bawangkecik Publish time 16-8-2018 02:46 PM

"Perlu Ke Cuci Pad?"- Antara Hukum Dan Gaya Hidup



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/16/082852uk8ptk31tpt64ams.jpg
Foto : HuffPost India




Kelmarin, laman sosial Facebook dan Twitter dihujani hujah-hujah serta komen pedas mengenai kewajipan mencuci tuala wanita atau sanitary pad selepas digunakan.


Mengikut perkongsian saudari @n_azzurajafridi Twitter, pad yang telah digunakan tidak perlu dibasuh, sebaliknya hanya balut dan buang secara cermat. Apa pendapat anda?




https://twitter.com/n_azzurajafri/status/1027927132083613697


Jika mengikut norma masyarakat, kita selalunya mencuci pad yang dipenuhi darah kerana merasakan bahawa darah haid itu adalah najis.




https://twitter.com/n_azzurajafri/status/1027927134889594880




https://twitter.com/n_azzurajafri/status/1027927137808859137


Saudari @n_azzurajafrijuga berkongsi penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus mengenai perkara ini. Namun, berlaku perdebatan kerana netizen berpendapat bahawa haid itu adalah najis dan sangat kotor serta berbau jika tidak dibersihkan dengan sempurna.




O2UFo75mLPc




https://twitter.com/hxzrxh_/status/1028311150184656896




https://twitter.com/tejamarissa/status/1028509015385362434




Selain itu, Mufti Wilayah Persekutuan juga telah menjelaskan mengenai perkara ini. Menurut portal itu, tiada dalil menunjukkan bahawa tuala wanita yang terkandung darah haid perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum dibuang.


namun, nabi S.A.W. mengarahkan supaya pakaian yang terkena kotoran darah itu harus dibasuh seperti hadis yang diriwayatkan Asma’ Binti Abu Bakar yang bermaksud:




”Aku bertanya kepada Nabi saw tentang darah haid yang terkena pada pakaian. Nabi saw bersabda: Basuhlah ia dan gosoklah ia dengan air serta siramlah ia (setelah digosok). Kemudian solatlah dengan pakaian tersebut.”

Riwayat al-Tirmizi (138) & Abu Daud ( 362)


Bagaimanapun, portal itu ada menyebut tuala wanita yang sudah digunakan perlu dibasuh terlebih dahulu kerana dikhuatiri akan menjadi makanan jin kerana syaitan adalah antara kalangan yangmenyukai perkara-perkara kotor dan najis.


Adalah lebih baik jika tuala tersebut dibuang di tempat khusus dan diasingkan dari tempat buangan yang biasa digunakan seperti mana dilakukan di hospital.


Selain itu, jangan dibuang merata-merata seperti di mangkuk tandas dan tempat yang tidak sesuai. Ini kerana, ia boleh menimbulkan suasana tidak selesa.



Sedangkan kita makan pun pinggannya dibasuh selepas digunakan, inikan pula najis. Jadi, apa pendapat anda mengenai isu ini? Adakah anda bersetuju atau sebaliknya? - CARI

Nonones Publish time 16-8-2018 03:34 PM

Cuci la pad, darah kotor tu. aku tak sampai hati nak buang pada masih berdarah2 tu.

vanillaninja Publish time 16-8-2018 03:41 PM

Sedangkan kita makan pun pinggannya dibasuh selepas digunakan, inikan pula najis. Jadi, apa pendapat anda mengenai isu ini? Adakah anda bersetuju atau sebaliknya?

How is this a relevant comparison? Pinggan tu sah2 la kena basuh sebab nak pakai balik. Tak tau la pulak kalau disposable sanitary pad yang dah pakai tu nak dipakai balik. Nama pun disposable. Kalau nak compare sangat dengan pinggan, kena compare dengan washable cloth menstrual pad.

kucingitam Publish time 16-8-2018 03:50 PM

x basuh, buanglah elok2..ni, dahla tak basuh, tak bungkus/lipat..buat kat tong sampah terbuka gitu je..nak2 kalau sanitary bin tu dah penuh melimpah ruah..nak berak pun rasa tak lalu..

