jazzyxoxo Publish time 30-7-2018 01:52 PM

Ayam Goreng Samyang Pedas Meletup, Guna Sos Dominos Pizza Je

Mi ramen Samyang memang menjadi kegilaan rakyat Malaysia yang sukakan makanan pedas.
Kali ini resipi lebih meletup, diambil dari laman facebook Shahida Khairuddin yang mengolah resipi ayam goreng Samyang menggunakan sos daripada Dominos Pizza.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/30/133111j4xdda3vk7x3basj.jpgFoto: Facebook


Ayam goreng Samyang
Bahan-bahan
4 ketul kepak ayam
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sk lada sulah
1 sk lada hitam
1 sk garam
1 senduk sos Samyeang Dominos Pizza
1/2 senduk air
1 biji telur
Tepung gandum secukupnya


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/30/133111yzggwgcyhc9chybg.jpgFoto: Facebook


Cara-cara
1. Kisar halia dan bawang putih. Campurkan lada sulah, lada hitam dan garam. Perapkan bersama ayam sekurang-kurangnya selama 1 jam.
2. Lepas sejam, celupkan ayam perap ke dalam telur yang telah dipukul (tambah secubit garam) , kemudia salutkan dengan tepung gandum.


3.Goreng hingga garing. Ketepikan.


4. Tinggalkan sedikit minyak goreng ayam dalam kuali, masukkan sos samyang dan air. Didihkan.


5. Dah didih terus masukkan ayam.


Siap!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/30/133111j07rzzry1xpr3ybs.jpgFoto: Facebook


Ibu-ibu di luar sana tu bolehlah cuba resipi ini untuk anak anak ya!



Oh ya! Anda boleh dapatkan sos Samyeang ini di Dominos Pizza dengan harga RM23.50. Selamat mencuba! -CARI

diss69 Publish time 31-7-2018 11:27 AM

Tq tt.. Boleh try ni..

jazzyxoxo Publish time 31-7-2018 03:47 PM

diss69 replied at 31-7-2018 11:27 AM
Tq tt.. Boleh try ni..

Ok..u're welcome

pearl.silver Publish time 1-8-2018 09:41 PM

Sos samyang tu ada jual kt dominos ke
Pizza samyang diorg boleh tahan sodap juga..

pearl.silver Publish time 1-8-2018 09:41 PM

Sos samyang tu ada jual kt dominos ke
Pizza samyang diorg boleh tahan sodap juga..

ztlqmr Publish time 2-8-2018 10:48 AM

berapa harga 1 sos ni?

rynehanekoma Publish time 10-8-2018 12:49 PM

kene beli sos ni la...

cikbun Publish time 8-8-2019 12:39 AM

waaaa nak try lahhh

arek Publish time 8-8-2019 12:07 PM

nak beli kat mana sos ni
Pages: [1]
View full version: Ayam Goreng Samyang Pedas Meletup, Guna Sos Dominos Pizza Je


ADVERTISEMENT