HANTU KAK LIMAH [Awie, Dalimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose]
Hantu Kak LimahTayangan bermula 9 Ogos 2018
TAJUK : HANTU KAK LIMAH
Tarikh Tayangan : 9 Ogos 2018
Genre : Komedi / Seram
Pengarah : Mamat Khalid
Pelakon : Dato Awie, Dalimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Mus May, TJ Isa, Rab Khalid, Sharwani, Ropie, Sabri Yunus, Pekin Ibrahim, Ziema Din, Erra Fazira, Jue Aziz, Imuda
Terbitan : Infinitues Gold / Astro Shaw Sdn Bhd
SINOPSIS HANTU KAK LIMAH
Mengisahkan tentang Husin (Datuk Awie) yang pulang ke kampung setelah tidak lagi mencari rezeki di Singapura. Dia kemudian bekerja dengan sahabat baiknya Khuda (TJ Isa), Wani (Sharwani) dan Yeh Sekupang (Allahyarham Rab Khalid) di kilang arang.
Sementara itu, Kak Limah (Delimawati) baru berkahwin dengan sahabat Husin iaitu Khuda. Cinta mereka digambarkan sebagai cinta sejati. Namun, baru sahaja menikmati kebahagiaan rumah tangga, Kak Limah telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.
Pada masa sama, Husin bersama rakan-rakannya Wani dan Khuda masuk ke hutan untuk menangkap burung, namun tidak semena-menanya Husin bertemu dengan seorang gadis cantik yang misteri (Uqasha Senrose) di dalam hutan dan jatuh cinta dengannya. Ironinya, sibuk menangkap burung, Husin dan Wani tidak tahu akan berita kematian Kak Limah termasuk suami Kak Limah sendiri, Khuda.
Sementara itu, Yeh Sekupang, selaku Menteri Informasi di Kampung Pisang, sedang menguruskan jenazah Kak Limah dan memberi tugas kepada Nayan (Ropi) untuk menjaga jenazah sehingga anak Kak Limah, Musalman (Pekin Ibrahim) sampai dari Kuala Lumpur.
Nayan masih keliru dengan kematian Kak Limah kerana dia baru sahaja berjumpa dengan Kak Limah di tebing sungai sebelum datang ke klinik. Sementara, Khuda sempat pulang ke rumah bertemu Kak Limah dengan membawa Husin dan Wani serta menjamu mereka bubur keladi.
Di sini bermulanya misteri apabila kelibat Kak Limah masih kelihatan walaupun dipercayai sudah meninggal dunia.Akhirnya, muncul guru silat, Encik Solihin yang membantu mereka berdepan dengan hantu Kak Limah. Hussin cemburu apabila penduduk kampung mula percaya dan berharap kepada Encik Solihin. Pelbagai insiden lucu yang berlaku pada penduduk Kampung Pisang sepanjang berdepan dengan Hantu Kak Limah.
Trailer
J5N_dUvpEa8
Tayangan Perdana
Ml5dS_5vLdE Edited by melnanzz at 3-8-2018 04:04 AM
Srikandi Cintaku
Awie & Mus May
OST Hantu Kak Limah
-5XLs67SdHY
Trailer (versi pertama)
IOkzUUB3KFs
Teaser
F-zk5CIXTNY
Juporn pegang watak apa?
sharlenetexas replied at 3-8-2018 03:32 AM
Juporn pegang watak apa?
Zul pegang watak guru silat nama Solihin yang dipanggil untuk membantu menangkap Hantu Kak Limah. Daripada teaser/trailer, nampak kelakar jugak Zul dalam filem nih.
Tak sabar nak tengok. x sabar nk tgk 9hb ni...
tp xjadi balik kg pulak..
kelantan xde wayang :'(:'(:'( my husband ckp….eh..nak lak ZA lakon citer gini
dia ingat ZA tuh asyik citer cinta2 atau action2 je eddlisa_uyuk replied at 3-8-2018 08:13 AM
my husband ckp….eh..nak lak ZA lakon citer gini
dia ingat ZA tuh asyik citer cinta2 atau action2 ...
Skali2 tukar watak ok jgk kn.. tengok trailer macam best
nak tgkla nanti..iols suka dengar awie cakap perak...best je dgr...dgn kelakar heols lg..
usop wilcha tak belakon ek..itu pun best jgk :D I CANT WAIT!!SO SAITED!HEHE Klkr weh tgok hat tayangan perdana ni pon meols dh tgelak.xsabor tggu nk tgok kt panggung nti hampir kesemua original cast dahtkde.harap tak mengecewakanmcm hantu kak limah 2. Zul ukraine mcm lembam je dalam citer nie
Yes sekupang pon dah arwah ke..hampir semua barisan pelakon kak Limah dah meninggal dunia..abam mamat xnak panggil pelakon2 zombie kg pisang berlakon balik ke.yang itu kebanyakan masih ada lagi.. :D dlm ni body julporn lg ok n more finest compared dgn recently ni..btul kate forumer, besar bagak mcm peti ais:sweat3: harus aku pegi tengok.. multinicky replied at 3-8-2018 02:40 PM
dlm ni body julporn lg ok n more finest compared dgn recently ni..btul kate forumer, besar bagak mcm ...
Penggambaran HKL ni dibuat pada bulan Oktober tahun lepas. Agaknya masa tu, body Zul dah susut sikit compared dengan masa shooting Tombiruo sebelum tu. Tapi as you said, lately ni nampak dah naik balik kan?
melnanzz replied at 3-8-2018 03:21 PM
Penggambaran HKL ni dibuat pada bulan Oktober tahun lepas. Agaknya masa tu, body Zul dah susut sik ...
aah.. dlm tu susut skit which is meols rase more suit him.. yg tombiruo tu mak aihhh mcm lori dh meols tgk..skrg pon mcm dh bagak giler..:sweat3: bila tgk tmo n teaser rase mmg best...
cuma rase terganggu skit je bab kak limah sebut bubur keladi tu ;P;P
sbb org perak klau masak bubur letak buah2 ni dia x sebut bubur...dia sebut pengat
so spttnya pengat keladi..
cth lain pengat ubi,pengat pisang
hahaha...