sambalhijau Publish time 23-8-2018 03:26 PM

Mak bukan maid

Salam.
Dah lama aku rasa benda ni tapi tak tau macam mana nak selesaikan masalah ni. Aku dah nak dekat 10 tahun tinggal jauh dari family aku cuma boleh balik 2-3 kali setahun sebab aku tak ada duit. Baru habis belajar. Tapi aku perasan tiap kali aku balik cuti rumah sangat kotor bersepah. Ruang tamu sampai nak duduk pun kena kuis2. Dapur lagi la. Melekit. Kadang-kadang air sampah sampai kering pun tak ada orang nak mop. Kalau toilet tu tak payah cerita la. So, tiap kali balik cuti aku akan gotong royong ngan mak aku sebab yang lain semua kerja. Aku ingatkan maybe sebab minggu tu semua busy kerja so tak de masa.

Kali ni aku cuti lama sikit dan aku boleh tengok sendiri macam mana penat nye mak aku tiap hari. Diorang balik kerja semua tudung baju kerje stokin automatic letak atas sofa-sofa. Lepas tu makan tak reti nak basuh sendiri pinggan mangkuk. Dah mak aku masak tak ada sorang pun g tolong. Lepas tu tolong basuhkan kuali pun tak. Bekas makan diorang sampai berlonggok dalam sinki. Ada sekali aku saja tak nak basuh nak tengok ada ke tak yang datang, dan esok nye aku tengok semua tu berlonggok lagi kat sinki even hari tak bekerja. Lepas mandi baju tak basuh. okay fine maybe nak jimat elektrik basuh sekali je ramai-ramai. Penyudahnye, mak aku basuh aku tolong jemur. Aku tanya mak aku biasanya siapa yg jemur & angkat bila dah petang. Semua mak aku buat. Bila aku dah kemas satu rumah, diorang jejak je ruang tamu balik kerja letak balik smua baju kotor tu atas sofa-sofa. Sampai aku tegur suruh letak siap2 dalam washing machine, diorang boleh buat muka annoyed kat aku.

Weekend diorang tak kerja aku ingatkan boleh la tolong mak sikit-sikit tapi tak, diorang habiskan masa dengan handphone movie drama dengan alasan penat kerja weekdays. Habis mak aku? 7 hari seminggu bekerja gara2 diorang. Weekend kerja lagi la banyak sebab orang ramai kat rumah, pakat ambik je bekas2 biskut mug air smua g makan kat ruang tamu lepas makan biar je kat situ. Makan roti sampah roti buang kat lantai sebelah sofa.

Aku faham mak aku housewife, diorang support financially beli barang rumah, perabot etc tapi aku pun rasa tak sepatutnya mak aku still buat kerja rumah gaya macam still jaga budak sekolah rendah sedangkan semua dah lebih 25 tahun.

Memandangkan cuti raya haji ni lama sikit aku buat gotong royong kat rumah sebab honestly sangat bersepah & geli. Pencungkil gigi, cotton buds, tisu muka bersepah2, kat dapur pun sampai bau basi. Malangnye still aku dengan mak aku btungkus lumus diorang buat derk. Sampai la aku bising sorang datang tolong. Yang lain dok gelak2 tengok drama aku dah geram aku baling barang diorng tapi diorang still tak tolong. Diorang masok bilik sambung tengok drama. Tadi mak aku luahkan kat aku kalau boleh lari, dah lama dia lari. Luluh hati aku dengar.

