flowerfrog Publish time 3-9-2018 01:44 PM

Aku ke yang kena minta maaf

Hi Semua

Sekarang ni aku gaduh dengan biras (suami aku ada adik lelaki,adik lelaki dia kawen dgn perempuan) so, aku gaduh dengan perempuan tu.

Aku ada kes dengan laki aku berkenaan dgn bisnes dia (panjang kisahnya,ada kat thread2 aku sebelum ni)

bisnes dia tu sekali dengan adik lelaki dia dan bini dia. which is perempuan aku gaduh tu. Dan juga sepupu dia.

Aku angin betul dengan husband aku. Berlanjutan dalam beberapa minggu dan memang takde jalan penyelasaian lah yang aku nampak. Asyik lah paksa laki aku tu ceraikan aku. Tapi dia tak nak. So aku bagi kata putus ceraikan aku atau tinggalkan bisnes dia tu.

Jadi hari tu aku dan laki aku tu pergi lah rumah adik dia dan bini dia tu supaya laki aku pergi ckp dengan adik dia tu dia nak quit dari bisnes tu. Aku memang dalam keadaan marah (+ emo mengandung). Laki aku terpaksa jugak pergi situ sebab aku dah jerit2 macam orang giler paksa dia berhenti kalau xnak ceraikan aku. Mak mertua duduk dengan diaorang. Aku ikut hari tu sebab aku tak percaya dia nak cakap dia nak stop jadi aku nak dengar sendiri.

Aku pergi dapur tolong mak mertua aku masak2, masa tu mood aku konon2 baik lah senyum2. Lepas tu diaorang nak berbincang sekali dengan aku lepas husband aku luahkan apa ntah kat diaorang kan. Aku tak dengar sebab kat dapur masa tu. Aku malas lah nak join sebab aku tak nak gaduh. Tapi diaorang paksa2 jugak aku bercakap. Apa lagi aku pun cakap lah,luahkan semua. Memang angin kus2 aku pun keluarlah. Lepas tu bini dia which is biras aku tu cakap lah..Selama ni aku jeles dgn dia lah, dia tau aku benci dia. Aku lukakan perasaan mak mertua aku lah, Aku tak jaga aib laki aku lah.

Aku cakap pasal bisnes diaorang kot kenapa aku nak laki aku berhenti,pergi cari keje lain. Yang dia tak pasal2 nak cakap pasal peribadi pulak kenapa kan..tu kira dia attack personal aku, yang aku rasa tak sepatutnya seorang adik buat macam tu pada kakak (walaupun biras). Lagi2 aku tengah marah,lagilah mencurah air ke api.

Terus aku keluar dari rumah tu, ajak laki aku balik.Mak mertua aku nangis2 dah. Aku sempatlah salam mak mertua aku minta maaf. Dengan diaorang aku cakap aku takkan maafkan sampai bila2.

Yang buat aku marah,rupanya selama bertahun2 ni itu perasaan biras aku tu pada aku. Aku anak beranank makan,berak tidur kat rumah tu boleh dikatakan setiap minggu sebab laki aku nak melawat mak dia. Itu pandangan dia pada aku??? Kenapa dia nak berpura2 senyum baik, tapi hati dia anggap aku macam tu. Nampak sangat sejenis busuk hati.

Yang lagi memburukkan keadaan, hari tu memang betul2 hari kandungan aku didapati takde heart beat dan hari ni memang aku dah takde baby dah dalam kandungan aku. Dah gugur 3 minggu lepas. Sedikit sebanyak aku salahkan diaorang.

Sampai ke hari ni memang takde sikit lah perkataan maaf dia pada aku. Hari tu dia buat makan2 pun ajak abang ipar sefamily je. Sebab adik beradik laki aku cuma ada Abang dia,dia dengan adik dia. Memang nampak lah yang dia memang nak bermusuh dengan aku. Masa mak mertua kau datang rumah melawat aku pun mak mertua dtg dengan abang ipar aku.

Kalau ikut aku, lantak kau lah. Aku tak kisah pun dah orang tak suka aku. Aku dengan mak mertua baik2 je, aku ada je wasap mak mertua aku tu.

