admin6 Publish time 29-8-2018 03:41 PM

5 pasang tiket wayang Hantu Kak Limah untuk dimenangi. Cepat! Jawab 2 soalan ini




TIKET PERCUMA! MENANGI SEPASANG TIKET KE TAYANGAN HANTU KAK LIMAH DENGAN MENJAWAB SOALAN MUDAH INI.

SOALAN : NAMAKAN SALAH SEORANG PELAKON UTAMA "HANTU KAK LIMAH" & MENGAPA ANDA INGIN MENONTON TAYANGAN INI?

Hanya 5 orang pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan tepat dan slogan paling kreatif.
Tarikh tutup peraduan ini adalah pada jam 3 September 2018. Pemenang akan dihubungi sebaik sahaja peraduan berakhir.





cik-jaja Publish time 29-8-2018 03:58 PM

zul ariffin..nak tengok kenapa orang tak suka sangat dia ada dalam HANTU KAK LIMAH ni...

buragazz Publish time 29-8-2018 04:04 PM

Datuk Awie.. Nak tgk lagi sebab nak ketawa terbahak-bahak.. dah lama tak ketawa terbahak-bahak hampir keluar kahak

DhiaAmani Publish time 29-8-2018 04:05 PM

Pelakon hantu kak limah yg utama ialah Awie dan Delimawati.
Saya ingin menonton hantu kak limah yang merupakan sebuah filem komedi seram malaysia pada tahun ini 2018 yg mencecah jutaan ringgit.Saya teruja ingin menonton cerita ini kerana sahabat saya menceritakan perjalanan cerita ini sangat best dan terbaik ...

Orix Publish time 29-8-2018 04:13 PM

Pelakon Utama : Delimawati

Nak tengok Hantu Kak Limah sebab nak tengok Ropie aka Nayan joy oren joy epal joy jambu batu teretetettetennn punya lawak yang WIN :lol:

cmf_ctrl Publish time 29-8-2018 04:16 PM


Pelakon utama Delimawati. Saya ingin menonton Hantu Kak Limah kerana saya mengikuti filem-filem hantu kak limah sebelum ini dan jika saya menang, inilah antara hadiah paling berharga sempena hari lahir saya pada 31 Ogos ini.

zulka Publish time 29-8-2018 04:25 PM

belum tengok dan tak kan tengok.. :loveliness:

zameyla Publish time 29-8-2018 04:26 PM

Pelakon Utama: Delimawati aka Kak Limah

Ingin tahu apa yang terjadi kepada Kak Limah dan mengapa dia menjadi hantu.

sherry Publish time 29-8-2018 04:37 PM

Delimawati binti Ismail .

Saya ingin menonton tayangan ini kerana genre dan pengarahnya. Walaupun Hantu Kak Limah sebuah cerita komedi yang boleh disifatkans sebagai hiburan ringan, tetapi pembikinannya tidaklah semudah disangka. Genre komedi adalah salah satu genre yang sangat susah untuk digarapkan. Selain abang Mamat Khalid yang sangat berpengalaman dari segi pengarahan,seorang yang terkenal dengan karya yang memenuhi cita rasa dari pelbagai aspek yang pada dasarnya ada hiburan ringan, tetapi pada asasnya ada parodi dan satira yg ada subteks yang boleh dikupas. Gabungan keduanya menarik minat saya untuk menonton sequel filem pertamanya yang saya sudah tonton dahulu.

AbukRokok Publish time 29-8-2018 04:53 PM

nk tgk jue aziz... crush lama ;P
gimme free ticket please :lol:

albedah Publish time 29-8-2018 05:04 PM

Awie.

Nak tengok sebab semorang dah tengok..Saya je tak tengok2 lg.Org asyik gelak dan guna skrip dlm citer Hkl ni.Ermmn kalu ada tiket free,dapat la saya nengok amende laaaaaa yg diorg hebohkan sangat ni...

ctaz Publish time 29-8-2018 05:13 PM

uqasha senrose

dgr org cerita....org cerita laaa...
buah nyer makin masak ranum....
tu yg nak try tgk tu...
betul ker org kata....

ikinbest Publish time 29-8-2018 05:23 PM

Uqasha Senrose

Because she is such a goddess.. so beautiful and dreamy.

matkpop Publish time 29-8-2018 06:28 PM

ukasa.

tek.

munchkin Publish time 29-8-2018 06:47 PM

Tahniah kutipan tinggi!!!

fishcracker Publish time 29-8-2018 08:00 PM

Delimawati
Tahniah dapat kutipan juta juta juta
Nak tengok lagi isi masa terluang bila anak kat sekolah {:smileo

Jantan-Berbulu Publish time 29-8-2018 10:25 PM

Allahyarham Khalid bin Shamsuri atau Rab Khalid atau dikenali dengan panggilan Yeh Sekupang dalam filem Rumah Pusaka Di simpang Jalan arahan Mamat Khalid.

Saya belum berkesempatan untuk menonton filem Hantu Kak Limah namun berita tentang kejayaan filem ini telah diuar-uarkan di segenap media elektronik dan media cetak. Lakonan Rab Khalid sangat memberi inspirasi dalam memenuhi hasrat dan aspirasi penonton tentang apa itu sarkastik dalam berlawak. Lontaran dialog dan mimik muka yang bersahaja dengan lenggok-lenggok bahasa tubuh membuatkan penonton selesa dengan kehadiran beliau di skrin lentikular perak. Sekuel Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu dalam industri perfileman Malaysia. Rentetan itu, Hantu Kak Limah kali ini telah disusunatur pelakon-pelakonnya bersesuaian dengan watak-watak yang dicipta. Lelucon yang terpancar dalam bentuk elektronik bersama-sama skrip yang bersahaja dan sarat dengan garapan ciri-ciri kemelayuan, sudah tentu memuaskan hati para penonton yang melihatnya. Berfikir ketika ketawa ....

94ridhwan Publish time 30-8-2018 04:51 AM

Delimawati Binti Ismail
Saya anak jati Perak, tapi tak tau loghat Perak (Kuala Kangsar/Taiping). HKL buat saya seronok jadi orang Perak.

teen_angelJB Publish time 30-8-2018 05:20 AM

Datuk awie.. Saya nak tengok hantu kak limah kerana saya mmg suka karya mamat khalid dan akan ketawa terbahak2 dgn lawak cerita dia sebb lawak hantu kak limah rare sangt

achilles_heel Publish time 30-8-2018 08:31 AM

Allahyarham Rab Khalid / Yeh Sekupang

Lakonan beliau sentiasa saya nantikan. Bersahaja walau dalam lontaran jenaka.
Filem Hantu Kak Limah selalu melangkaui filem-filemlain dengan penghujung perceritaan dengan babak yang tidak disangka. Bukan cliche macam filem-filem lain dan mungkin akan jadi sejarah terhebat seperti filem-filem Lagenda P. Ramlee. Filem ini juga hebat walau bergenre komedi seram. Jarang filem sebegini mendapat tempat di hati rakyat Malaysia

Pages: [1] 2
View full version: 5 pasang tiket wayang Hantu Kak Limah untuk dimenangi. Cepat! Jawab 2 soalan ini


ADVERTISEMENT