Masak Sendiri Sizzling Yee Mee Di Rumah, Tanpa Hot Plate Pun Tak Ada Masalah
Selalunya kalau nak makan Sizzling Yee Mee, mesti kita cari di gerai-gerai atau foodcourt.Namun kebiasaannya mesti tak puas sebab kadang-kadang tak sedap dan bahan-bahan di dalamnya cuma sedikit sahaja.
Apa kata buat sendiri di rumah dengan menggunakan resipi di bawah:
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/03/153411no90xmefd9p3ez9a.jpgFoto: fr.dreamstime.com
Tak ada hot plate? Jangan risau! Ikut sahaja arahan di bawah ini!
Bahan-Bahan Kuah Sizzling
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/03/134111wwekfhfs8dw2zj2k.jpgFoto:Facebook
Bawang merah 3 biji (dihiris)*
Bawang putih 5 biji (dihiris)*
Halia 1 inci (dihiris)*
5 tangkai cili kering (gunting kasar)*
Ayam (potong kecil)
Cendawan shitake (rendam & potong 4)
Sos tiram 6 sudu
Kicap pekat (ikut citarasa)
Kicap cair 2 sudu
1 Kiub ayam
3 sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan air)
Garam
Gula
Sawi (celur)
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/03/134111oy8flrajrsajjgfa.jpgFoto:Facebook
Cara-cara:
Tumis kesemua bahan * dengan minyak. Dah naik bau masukkan ayam.
Kemudian masukkan air, sos tiram, kicap pekat, kicap cair, garam, gula dan kiub. Dah mendidih baru masukkan cendawan.
Bila ayam dah masak, kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Kacau sampai kuah likat. Tutup api.
https://www.facebook.com/178885072740239/videos/198209957474417/
Jika anda tiada pinggan sizzling, anda boleh gunakan cara ini:
Rendam Yee Mee sekejap dalam air suam. Jangan lama-lama nanti kembang sangat tak sedap.
Masukkan 2 senduk kuah sizzling dalam kuali. Pecahkan telur.
Tunggu telur separuh masak dan tuang dalam pinggan berisi yee mee. Letak sawi yang dah dicelur.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/03/153702w6alv346gazv3l6z.pngFoto: www.rasa.my
Siap!Selamat mencuba! -CARI
Kredit resipi: Norizaidah Sohefudin sedapnya lahai... Terliur pulak :drool3: Waaaaa...yummehh! Kalau buat sendiri bole letak sayur lebih Sedap nyaaa.... Suka sizzling slalu mintak nak cendawan lebih kurangkan ayam. Hehe Uhuhu... My peberet ni. Meleleh air lioq memalam tengok resepi ni Kalau letak dalam nasi dalam claypot pun sedap gak ni x penah mkn yee mee yg sedap. sedihnya hiodup iols. hhihihihi cili jeruk kalu ade ni perrgghhhhh..tetibe nak wat kat uma la..huhu :drool3::drool3::drool3:
dah lme xmasak sizzling ni.. boleh la buat weekend ni.. tp sedap ke klu letak cendawan butang tu.. Sedap nyeee :drool3:
Letak cendawan lebih pastu makan panas2 pergghhh wowww..nmpak sedap
da lama x makan..selalu g mkn kt mines
ni food court tu dlm renovate..x tau la berapa lama wow cuti pnjgn ni aku nk try la plakkkk..... nmpk sedap omg fav. sedapnya! cendawan ayam lebih please!! My dad suka ngat yee mee ni. Boleh la cuba untuk buat for him nanti Tq share resipi Boleh try ni Sedapnya boleh cuba ni
Pages:
[1]
2