So, apakah pandangan korang? Perlu ke aku yang nak kena mengadap dia minta maaf pada dia?


burque Publish time 3-9-2018 02:15 PM

bila pregnant keselamatan baby adalah u punya priority. ikut hati mati

zulka Publish time 3-9-2018 02:19 PM

tak perlu, kang dia kata ko yg salah, pastu dia akan besar kepala...
cuma jaga hubungan baik ko dgn mak mertua dan family husband ko yg lain...
tu je..

noriz006 Publish time 3-9-2018 02:21 PM

Bagi pandangan peribadi kue la...biaq la kita mengalah...kita mengalah bukan kita kalah....yg.penting kita lepas kita dulu..minta maaf kat dia...hat lain tu terpulang la kat dia nak terima ka dak maaf tu...maaf lah naa..tu hanya pandangan peribadi kue

rina0602 Publish time 3-9-2018 02:28 PM

Edited by rina0602 at 3-9-2018 02:29 PM

zulka replied at 3-9-2018 02:19 PM
tak perlu, kang dia kata ko yg salah, pastu dia akan besar kepala...
cuma jaga hubungan baik ko dgn ...
then kalau macam tu bila ada kenduri kendara still muka dia ada. tt buat bodoh je ke nanti? salam mak mertua dan sedara mara lain je ;P

cmf_blingblings Publish time 3-9-2018 02:28 PM

Ya allah sampai keguguran!! Anak ke berapa ni?

Meiizu Publish time 3-9-2018 02:28 PM

Yang buat aku marah,rupanya selama bertahun2 ni itu perasaan biras aku tu pada aku. Aku anak beranank makan,berak tidur kat rumah tu boleh dikatakan setiap minggu sebab laki aku nak melawat mak dia. Itu pandangan dia pada aku??? Kenapa dia nak berpura2 senyum baik, tapi hati dia anggap aku macam tu. Nampak sangat sejenis busuk hati.

aku nak tau part ni
kenapa ko berlama-lama kat situ, kalau ko jadi dia pun tak selesa
sebab laki ko ke? bukan sebab ko ??

haaaa
sekarang bagus lah laki ko dengar sendiri
visit mak jgn sampai berumahtangga rumah orang
dia patut amik mak ko sehari dua dlm seminggu ke rumah korang
sanggup?
emm pendek kata sekrg ni smua salah laki ko lah


flowerfrog Publish time 3-9-2018 02:33 PM

zulka replied at 3-9-2018 02:19 PM
tak perlu, kang dia kata ko yg salah, pastu dia akan besar kepala...
cuma jaga hubungan baik ko dgn ...

dalam hati sekarang macam tu la. alhamdulillah dengan abang dan mak mertua aku masih baik.

flowerfrog Publish time 3-9-2018 02:33 PM

cmf_blingblings replied at 3-9-2018 02:28 PM
Ya allah sampai keguguran!! Anak ke berapa ni?

anak ketiga :'(

Meiizu Publish time 3-9-2018 02:34 PM

menjawab soalan tajuk ko ni
perlu ke minta maaf

Takpayah memburukkan keadaaan
ko jaga kesihatan ko dulu ok

flowerfrog Publish time 3-9-2018 02:40 PM

Meiizu replied at 3-9-2018 02:28 PM
aku nak tau part ni
kenapa ko berlama-lama kat situ, kalau ko jadi dia pun tak selesa
sebab la ...

laki aku..plus diaorang laki bini pun nampak ok. senyum2, masak macam welcome je kitaorang datang.

mak laki kan duduk dgn diaorang, jadi laki aku nak melawat mak dia kenalah pergi rumah dia. jarak rumah aku dgn dia pun xdelah jauh mana. anak2 dia main dengan anak2 aku. siap bekalkan makanan untuk kitaorang bawak balik. Rupanya itulah yang dia anggap aku. Selama ni aku jeles & tak suka dia :'( Patut tak aku kecik hati?


flowerfrog Publish time 3-9-2018 02:41 PM

Meiizu replied at 3-9-2018 02:34 PM
menjawab soalan tajuk ko ni
perlu ke minta maaf



