Cari-Faizal Publish time 20-8-2018 04:52 PM

Tips Mudah Untuk Hilangkan Lapisan Lilin Pada Buah Epal

Melihat buah-buah epal yang merah dan cantik di pasar raya tentu sahaja membuat kita geram untuk membelinya. Tetapi tahukah anda, sesetengah pengeluar buah epal menyaluti buah epal dengan lapisan lilin untuk menjadikan buah itu kelihatan sentiasa segar dan masak ranum.


Cara mudah mengenali lapisan lilin itu dengan cara menggoreskan sedikit lapisan kulit epal dengan pisau atau benda yang tajam, jika ada serbuk putih yang keluar, itulah dia lapisan lilin.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/20/102404ezwz5v4k0gsrteuv.jpg


Foto: Vemale.com


Lapisan lilin ini sudah pasti tidak boleh dicuci dengan mudah hanya menggunakan air biasa sahaja. Jom ikuti langkah mudah ini untuk menghilangkan lapisan lilin pada buah epal.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/20/101717cdy6a7zzhddaych6.jpg
Foto: Arbamedia.com


1. Sediakan satu mangkuk air suam.


2. Tambahkan satu sudu makan air perahan jus lemon dan satu sudu makan soda bikarbonat.


3. Masukkan buah epal.


4. Sapu kulit buah epal dengan tangan atau berus dengan perlahan.


5. Bilas dengan air bersih.


Sebenarnya buah epal mempunyai lilin secara semulajadi untuk membantunya segar bagi tempoh masa yang lama. Biasanya, buah epal yang dipetik dan dicuci akan hilang lapisan lilinya. Jadi, pengeluar buah epal menambakan lapisan yang baru untuk menjaga kesegarannya.


Jadi, hati-hati sebelum memakan buah epal. Kupas kulitnya dahulu ataupun cuci dengan bersih. - CARI

moonbug Publish time 20-8-2018 05:14 PM

Selalu kikis guna vege knife, tapi gigih sangat pulak rasa. Nanti nak try la guna lemon dgn baking soda ni

MsKathryn Publish time 20-8-2018 06:11 PM

Ok nak try tips ni la..

kukukatablog Publish time 20-8-2018 06:59 PM

klo x buang lilin tu ok jer kan makan?

biskutraya Publish time 20-8-2018 07:08 PM

Its not a wax.. Bukan wax yg kita psg kt umah time xde elektrik or time kite sambut birthday tu..Itu adalah lapisan perlindungan buah untuk tidak cepat busuk semasa proses penghantaran.Dan lapisan tu adalah food grade dan boleh dimakan. Cuma kita basuh buah of coz la sbb hygiene..

Foxey Publish time 21-8-2018 09:35 AM

salu fox memang buang kulit apple nih

twinkleboo Publish time 11-4-2019 02:38 PM

Hmm. Food grade wax kan ni. Boleh di makan.

Elle_mujigae Publish time 15-4-2019 10:42 PM

Baru tahu wax ni okay je makan....food grade ye...

neuron.takeshi Publish time 19-5-2019 04:37 PM

Nak try nanti

miarshya Publish time 19-5-2019 06:23 PM

Selalu basuh biasa aje, kalau rendam air garam tak jadi ye?

Chimicuri Publish time 18-3-2021 01:56 AM

Good info tq share

Bylaaz Publish time 18-3-2021 11:40 AM

Selalu basuh macam tu ja,tak pa ka ya
Pages: [1]
View full version: Tips Mudah Untuk Hilangkan Lapisan Lilin Pada Buah Epal


ADVERTISEMENT