CARI-MAMS Publish time 15-8-2018 02:35 PM

Infinence, Jenama Diinspirasi Dari Prof Datuk Jimmy Choo Bakal Takluk Industri F

Infinence, jenama fesyen dan lifestyle di bawah bumbung Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd telah berkolaborasi buat kali pertamanya dalam Kuala Lumpur Fashion Week 2018 baru-baru ini.


Ia merupakan kerjasama julung kali sebagai Supporting Brand untuk acara gilang gemilang tersebut.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/15/142704v1z58d9t841435dw.jpgEn. Andrew Tan dan En. Tan Keng Kang, mereka merupakan perancang di belakang pertunjukan fesyen ini yang menakjubkan.





Bagi yang tidak mengetahui, Infinence yang mengetengahkan fesyen yang mewah dan konsep lifestyle telah dilancarkan pada penghujung tahun 2016.


Ia telah diasaskan oleh Mr K.K Tan dan diinspirasikan daripada ikon fesyen antarabangsa Prof Datuk Jimmy Choo.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/15/142705ye0rjryyh0yo90do.jpg(Tengah dari Kiri ke Kanan) En. Andrew Tan, Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week, Nur Fazura Sharifuddin, artis Malaysia popular dan En. Tan Keng Kang, Pengasas Infinence bergambar dengan semua model fesyen yang berbakat.





Infinence telah berkolaborasi dengan beberapa nama besar dalam industri fesyen termasuklah Prof Datuk Jimmy Choo sendiri sebagai konsultan jenama, Rizman Ruzaini yang mereka koleksi hijab untuk Infinence dan Nur Fazura selaku duta kepada koleksi kasut dan bag Infinence.


"Dengan kolaborasi Infinence dengan KL Fashion Week ini, ia menjadi titik tolak kepada langkah yang lebih besar kepada Infinence sendiri dalam industri.

"Walaupun baru berada dalam industri kurang daripada 2 tahun, namun kami yakin Infinence akan terus mengorak langkah dan momentum dalam senario fesyen dengan mengetengahkan pengalaman luar biasa menerusi produk premium kami," ujar Mr K.K. Tan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/15/142704alvgtkxk8n2lt0g3.jpgPilihan “Basic” dari Infinence.




Dalam pada itu, Infinence turut mengambil bahagian dalam fashion show di KLFW2018 dengan memperagakan tiga koleksi Ready-to-Wear yang akan berada di pasaran selepas acara tersebut.


Tiga koleksi tersebut ialah Basic Collection, Holiday Collection dan Luxe Collection.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/15/142705d4p4spopl4t8o7em.jpgPilihan “Holiday” dari Infinence.



"Kita mensasarkan untuk lancarkan ketiga-tiga koleksi ini dalam tiga peringkat berbeza pada bahagian kedua 2018 sehingga bahagian pertama 2019.

"Kami juga mensasarkan untuk memperkenalkan koleksi pertama ini di pasaran pada September 2018. Ia akan diumumkan menerusi akaun Instagram @infinenceofficial," kata pengasasnya lagi.

helicornia Publish time 15-8-2018 02:45 PM

hai o tu iols tau..yang tambah sahjidah tu kenapa..nak bagi nampak melayu islam ke or nak tarik customer melayu islam. selalu tengok faz dok promot kopi tu

friedfishsoup Publish time 15-8-2018 03:14 PM

Infinence I selalu ingat hai-o = hanis haizi.

Gingerly Publish time 15-8-2018 04:15 PM

Infinence?
Krik3

seramado Publish time 15-8-2018 06:06 PM

mesti cantik ni

rogayahtop Publish time 17-8-2018 02:06 PM

hai o ni ramai acik bawang berjilbab jugak nok.

gigahertz Publish time 21-8-2018 06:19 PM

rogayahtop replied at 17-8-2018 06:06 AM
hai o ni ramai acik bawang berjilbab jugak nok.

yang guna perempuan. tauke dia Lelaki.

azz_azza Publish time 23-8-2018 07:01 PM

Ballerina shoes die best. Tp harga mhl sket. Tudung x berkenan sebab besar betul RR Rizman Ruzaini. Xperlu kot besar2 gtu. Skimcare ok la jgk. Murah sikit dr mary kay.   Tp tu depends kulit msg2
Pages: [1]
View full version: Infinence, Jenama Diinspirasi Dari Prof Datuk Jimmy Choo Bakal Takluk Industri F


ADVERTISEMENT