Thanks Meiizu {:1_149:}

zulka Publish time 3-9-2018 02:42 PM

rina0602 replied at 3-9-2018 02:28 PM
then kalau macam tu bila ada kenduri kendara still muka dia ada. tt buat bodoh je ke nanti? salam...

yup...as long hubungan dia dgn family lain ok, setakat tak tegur je pun, bukan nye asal jumpa gaduh asal jumpa gaduh kan...pada aku takde masalahpun, org tu pun tak suka kita buat apa nk tegur, kalau tt minta maaf dgn dia pun belum tentu lagi dia akan jadi baik dgn kita...lagi pun kalau ikutkan dia gaduh dgn bini adik ipar je.....bukan dgn semua keluarga suami

flowerfrog Publish time 3-9-2018 02:46 PM

noriz006 replied at 3-9-2018 02:21 PM
Bagi pandangan peribadi kue la...biaq la kita mengalah...kita mengalah bukan kita kalah....yg.pentin ...

kadang2 aku fikir macam tu. Aku datang je rumah dia then minta maaf. So selesai satu part aku. Tapi hati aku terluka..Aku tak tau pulak selamani dia ingat aku jeles kat dia. Aku siap tanya lagi, "kau siapa aku nak jeles?"

Dia ingat dia tu artis ke, orang bijak pandai ke yang aku nak jeles? Dia ingat setakat boleh buat duit dengan berbisnes aku jeles ke? Tolonglahhhh

Macam mana aku nak rawat hati aku bila aku hadap muka taik dia tu nanti?



CiliPadiSedap Publish time 3-9-2018 02:54 PM

xperlu minta maaf, settle akhirat je.

flowerfrog Publish time 3-9-2018 02:55 PM

zulka replied at 3-9-2018 02:42 PM
yup...as long hubungan dia dgn family lain ok, setakat tak tegur je pun, bukan nye asal jumpa gadu ...

kann..kalau minta maaf pun bukannya keadaan akan kembali macam dulu. Aku akan ingat apa yang dia cakap, dia pun akan ingat apa yang aku cakap.
Lagi lah dia besar kepala cerita kat family dia semua. Patutlah dulu (cerita bertahun lepas dah) , masa first time aku salam dengan mak dia sebab pergi kenduri kahwin kakak dia, Mak dia ada cakap "Owh, ini ke (nama aku) "? Boleh bayangkan tak apa lah yang dia cerita kat family dia?

Aku asik teringat perkataan mak dia tu je sekarang ni. Celaka betul buruk2 aku kat family dia. Ni bila jadi macam ni, lagilah aku tak hadap nak tengok muka dia dengan family dia.


flowerfrog Publish time 3-9-2018 03:00 PM

CiliPadiSedap replied at 3-9-2018 02:54 PM
xperlu minta maaf, settle akhirat je.

berseronok dulu dengan pahala dia kan..biar dia merangkak cari aku nanti ;P

airisa Publish time 3-9-2018 03:03 PM

minta maaf je kat adik ipar tu kalau ada terkasar bahasa dan kau akan berhati2 dgn dia .. tapi cakap dgn jelas, kau tak jeleskan dia dan kau masih nak kes bisnes tu disettlekan ..

flowerfrog Publish time 3-9-2018 03:11 PM

Tapi kan kalau satu hari nanti dia yang minta maaf dulu, tapi mestilah aku tetap dengan keputusan aku tak nak maaf kan dia. Atau aku maaf kan dia tapi aku buat bodoh je dengan dia,takde nak borak macam sebelum ni. takde nak dtg2 rumah dia lagi..mesti family mertua aku akan pandang aku yang keras hati kan..


Jadi better aku minta maaf dulu atau dia minta maaf dulu?

flowerfrog Publish time 3-9-2018 03:13 PM

airisa replied at 3-9-2018 03:03 PM
minta maaf je kat adik ipar tu kalau ada terkasar bahasa dan kau akan berhati2 dgn dia .. tapi cakap ...

berhati2 macam mana tu airisa?
Pages: [1] 2 3
View full version: Aku ke yang kena minta maaf


ADVERTISEMENT