Cari-Faizal Publish time 31-7-2018 01:00 PM

Resipi Cendol Durian Power! Ini Rahsianya..

Musim durian tentunya satu musim yang begitu ditunggu-tunggu ramai. Masa ni la macam-macam jenis masakan yang berasaskan durian akan muncul dan menjadi viral termasuklah cendol durian.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/27/115937r0omolorrgshrhea.jpg


Di luar musim durian, mungkin cendol pulut sangat popular tetapi bila menjelang musim durian, cendol durian mendapat sambutan ramai.
Buat peminat cendol durian tu, apa kata jom cuba resipi cendol durian yang power ni. Buat sendiri baru la boleh makan puas-puas.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/27/115937rli4447qk4klyycg.jpg


Bahan-bahan:


Cendol (boleh beli atau buat sendiri)
Air gula merah/gula melaka (1 cwn gula merah/ 1 ketul besar gula melaka +1/2 cawan air. Dimasak & tapis)
Ais kiub (jika suka)


Cara Menyediakan Cendol Durian


1. Sendukkan kuah santan durian ke dalam mangkuk.


2. Sudukan cendol. Tuangkan air gula merah secukup manis dan sedia dinikmati.
(Jika suka cendol berais nikmati semasa kuah durian sejuk sedikit dan masukkan ais kiub semasa menghidang)


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/27/115937s2zklkzz32vkrh22.jpg


Resipi Santan Durian


Bahan-bahan


1 biji durian ~ ambil ulasnya
1 biji kelapa diambil santan sederhana pekat
1 helai daun pandan ~ cuci dan simpul
secubit garam


Cara menyediakan


1. Campurkan ulas durian bersama santan, daun pandan dan secubit garam.


2. Masak hingga agak pekat dan tutupkan api.


3. Hidang bersama cendol dan air gula merah.






Nampak menyelerakan bukan? Selamat mencuba! - CARI


Kredit resipi dan gambar: suka-resepi.blogspot via FB @MasakApaHariIni

Thealisyayusuf Publish time 4-2-2023 12:16 AM

Tq for the recipeee
Pages: [1]
View full version: Resipi Cendol Durian Power! Ini Rahsianya..


ADVERTISEMENT