Cari-Nora Publish time 16-8-2018 11:14 AM

Umpama Menaiki Mesin Masa, Kembali Ke Zaman Purba Jepun Di Kurashiki Okayama

Kurashiki, merupakan salah satu kawasan bandar lama yang bersejarah di Okayama dan terletak tidak jauh dari bandar Okayama.


Antara tarikan di Kurashiki ialah terusan lama yang dipulihara dan dipelihara hingga kini.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/15/233004q2oldi7rl7ii6i6r.jpgFoto:Facebook Projek Travel


Terusan ini wujud sejak tahun 1603 dan ia berfungsi dalam mengedarkan beras pada zaman itu.


Kawasan terusan ini hanya berjarak 10 minit dengan berjalan kaki dari stesyen Kurashiki.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/15/233004a4302js2xjhms30b.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/15/233003l2c4x488d5qjxx3c.jpgFoto:Facebook Projek Travel



Malah nama Kurashiki juga bermaksud bandar gudang iaitu merujuk kepada gudang di mana beras disimpan.


Kebanyakan rumah-rumah di Kurashiki telah diubah menjadi muzium, butik dan juga kafe.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/15/233004eez4vrnvtksztsvm.jpgFoto:Facebook Projek Travel


Antara muzium yang harus anda lawati di Kurashiki ialah muzium Ohara. Ia mempamerkan koleksi besar dari artis Barat terkenal.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/15/233004jrjruvriujvuks9u.jpgFoto:Facebook Projek Travel


Jangan lupa jalan-jalan di sekitar Kurashiki dengan memakai pakaian tradisional Jepun untuk kenang-kenangan dan juga untuk Instagram anda!


Memang banyak lokasi fotogenik dan cantik sesuai untuk dirakam!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/15/233004q3820sba7pdjt4dj.jpgFoto:Facebook Projek Travel


Ayuh tempah penerbangan anda ke Okayama dengan segera! -CARI

zulka Publish time 16-8-2018 11:40 AM

mcm tak menarik je

Andyscenes Publish time 16-8-2018 11:56 AM

Kat sini ada bamboo forest. Aku pernah cuba ayat awek jepun kat sini. Haha

precious_chicas Publish time 16-8-2018 01:17 PM

ni tempat yg jihan muse pergi dan wat coverage tempohari kan?

unoryah Publish time 17-8-2018 12:30 PM

respect orang2 Jepun

moden-modenpun tetap hargai peninggalan sejarah
Pages: [1]
View full version: Umpama Menaiki Mesin Masa, Kembali Ke Zaman Purba Jepun Di Kurashiki Okayama


ADVERTISEMENT