Aku tak tau nak buat macam mana dah. Nak mendisiplinkan orang tua ni aku rasa macam hopeless. Aku cakap tua sebab masing-masing dah ada stable career cuma still single je. Memang normal ke anak yang dah bekerja still buat mak macam ni?



sambalhijau Publish time 23-8-2018 03:32 PM

Aku mengaku sepanjang aku sekolah pun aku liat nak tolong tapi dah besar macam ni aku tak smpai hati nak biar. Parents aku pun tak pernah bertegas bab ni. Mungkin silap diorang kat situ.

chanteksekali Publish time 23-8-2018 03:47 PM

Cuba u bwk mak u p holiday 2minggu. Sebulan ke. Aritu i ada cubaan utk suruh mak i jaga pakcik n makcik i dedua xkawin about the same age dgn mak i tp mcm2 penyakit. Dh la tua nak jga org tua perghh. I ckp direct hantar lah tp pagi2 i akan amik mak i dtg umah i ptg i anta dia balik. Ulang2 la sampai bebila. Jgn nak menghambakan org yah. So terus tak jadi.

hibernation Publish time 23-8-2018 04:29 PM

Bagi detail skit, berapa org adik beradik yg duduk dgn mak, lelaki ke pompuan?

dekmieDandy Publish time 23-8-2018 04:43 PM

hibernation replied at 23-8-2018 08:29 AM
Bagi detail skit, berapa org adik beradik yg duduk dgn mak, lelaki ke pompuan?

curious jugak ni

rumah aku malas2 pon budak lakinye pandai jugak nak letak kemas sikit2 makan basuh sendiri

ni kronik betul gayanya

rolypoly Publish time 23-8-2018 04:54 PM

sikit sebanyak mmg salah tu dtg dari parents juga sebab tak bertegas suruh buat kerja rumah. iols yang baca pulak jadi sedih terkenang mak kat kg. dah besar2 ni mmg kitaorg adik beradik nak bagi mak berehat je sb kesian kat mak.

Mak TT ni mmg takde marah anak2 ke rumah bersepah?

hibernation Publish time 23-8-2018 04:56 PM

dekmieDandy replied at 23-8-2018 04:43 PM
curious jugak ni

rumah aku malas2 pon budak lakinye pandai jugak nak letak kemas sikit2 makan b ...

Tu lah....

Memang kuangajaq betul anak2 mak merangkap adik beradik tt....dah dari kecik ke berperangai begitu? Konpem mak tt seorg yg lembut hati, x berani nak tegur anak2?

hibernation Publish time 23-8-2018 04:56 PM

Soalan kedua...ayah tt ada lagi ka?

Megikari Publish time 23-8-2018 05:51 PM

Kesiannya mak tt. Tak boleh ke tt bawak mak tu duduk dgn tt. Bodoh gila la anak2 yg memperhambakan mak sendiri ni.

If i were u la kan, bila time kemas tu mana2 barang diorang yg bersepah i akan sumbat je dalam plastik sampah n buang. Kalau bab makan pulak, i akan bagi je diorang pinggan n cawan kertas. Spesis mcm ni memang layak dilayan macam kucing kurap je.

Ish.... Emo pulak petang2 ni :huffy

adila39 Publish time 23-8-2018 05:59 PM

suruhla mak tt jerit kat anak anak tuu....or suh mak tt tgl umah tu pegi berehat kat umah sedara...jgn masak...hati jering sikitlaaa...xgunanya dpt anak gini...mmg patut xkawen xlayak... pengotor pemalas dan bodoh so sapa nak!

buragazz Publish time 23-8-2018 07:59 PM

TT buat camni

Minggu pertama pertama sound dulu..
Minggu kedua jerit sikit
Minggu ketiga cer ko humbankan baju2 yang bersepah tu kat laman...

Foxey Publish time 23-8-2018 11:20 PM

Memang tak patut buat make macam tu. Dia sepatutnya boleh berehat dah, enjoying her senior years, doing what she likes setelah bersusah payah membesarkan anak2. So, as anak2, we should be taking care of them, try to pamper them as you could afford to, spend time with them. That is my views lah.

