Cari-Nora Publish time 1-8-2018 10:29 AM

Kalau Haus, Singgah Di Kim Haus Penang! Makan Sedap, Tempat Pun Cantik

Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan pelbagai tempat makan dan beraneka jenis makanan tempatan mahupun antarabangsa.


Kali ini kami ketengahkan sebuah kafe yang terletak di Lebuh Campbell.Semua makanannya sedap-sedap, hiasan dalamannya juga menarik.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/31/110652dyns88ejise8nejv.jpg
Foto: Facebook

Kalau anda nak tahu, Kim Haus sebelum ini adalah sebuah kedai emas dan kini bertukar menjadi sebuah kafe dan juga penginapan untuk para pelancong.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/31/110652ltuo06ah9991p996.jpg
Foto: Facebook


Percayalah, Kim Haus tidak akan mengecewakan anda.


Usaha pemiliknya mengekalkan daya tarikan lama yang unik wajar dihargai.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/31/110642uzc116wi91iyrr9c.jpg
Foto: Facebook


Pasti akan ada menu yang menepati citarasa anda! Bagi kami, Kim Haus adalah tempat makan dan minum yang sangat popular sejak kewujudannya.


Kopi yang lazat dan makanan yang enak, tempat ini tidak boleh dikecualikan jika anda ingin cafe-hopping di Pulau Pinang. Suasana di sini sungguh harmoni dengan campuran meja kayu dan reka bentuk minimalis.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/31/110652eebdard3r42br1da.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/31/110652cm1t8mss11nssmnm.jpgFoto: Facebook


Kim Haus juga menawarkan persembahan secara langsung setiap malam.


Sambil makan atau minum-minum, bolehlah anda menyaksikan persembahan daripada artis tempatan mahupun luar negara!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/31/110653rjbuyyrie2r02iob.jpgFoto: Facebook


Alamat: No. 9 & 11 Campbell Street Penang, Malaysia
Tel: 016-3301515


Kim Haus, tunggu kehadiranku! -CARI

rynehanekoma Publish time 10-8-2018 12:50 PM

Gonna add to my wish list

cikbun Publish time 8-8-2019 12:34 AM

nice shareeeee
Pages: [1]
View full version: Kalau Haus, Singgah Di Kim Haus Penang! Makan Sedap, Tempat Pun Cantik


ADVERTISEMENT