Cari-Nora Publish time 30-8-2018 10:33 AM

Tidur Ditemani Unggas Hutan, Rasai Pengalaman Eco-Glamping Di The Sticks Kuala K

Kalau anda mengalami tekanan kerja atau hidup, cubalah lari sekejap ke Kuala Kubu Bharu pada hujung minggu untuk dapatkan semula mood anda.


Bawa sekali yang tersayang, pemandangan hijau dan cantik di sini pasti memberikan anda ketenangan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/29/163615ddueipcpu75uk5p0.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/29/163611qqjs6g2xgaeyyedg.jpgFoto:Facebook


Tempat penginapan yang disyorkan ialah di The Sticks. Ia merupakan sebuah penginapan eko yang terletak di hutan tropika Kuala Kubu Bharu, dalam daerah Hulu Selangor.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/29/163613yaqsbxyvv6vvzdvc.jpgFoto:Facebook


Terletak berhampiran dengan Sungai Chiling, air sungai ini turut mengalir ke kawasan sungai berdekat resort.


Ini memudahkan anda untuk mandi-manda dan merasai sendiri ketenangan dan kesejukan Sungai Chiling.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/30/102224p6yuo266662yklcz.jpgFoto:Facebook



Kawasan The Sticks tidak begitu besar namun ia tetap menawarkan pelbagai jenis penginapan daripada chalet kepada khemah. Anda juga boleh memilih untuk glamping di sini!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/29/163613gc9glbhll2dcf3dn.jpgFoto:Facebook


Ia diuruskan oleh keluarga Gan yang amat cintakan alam semulajadi. Itu sebabnya The Sticks direka begitu dekat dengan alam.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/29/163613itztp5gwfxxxgckw.jpgFoto:Facebook


Menggunakan tenaga solar dan generator sebagai sumber elektrik, anda digalakkan untuk tidak menggunakan barangan elektrik yang memerlukan banyak kuasa seperti pengering rambut.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/29/163614pzcoclcrdxgcodcw.jpgFoto:Facebook


Dah puas tengok gambar? Lihatlah sendiri di hadapan mata anda dengan berkunjung ke The Sticks, Kuala Kubu Bharu!


Maklumat lanjut boleh rujuk di laman web The Sticks.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/29/163614zm2q7h1qom59co6f.jpgFoto:Facebook

Artemesiaa Publish time 30-8-2018 11:03 AM

Dah jadi trend terkini penginapan sebegini.Sesuai buat jenis malas nak pasang kemah dan bawak makanan sendiri

matkpop Publish time 30-8-2018 11:19 AM

honeymoon kat tempat ni best juga ni.

ayjay Publish time 21-9-2018 07:23 PM

Ditemani ular, mampos!

kaksal85 Publish time 28-9-2018 08:23 PM

dalam hutan ni mcm2 binatang ada kan...

tukul Publish time 30-9-2018 10:56 PM

kaksal85 replied at 28-9-2018 08:23 PM
dalam hutan ni mcm2 binatang ada kan...

Jin dan hantu pun ada kot....huhuhu... takut
Pages: [1]
View full version: Tidur Ditemani Unggas Hutan, Rasai Pengalaman Eco-Glamping Di The Sticks Kuala K


ADVERTISEMENT