Cari-Faizal Publish time 16-8-2018 11:49 AM

'Macam Dalam Filem Avatar' - Pengunjung Terpukau Dengan Secret Garden Di Pulau M

Buat yang pernah menonton filem Avatar, sudah pasti anda masih ingat dengan latar belakang filem yang begitu penuh dengan cahaya yang berwarna-warni tidak kira pokok, haiwan dan lain-lain lagi karakter di dalam filem ini yang penuh dengan warna-warni.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/15/225943o9nyf19mbtenqyzd.jpg
Foto: Travelingyuk.com



Namun kini, anda berpeluang merasai secara nyata cahaya-cahaya yang berwarna-warni itu dengan di Avatar Secret Garden yang terletak di Tanjung Tokong Tua Pek Kong Temple. Taman yang dihiasi dengan lampu-lampu yang berwarna- warni seakan akan di dalam filem avatar.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/15/225943tlt02zzn0ossl5j5.jpg
Foto: Travelingyuk.com


Menarik di Avatar Secret Garden


Sangat Cantik Di Malam Hari


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/15/225943hqsr3omhj3mcoj72.jpg
Foto: Travelingyuk.com

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/15/225945v4s4u943u1b9j9is.jpg
Foto: Twitter @isskndarAriffin



Anda disarankan untuk datang sini pada waktu malam. Kerana pada waktu malamlah kecantikan warna-warna taman ini terserlah. Kalau waktu siang anda tidak akan dapat melihat keindahan taman ini. Mungkin anda boleh bersantai bersama rakan atau keluarga pada waktu malam dan merasai sendiri suasana avatar yang sudah pasti tiada di tempat lain.


Lokasi Yang Strategik


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/15/225946utcc36hrmhtptalx.jpg
Foto: Twitter @isskndarAriffin


Taman ini terletak Tanjung Tokong dan amat mudah untuk datang ke sini. Hal ini kerana banyak kenderaan awam khasnya bas yang telah disediakan. Anda boleh menaiki bua dari Geroge Town ke arah Batu Feringghi. Selain kenderaan awam, naik kenderaan sendiri pun boleh juga.


Masih Percuma!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/15/225945rizci94itat0f4f4.jpg
Foto: Twitter @isskndarAriffin

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/15/225945g0vkrddihq2qt2dd.jpg
Foto: Twitter @isskndarAriffin


Sebenarnya tak ramai lagi tahu dengan kewujudan taman ini. Sebab tu buat masa ini tiada sebarang cas yang dikenakan untuk memasuki taman ini. Jadi, Jangan lepaskan peluang keemasan ini sementara tiket masuk masih percuma. - CARI

moonbug Publish time 16-8-2018 12:18 PM

Tak pernah sampai lagi

matkpop Publish time 16-8-2018 02:29 PM

wowww......

Artemesiaa Publish time 16-8-2018 03:02 PM

Bagus ada attraction baru kalau asyik yang dok ada je orang jadi bosan nak mengulang.

RatuDunia94 Publish time 16-8-2018 08:18 PM

Bukan tmpat ni pernah ada thread kononnya keras?

syue86 Publish time 17-8-2018 08:44 AM

RatuDunia94 replied at 16-8-2018 08:18 PM
Bukan tmpat ni pernah ada thread kononnya keras?

nak link pleaseeee

alinone78 Publish time 24-10-2018 03:50 PM

aku ada dapat dari grup wasep. budak kena sampuk balik dari sini
Pages: [1]
View full version: 'Macam Dalam Filem Avatar' - Pengunjung Terpukau Dengan Secret Garden Di Pulau M


ADVERTISEMENT