NATRAH [Astro MegaDrama: Juliana Evans, Sherlie Merlis, Natasha Hudson, Fikree B
Natrahslot MegaDrama
10pm, Isnin-Khamis
Astro Ria & Ria HD
Astro akan mengulangtayang drama Natrah yang pernah ditontonkan pada tahun 2011 dulu, di slot MegaDrama menggantikan Sejuta Rasa Buat Adelia.
Dibintangi oleh:
Juliana Evans sebagai Natrah
Sherlie Merlis sebagai Che Aminah
Natasha Hudson sebagai Adeline Hertogh
Fikree Bakar sebagai Mansor Adabi
Diarahkan oleh:
Wan Hasliza Wan Zainuddin
Sinopsis:
SEJARAH tentang gadis Belanda bernama Natrah atau nama Belandanya Maria Huberdina Hertogh bukanlah sesuatu yang asing buat kita.
Peristiwa perebutan hak penjagaan Natrah antara ibu angkatnya, Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda sekitar tahun 1950-an terus diingati dan meninggalkan kesan kepada negara.
Tragedi perebutan dua pihak itu hingga melibatkan konflik agama telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura pada zaman itu.
Di dalam drama Natrah ini, pengarah cuba fokuskan bagaimana kisah Natrah ini menjadi tumpuan ramai sehingga menyebabkan rusuhan lebih 100,000 orang serta menyebabkan kematian.
Drama Natrah ini juga fokus ketika perbicaraan yang dilalui oleh Che Aminah serta banyak bermain dengan imbasan kembali bagaimana Natrah ditemui.
agak menarik.. boleh try follow..
tak tau dulu pernah disiarkan..
tq tt..{:1_132:} patutlah Natasha free hair masa neh.. drama lama. tapi siyes x tau pon wujud drama ni sebelum neh
aku suke citer Natrah nih. so boleh tgk naskhah yg ni camne watachiwa replied at 30-7-2018 07:43 AM
patutlah Natasha free hair masa neh.. drama lama. tapi siyes x tau pon wujud drama ni sebelum neh
...
Byk nau version citer natrah ni. Teater pun ada, rtm pun buat drama. Tp yg astro ni lebih kpd docu drama.
Musykil pulak aku apa strategi astro ulang tayang mini series ni di slot mega drama. Jauh beza benau genre nya. Tp okay la..bukan naskah level maikel ang, tp pengarah wan hasliza ni sgt kreatif n fresh idea2 nya. Pelakon pun semua bagus, esp sherry merlis n natasha hudson. Sweetnye Jue :$ ya Allah cepat la abis citer sejuta rasa buat adelia tu..meluat tengok. tak sabar nak tunggu drama berkualiti mcm natrah ni mcm best je willow12 replied at 30-7-2018 08:08 AM
Byk nau version citer natrah ni. Teater pun ada, rtm pun buat drama. Tp yg astro ni lebih kpd docu ...
sempena bulan kemerdekaan kot
mmg menarik kisah natrah nie.. tragis..sedih. Suka ssngat drama Natrah nie,
X sabar nak tonton balik preview episod 1 dari bambam_studios
https://www.instagram.com/p/Bl2WnqTFIy1/ Kes natrah ni beri impak dlm perkasakan undang2 syariah malaysia.. mmg byk pengajaran yg kita dpt.. Kertunya Natrah... Lawanya Juliana Evans Dah nak start dah gais...
https://www.instagram.com/p/Bl2SRv0h37c/ Tp turn off bile tgok CGI dia.. Mengucap panjang iols... willow12 replied at 30-7-2018 08:08 AM
Byk nau version citer natrah ni. Teater pun ada, rtm pun buat drama. Tp yg astro ni lebih kpd docu ...
Mungkin astro nk bg hints kot.. Deols dh mula terbuka lot megadrama ni x terhad kpd drama2 bbnu acah2 sweet adaptadi novel je.. Harap2 betul la.. Okla ada citer camni sekali sekala. Boring dh tgk drama cintan cintun berebut boifren, kawin paksa Aku heppy ada drama ni.. sbb dah penat nak layan drama yg plotnye tak hbis2 nangis psl cinta ingatkan yg baru…..yg dulu pernah tayang rupanya
Pages:
[1]