jingga007 Publish time 31-7-2018 06:15 PM

Jerawat Tak Berani Singgah Dengan Toner Timun Homemade

Semua orang inginkan kulit yang cantik dan bersih. Terutama sekali bebas daripada jerawat berkeliaran di atas kulit muka kan? Namun tidak semua orang bertuah dan beruntung untuk memiliki wajah yang cantik dan bersih sepanjang masa.


Menerusi perkongsian daripada Facebook Nauf Safuan beliau telah berkongsi petua untuk menghilangkan jerawat, mengecilkan pori serta masalah kulit berminyak hanya dengan menggunakan timun sahaja. Haa, bahan yang cukup mudah untuk didapati dimana-mana pasar raya kan?


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/26/154226ifelh1hhgehey2hh.jpg





Menerusi perkongsian beliau, toner timun ini sangat sesuai untuk mengecutkan jerawat serta menghalang jerawat dari terus merebak ke kulit wajah kita. Para wanita dan juga mereka yang ingin bebas dari jerawat merebak dan berleluasa di kulit wajah, pasti mahu mencuba kan?


Selain itu, beliau juga menyatakan bagi mereka yang mempunyai pori besar juga turut boleh mencuba toner timun ini. Dengan pemakaian secara konsisten, pasti pori yang membesar akan mengecil sediki demi sedikit. Cukup menarik dengan hanya menggunakan timun sahaja!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/26/154226yr29es00dun1yr0r.jpg





Beliau turut berkongsi sekiranya ada di antara korang yang mempunyai kulit berminyak boleh mencuba juga toner timun ini tetapi perlu ditambah dengan sedikit lemon untuk menyerap minyak yang terdapat di dalam kulit wajah korang semua. Tidak salah mencuba selagi tiada kemudaratan bukan?


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/26/154226yqo7pipbmc6opobb.jpg





Untk yang ingin mencuba dan melakukan sendiri di rumah, berikut bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sendiri toner timun ini.


Bahan-bahan :


½ timun


½ lemon


Penapis teh


Penyagat


Cara-cara penyediaan :


Sagatkan timun sehingga habis. Kemudian asingkan air timun dengan hampas timun.


Kemudian, ambil air timun dan campurkan bersama perahan lemon. Ini khusus bagi mereka yang kulit berminyak sahaja. Sekiranya tidak berminyak, tidak perlu campurkan bersama lemon.


Kemudian, masukkan di dalam botol dan simpan di dalam peti sejuk. Boleh bertahan sehingga 2 minggu sekiranya simpan di dalam peti sejuk.


Pakai sekali di waktu pagi dan sekali di waktu malam.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/26/154225nmh7s2umysyrmmqe.jpg





Memang cukup mudah dan tidak perlu lagi menghabiskan duit berpuluh ringgit untuk miliki kulit cantik dan bersih kan? Orang kata, kalau nak cantik, kena rajin sedikit dan baru lah boleh mendapat kulit idaman yang cantik dan bersih kan? Selamat mencuba! - CARI

noraidil_06 Publish time 1-8-2018 01:51 AM

Nice. Blh try

capiloton Publish time 2-8-2018 05:00 PM

ni soalan yg tak related dgn jerawat.

camner nak kecut kan pori kulit muka?
boleh tak recommend petua guna bahan natural,
or nak kena beli masker jenis ape, yang mujarab.

Tehaisfav Publish time 8-9-2018 09:48 AM

Lg satu toner yg i suke dan berkesan is eskinol tp xtau if ade side effect ke x

fatinah1 Publish time 12-9-2018 05:47 PM

wow...boleh cuba lepas ni

fatinah1 Publish time 12-9-2018 05:48 PM

wow...boleh cuba lepas nie

vasepecah Publish time 1-10-2018 09:35 PM

Nak try laaaa...... Makin meningkat umur.... Makin merepek2 pblm kulit ni

ShrekFiona20 Publish time 3-10-2018 03:54 PM

Wahhh toner homemade.... balik ni nak pi beli timun r

adawiyah_hakim Publish time 14-12-2018 09:47 AM

bole try nih, dh lama sgt tak guna toner. just cuci muka
Pages: [1]
View full version: Jerawat Tak Berani Singgah Dengan Toner Timun Homemade


ADVERTISEMENT