aleesyasofia Publish time 25-8-2018 07:07 PM

GOL & GINCU VOL.2

Edited by eddlisa_uyuk at 27-8-2018 12:26 AM

Gol & Gincu Vol.2 akan ditayangkan di pawagam pada 25 Okt. 2018.. Filem kali ini menampilkan beberapa barisan pelakon seperti Diana Danielle, Ummi Nazeera, Sazzy Falak, Sharifah Amani, Syafiq Kyle, Aedy Asyraf dan ramai lagi..

Sinopsis:
Zakiah (Zak) dan Zakiah (Yaya) adalah dua pelajar universiti yang sama nama namun mempunyai personaliti yang jauh berbeza. Akibat tercetusnya pergaduhan di khalayak ramai kedua-dua gadis telah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak pengurusan universiti untuk melakukan kerja-kerja amal sebagai teladan kepada pelajar-pelajar lain.

Zak dan Yaya telah memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikendalikan oleh Jijie. Sangkaan mereka meleset setelah menyedari bahawa kerja amal bukanlah mudah. Mampukah mereka ketepikan sikap prejudis mereka dan membantu Jijie dan gadis-gadis remaja tersebut atau adakah kehadiran mereka hanya memburukkan keadaan?

Poster


Trailer
Rt5DfZ3ggCc

merrissa Publish time 25-8-2018 07:56 PM

faz xde wat penampilan istimewa ke?.....

oggy Publish time 25-8-2018 07:59 PM

Oh Sazzy & Sh. Amani ada bawak watak diorang lama diorang la kan..

lovelytouch Publish time 25-8-2018 08:19 PM

Walaupun akaq tak minat faz sejak kawin dgn kayu tp akaq is kecewa yachh beliau tak ada dlm filem ni ;P

PandaSaka Publish time 25-8-2018 09:24 PM

cantik nyaa diana danielle :loveliness:

ingat kan sambungan yang lama.

RooneyMara Publish time 26-8-2018 06:54 AM

Edited by RooneyMara at 26-8-2018 06:57 AM

Tak minat la DD lately. Haritu tgk dia dlm jozan, Ntah la. Personality dia mcm weird. Rasa dulu dia chill je. Now bila dah makin byk job, makin x minat dgn dia

N of course kecewa takde faz. Synonym sgt faz dgn gol n gincu.

mawarika Publish time 26-8-2018 07:12 AM

Cantik pulak bini farid ni

lasagnaklcc Publish time 26-8-2018 07:16 AM

Rasa kembali remaja plak. Mengimbau jaman sis main futsolll dulu. :$

anchak Publish time 26-8-2018 07:49 AM

Tak de pelakon muda ke utk bawak watak uni students

Cicisweets Publish time 26-8-2018 08:04 AM

Fake dah kertu bg org lain pulak, walaupun Nani pun kertu jugek;P

armin Publish time 26-8-2018 10:25 AM

Kenapa ummi nazeera? Dia ni bukan mak orang ke? Remaja lagi ke? Aku geli pulak.. dulu tu sesuai jgk la semua watak. Ni apa entah watak. Syafiq kyle??? Duh... drama bolehla. Dulu pierre andre pun aku dah menyampah. Takde yg lg hensem ke? Semua tak menarik

cicicumel Publish time 26-8-2018 10:47 AM

Bakal flop...sinopsis pon sgt cliche dgn muvie2 girlish hollywood..

SLAManya Publish time 26-8-2018 12:48 PM

Tak excited sebab watak lama faz dengan melissa ke apa bini malique tu takde

merrissa Publish time 26-8-2018 12:48 PM

RooneyMara replied at 26-8-2018 06:54 AM
Tak minat la DD lately. Haritu tgk dia dlm jozan, Ntah la. Personality dia mcm weird. Rasa dulu dia...

tapi aku tgk dia dalam jozan tuh lagi chill dari zahirah....zahirah mcm cover2 je....

idril Publish time 26-8-2018 05:16 PM

Pada akakBaik amik muka fresh umur early 20s belasan thn 18 19 thn gituh yg boleh belakon.. buat la audition..... ni semer nmpk kertu..... koserrrr

kaogi Publish time 26-8-2018 05:47 PM

Mcm tak best je takde Faz

mirebus Publish time 26-8-2018 06:19 PM

Takda maknalah gol and gincu tanpa putri and mia. Meols dah lah minat sangat dgn gol and gincu ni faz takde pulak.

grouper Publish time 26-8-2018 06:21 PM

Klau amik mini lana n amelia henderson plus amyra rosli mesti best cite ni..x payah hero pun xpe

eddlisa_uyuk Publish time 27-8-2018 08:12 AM

umi nazeera??? mcm tak kena je

kisahkeaku Publish time 27-8-2018 11:29 AM

mirebus replied at 26-8-2018 06:19 PM
Takda maknalah gol and gincu tanpa putri and mia. Meols dah lah minat sangat dgn gol and gincu ni fa ...

yerp.putri dan mia adalah gol dan gincu yg sebenar.my doter br ni tgk kat citra dan suka dgn putri dan mia.i br nk ajak dia tgk gol dan gincu 2..tp tgk pelakon mcm plain jelah...
Pages: [1] 2
View full version: GOL & GINCU VOL.2


ADVERTISEMENT