Botol Susu Terbaik? Ibu-ibu Jangan Panik, Ini Antara Pilihan Terbijak!
Pengalaman melahirkan anak pertama sudah tentu menjadi pengalaman yang indah dan tidak dapat dilupakan. Pemilihan botol susu juga mungkin akan merunsingkan new mommy dan poket si daddy kan?https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/03/162209qyt19cez7i99qis6.pngFoto: Mam it
Jom kita tengok senarai botol susu pilihan ibu bapa di Malaysia.
1. COMO TOMO
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/02/090846irywvp003hqrhpqh.jpg.thumb.jpg
FOTO : COMO TOMO
Menggunakan trademark "Better Than Good", botol susu ini didatangkan dengan dua warna (merah jambu dan hijau) serta 2 volume (150ml & 250ml). Cute sangat!
Lembut dan kenyal serta putingnya yang lembut seolah-olah menyentuh kulit ibu. Selain itu, reka bentuk yang lebar memudahkannya untuk dicuci.
Ciri Anti-colic pula dapat mengelakkan bayi muntah dan kembung perut selepas menyusu. Jangan bimbang! Botol ini boleh dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro, air mendidih, steam sterilizer dan mesin basuh pinggan mangkuk. Memang bayi takkan perasan ia bukan puting ibu!
Biasalah, barang bagus memang agak mahal berbanding botol susu lain. Malah, putingyang agak lembut menyebabkan bayi suka sangat mengigit puting jenis ini.
Harga pasaran? RM 89.90 untuk 150ml dan RM94.50 untuk 250ml
2. MIMI JUMI
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/02/091622x3rs0z8869b08q00.jpg.thumb.jpg
FOTO : MIMI JUMI
Trademark "Second Only to Mom" memang sangat sesuai melambangkan fungsi dan rek abentuk botol susu ini. Jom ketahui sebabnya!
Ia sangat menyerupai payudara ibu! Jangan bapa pula yang keliru ya!. Diperbuat daripada Grilamid TR, bermaksud ianya dapat bertahan selama tiga tahun dan disteril 10,000 kali tanpa masalah berbanding botol susu yang lain.
Sama seperti COMO TOMO, botol ini memiliki ciri Anti-colic dan nipple confusion. Ibu tak perlu risau lagi!
Bagaimanapun, harganya agak mahal berbanding produk yang lain selain penutupnya agak mudah tertanggal, sekali gus susu mudah tertumpah. Puting juga agak keras.
HARGA PASARAN? RM 79.90 (4oz) dan RM 89 (8oz).
3. TOMMEE TIPPEE
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/02/092638gc55ylnn5setp8qm.jpg.thumb.jpg
FOTO : TOMMEE TIPPEE
Botol susu dengan trademark "Closer To Nature" ini memiliki reka bentuk menarik selain menawarkan pilihan yang pelbagai. Rambang mata ibu di luar sana!
Reka bentuknya menarik serta harga berpatutan selain memiliki ciri anti-colic dan air vent system yang mengelakkan bayi muntah dan kembung perut. Putingnya juga lembut dan menyerupai puting ibu. Ia juga mudah dicuci.
Malangnya, ia mudah tertumpah (pengalaman penulis) dan saiz botol agak besar.
HARGA PASARAN? VARIASI MENGIKUT VOLUME, JENIS DAN SET BOTOL.
4. PIGEON
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/02/094149swbnnfnop1p1scon.jpg.thumb.jpg
FOTO : PIGEON
Pigeon jenama yang tidak asing lagi dan semakin mendapat tempat di hati ibu-ibu di Malaysia. Hmm harus cuba botol ini kerana ciri puting peristaltic plus boleh mengelakkan daripada bayi tersedak susu. Ia juga tidak mudah tertumpah jika diterbalikkan.
Juga memiliki ciri anti-colic dan Air-Vent System serta puting lebih lembut berbanding Slim neck, sekali gus mudah dicuci! Sangat disyorkan untuk bayi baru lahir.
Namun, harganya agak mahal dan tidak mempunyai variasi pilihan reka bentuk.
HARGA PASARAN? BERMULA DARI RM 6+ MENGIKUT JENIS BOTOL DAN VOLUME.
Comel-comel, kan pilihan botol susu ini? Banyak lagi pilihan botol susu di pasaran, namun apa yang penting ibu harus buat kajian sebelum membeli ya! - CARI Botol susu kaca tu elok Tommee tippie ramai jugak budak yg mak saya jaga guna.
Lagi satu botol Avent. Yg lain pun ada jugak..tapi takde dalam list kat atas. Avent x masuk ke? Semua iols pernah guna termasuk baaaannyak lg yg x masuk dlm list. Anak iols cerewet x nak botol. Last2 Minijumi tu yg dia hadap. Minum sikit2 la utk elam lapar masa iolss kerja. Blk kerja terus terkam. Pening mummy
Skrg dh 4 thn botol plg murah je dr mr diy hahah Como Tomo tu mmg best, dan cantik! Ni semua dalam list sudah tahap mampu dimiliki untuk urban parents..kalau nak lagi jimat..beli je jenama fiffy..murah..jangan lupa throw away after 6 months using
That's the best and ideal lifetime kalau ianya plastic bottles tommee tippie tu puting keras la..avent lagi ok avent je dah. bnyk accessories senang nak berangkut ke sana ke mari. akak still pakai bottle warmer avent tu kengkadang.
tp brand yg baru2 ni mcm2 la shape nyer tp tak semahal mana boleh pakai bertaun. dulu2 ada botol takde disclaimer bpa free pun. bahaya pasal kiter duk reheat botol. pigeon ok jugak.sebab puting die,penah guna tommee tippee masa anak baby, sokmo lah susu meleleh2 smpai ke leher.pakai pigeon ok tinggal lagi design die straight forward je la,latelly je ade desing colour2 sikit Anak 1st sy pakai TT beli sebab ada sale. Alhamdulillah dia ngam je botol tu. Anak 2nd pulak bila cuba intro botol brand sama dia langsung taknak. Sy google brand lain ramai kata pigeon bagus. Sy try bagi terus anak minum laju tak teragak2 langsung. Nasib baik... Ada yg sy baca sampai kena tukar brand 4-5 kali untuk jumpa yang serasi. Korang beli berbagai jenis x utk baby first? Sbb kite xtau kan jenis puting mne baby suke.I mcm nk beli avent je for starter.. Edited by awekz_gedik at 27-8-2018 09:36 PM
tringat waktu dpt 1st baby dlu, kene ajar guna botol sbb mak n baby, pjj mase tu... semua jenis botol dan puting I bli tp my daughter x suke... Last skali try wide neck NUK baru die nak...
Antara brand yang I try n error dlu, avent, TT, MAM, Nuby, Dr.Brown, Pigeon, Momma, greenkid dan ade a few lagi x ingat... masa tu almari penuh botol susu je.
mase dpt 2nd baby plak, trus try NUK, tp my son x suke plak, lagi skali try n error dan last skali gune mimijumi dah besar skit baru reti pakai NUK...
yang ke-3 ni, awal2 dah pesan kat baby dlm perut jgn cerewet sbb pengsan la mak die klu nak bli botol brand pelik2 ni... try lagi ngan NUK, reject... try plak TT, die nak... skg si kecik ni pon dah nak masuk 3yo masih gune TT... Skrang ni pakai avent..avent classic jugak yang best..yang natural tu xberkenan.. mcm rs plastic murah sgt..huhu..tommir tippie xleh sbb ujung mcm lembik je..lagi la baby marah nak2 lak masa ngah lapo hihi
Pages:
[1]