for the movie in the end (I guess I was too shy), and have regretted it ever since. Hopefully, One Two Jaga is the first of many more local films I have a reason to clap for.

One Two Jaga
Director: Nam Ron
Cast: Zahiril Adzim, Rosdeen Suboh, Ario Bayu, Asmara Abigail, Timothy Castillo, Iedil Putra

8/10
Summary : One Two Jaga beautifully captures the complexities of the human heart


Read more at https://www.star2.com/entertainment/2018/09/06/one-two-jaga-must-see-malaysian-movie-corrupt-cops/#0e1FIxoZUiBP2kBM.99

willow12 Publish time 8-9-2018 11:48 PM

txYvzhmasVY
Pages: [1] 2 3
View full version: ONE TWO JAGA arahan Nam Ron bermula 6 sept 2018


ADVERTISEMENT