Gebu, Murah Pula Tu! Donut Warna-Warni Di Jalan Semarak Kuala Lumpur Viral
Waktu petang memang sedap kalau dapat jamah kuih-muih ditemani secawan teh atau kopi kegemaran anda.Jadi kalau anda rasa nak makan kuih-muih khususnya donat, boleh datang ke Jalan Padang Tembak, di depan bangunan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berdekatan dengan Jalan Semarak.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/29/122747yq5qe3oq5z70zqqq.jpgFoto:Facebook
Di sini terdapat gerai menjual pelbagai jenis kuih-muih dan yang paling istimewa ialah donat pelbagai perisa dan warna.
Ia berbeza dengan donat pelbagai warna yang dijual di kedai-kedai francais antarabangsa kerana donat ini ialah donat homemade!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/29/122747vzlupaiu9fwee3pu.jpgFoto:Facebook
Jenis-jenis donat yang dijual di sini ialah donat red velvet, donat pandan, donat perisa coklat, keladi, durian dan juga keju!
Harga donat bermula dari RM2 untuk 3 biji donat dan 4 biji donat bagi jenis yang lain.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/29/122747xs4rm6m1qspxyzw5.jpgFoto:Facebook
Nak tahu lebih lanjut datanglah sendiri ke gerai ini! Waze sahaja JPAM, okay! Selain donat pelbagai perisa dan warna, mereka turut menjual kuih lain seperti karipap, burger Malaysia dan lain-lain.
Jadi anda boleh pelbagaikan hidangan makan petang anda! Segeralah ke Jalan Padang Tembak untuk cuba sendiri donat-donat unik ini! -CARI nampak sedap... yummeyyyyyyyy Sedapnyehh Sedapnya pewarna.. {:smile Banyaknye letak pewarna...memang bebudak suka {:laugh pewarna pekat giler. boleh lekat kat lidah. berak pun kaler petronas nanti. btw iols suka donat kenyal. tak tau camne nak buat tu Suka donut biasa je. wahhhh.....{:1_152:} Takut tgk color :sweat3: nampak sedap betul nampak menarik... nak cuba donut durian... HAri2 lalu. Tapi tak terpikir pun nk beli. {:sing kuat gila coloring dia looks yummy
but no thank you
tak nak aku berak warna warni :lol: Sape yg viral ni? Tadi iols tgk dah beratur panjang. Nk lalu pun susah ! Dah la situ jln utama. {:laugh{:laugh Makan semua dan beraklah pelangiiiiii!!! iols cuba elak makanan berwarna tiruan ni..risau la byk sgt kes kanser sekarang menyebabkan jem sebab jual di tepi jalan laluan utama.:mad:
Jalan Semarak memang banyak makanan sedap yah.
Pages:
[1]
2