tyrande_81 Publish time 7-8-2018 11:42 AM

Tatu sementara kenapa haram dalam mazhab Melayu?

Kalau nak tahu mantan Mufti Besar Mesir membenarkan tatu kekal untuk perempuan. Asalkan proses ia tidak mengalir darah dan menyebabkan kesakitan. https://www.egyptdailynews.com/detail/getting-tattoo-permissible-for-girls-sin-for-boys-egypts-former-grand-mufti-ali-gomaa

Banyak laman2 sunni membenarkan segala jenis tatu tidak kekal dipakai. Tapi semua sumber hanya dalam bahasa Inggeris dan Arab.

https://youtu.be/IrAGdHmas58

Kalau ikut mazhab Melayu, inai ukir pun haram. Inai golecha haram sbb chemical. Inai pakai setakat tapak tangan saja. Tabarruj. Menyerupai tatu lah... Tapi bila bab undi celup indelible ink (chemicals) sah la pulak.

Sedangkan tattoo ini perkataan Inggeris yg membawa maksud meletakkan kaler pada dalam atau luar kulit. Kekal atau tidak kekal. (wikipedia). Sedangkan dalam hadis, disebut al-washm iaitu teknik tatu kekal guna jarum. Bukan dia sebut hinaa' (inai).

Kalau ikut youtu.be henna tattoo, mcm2 lukisan. Dah dilukis kat seluruh badan. Asalkan lukisan, bukan benda2 mungkar,simbol agama, haiwan, benda bernyawa. Kerana haram dari segi lukisan itu.

Saya ckp ni sbb saya mmg lukis inai tatu guna golecha, inai, dan jagua. Saya yakin ia halal dan boleh dibawa solat. Tapi susah nak argue dgn org Melayu kita yg berpegang pada mazhab melayu. Sib baik I kawin ngan pak arab yg refer sumber arab.

tyrande_81 Publish time 7-8-2018 11:46 AM

https://youtu.be/IrAGdHmas58
Rulling on temporary tattoo

kucingitam Publish time 7-8-2018 11:48 AM

haram sebab pemakaiannya menyerupai kaum lain kot..

tyrande_81 Publish time 7-8-2018 11:54 AM

kucingitam replied at 7-8-2018 11:48 AM
haram sebab pemakaiannya menyerupai kaum lain kot..

Menyerupai sesuatu kaum kalau upacara agama sahaja. Ini saya rujuk dari penulisan Mufti Perlis Dr Mohd Asri. Kalau menyerupai kaum lain, susah la. Makan guna chopsticks, sudu garpu. Berak jamban duduk semua tak boleh
Pages: [1]
View full version: Tatu sementara kenapa haram dalam mazhab Melayu?


ADVERTISEMENT