prettyuglybabe Publish time 24-8-2018 09:38 AM

insof pulak rasa :lol:
i balik rumah mom pun malas nak tolong mak masak..
but rumah takde la sepah..
bilik i masih sapu and mop kat atas..
toilet tolong gak cuci masa mandi tu..
pinggan mangkuk i basuh and i clear sebelum tido or balik..
cuma masak je malas sebab nak mak masak ;P;P

apa pun, semuanya didikan mak juga tt..
kalau mak awak sendiri yang manjakan anak-anak tak bertempat, itu la jadinya..
awak bawa la mak awak duduk dengan awak..
biar adik-beradik awak tu rasa hidup sendiri..

rospinki Publish time 24-8-2018 11:51 AM

Byk kes mcmni dek sambal..merata aku jumpa spesis anak menhambakan mak. Macam sial je lan melahirkan tuan. Anak aku??? Yes diorg pun temd to do the same..but i will never let them to over power. Aku jenis mmng rajin buat keje umah..org lain malas ke apa..aku buat je. Nak tgk umah sntiasa bersih makan sntiasa terhidang..cari rezeki dan menyediakan syurga utk anak2..tapi i still the boss to them. Igt jgn biarkan anak2 jadi tokey..taksuka suh diorg blaja rajin2 dpt offer skola bagus2 dum asrama cari keja bagus2 get out of mylife.

hibernation Publish time 24-8-2018 12:28 PM

rospinki replied at 24-8-2018 11:51 AM
Byk kes mcmni dek sambal..merata aku jumpa spesis anak menhambakan mak. Macam sial je lan melahirkan ...

Wow....kagum akak dgn ketegasan dik pinki...

hibernation Publish time 24-8-2018 12:29 PM

Mana TT, sibuk mengemas kut:o

rospinki Publish time 24-8-2018 12:40 PM

hibernation replied at 24-8-2018 12:28 PM
Wow....kagum akak dgn ketegasan dik pinki...

Kena tegas..anak2 skrg lebih berpaksikan internet..kawan2..hiburan dan instagram sgala...baca buku skolah tapi igt dah bijak sgt level super..tapi bodoh sombong. Kena ajr dorg tu jadi cerdik.

grizz Publish time 24-8-2018 03:35 PM

kekadang mak yg sejenis lembut ati nk soh anak wt keje..MIL aku pon kekdg die xsuruh anak die wt keje..siang ikan ke potong sayo ke..alasan die budak tu xreti..klu kecik lg xpe gak..ni dh umor 27 dh.die lg rela tgk anak dara die membute sampai kol 2ptg..sib bek laki aku tlg gak..kekdg aku yg bg arahan..ko wt ni ko wt tu..{:punisho

mujer_in_espejo Publish time 24-8-2018 09:53 PM

I feel you tt. Sakit kepala.. sakit hati.. penat!!

Aku pernah bakar kasut/ baju2 beradik aku sebab bersepah letak katsofa, tandas, parking.. sudahnya kami gaduh.. smpi skg kena ungkit.. eh biarlah

misc Publish time 25-8-2018 12:22 AM

Baca pun dah rasa penat.
Kalau nak bawak mak tt keluar rumah sebulan dua ok je. at least dpt la mak tt rehat sikit, tapi lepas tu masalah tak settle juga silap2 lg disaster rumah tu.

-Baju2 busuk diorang biar diorang basuh sendiri. Biarlah membukit kat sofa tu. Satu hari mesti stok baju tudung stokin bersih mesti habis pakai kan. Biar padan muka sikit. Mengada2 suruh mak basuh. mak tt basuh baju sendiri cukup. Takpun cabut je wire mesin basuh so diorang ingat rosak. Biar diorang pegi laundry self service tu.

-pinggan dan mug hadkan sorang satu set. yg lain sorokkan supaya diorang tak boleh ambil baru. Kalau boleh tulis nama masing2 kat pinggan makan dan mug. Lepas makan sila basuh sendiri. Kalau tak next meal ko takde pinggan mug dah.

-paksa diorang bagi duit bulan2 utk hire weekend maid 2-4 jam utk bersihkan bilik air dgn rumah yg penuh sampah2 diorang jugak.
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Mak bukan maid


ADVERTISEMENT