fushimi Publish time 16-8-2018 03:52 PM

bungkus je ngan kertas elok elokpastu buang

koser sangat nak basuh bagai

jcopy Publish time 16-8-2018 03:53 PM

sajat buat camner???

basuh ke tak???

capiloton Publish time 16-8-2018 03:55 PM

basuh jer la.
ni mesti betina pemalas.
benda keluar dari badan sendiri pun tak reti basuh.

ex aku dia basuh dulu, siap cuci dengan sabun,
sampai hilang warna dan bau,
n then gulung, masuk dalam plastik, lepas tu baru dia buang.

gummygummy Publish time 16-8-2018 03:57 PM

capiloton replied at 16-8-2018 03:55 PM
basuh jer la.
ni mesti betina pemalas.
benda keluar dari badan sendiri pun tak reti basuh.


wowww teliti ex hang cte kat hang. ke buat dpn hang hahahah {:runo

chazey Publish time 16-8-2018 04:02 PM

Motif camna nak lupuskan pad pun perlu rujuk mufti? Are you insane?

haryatie Publish time 16-8-2018 04:05 PM

cuci je la
apa ke malas sgtttt...
walau pun bukan nak guna smula tp da terbiasa cuci dulu
baru bungkus elok2 n buang ke tong sampah
simple jerk pun..
bukan nya ambil masa berjam jam cuci bagai dgn sabun
asal darah tu da hilang sudahhh..

chazey Publish time 16-8-2018 04:05 PM

OMG akak baru tahu ritual basuh pad yang akak diajar sedari kecik itu rupanya hada jarum2 halus ajaran umat Islam!

sufi^_^ Publish time 16-8-2018 04:07 PM

So pampers bertaik kencing pun orang basuh dulu ke sebelum buang?

Bandage berdarah tu pun basuh dulu ye sebelum buang?

sufi^_^ Publish time 16-8-2018 04:08 PM

chazey replied at 16-8-2018 08:02 AM
Motif camna nak lupuskan pad pun perlu rujuk mufti? Are you insane?

Exactly {:1_550:}

rosevelvet Publish time 16-8-2018 04:11 PM

I prefer basuh sbb x sampai hati nk buang mcm tu. I akan koyakkan permukaan atas n flush isi kt dlm. Xkan nk buang mcm tu jer walaupun berbalut. Sanggup ke bungkus tahi n buang dlm tong? Mengundang bau n byk mnde ke situ. Dah nm darah kotor. Mmg la berbau

saladin780 Publish time 16-8-2018 04:26 PM

Mende common sense guna akal pun nak tanya ustat, mufti etc:lol:..xde otak ke nak fikir sendiri

nolya Publish time 16-8-2018 04:27 PM

Islam mengajar ummat tentang kebersihan shngakan pada yg najis pun harus (sekalipun tak wajib) dibersihkan dulu sebelum dibuang.Betul kita membungkusnya, tetapi kekadang tu setakat menggumpalnya dlm kertas surat khabar umpamanya.Bila dibuang ke dustbin luar, selongkar dek anjing,akan terbarai dn itu amat menjijikkan.Mane tau akan dihurungi lalat pula dn jadi santapan para jin.Setakatbasuh pada bukanlah berat sangat pun, tapi terpulanglah.

jlo Publish time 16-8-2018 04:35 PM

ewwww...basuh la please
i basuh pakai sabun lagi sampai hilang darah tu semua then balut ngan paper lama then masuk lagi lagi plastik kecik

krustykrab Publish time 16-8-2018 04:40 PM

topik ni lagi:lol:

karang bergaduh geng tak basuh & yg basuh...benda yg tak berdosa pun kalau tak buat pun blh perang dunia:lol:

clarizsa Publish time 16-8-2018 04:40 PM

Hal peribadi
Tak perlu bincangkan pun
Pilihan masing2

fishcracker Publish time 16-8-2018 04:40 PM

Mane2 pun boleh asalkan jangan flush dalam jamban/buh atas bin tanpa berbalut
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: "Perlu Ke Cuci Pad?"- Antara Hukum Dan Gaya Hidup


ADVERTISEMENT