mis_kiki Publish time 28-7-2018 04:44 PM

STAF AEON CREDIT YG MISTERI

Edited by mis_kiki at 28-7-2018 04:51 PM

Salam semua,

Ini bukan kisah hantu. Tapi memang agak misteri. Aku baru lulus personal loan aeon credit Rm5k. Sebelum ni aku pakai credit card aeon credit jugak. Buat masa ni ok je tak ada masalah macam banyak2 komplen customer sebelum ni. Walaupun kadangkala pernah lewat bayar, tapi bila aku minta tangguh 2-3 hari diorang ok kan aje.

Long story short, aku lulus personal loan tu pada 27/7/18 iaitu jumaat petang. So atas rasa terima kasih, aku pun wasep kat staf girl yang aku submit permohonan hari tu. Aku kata tq ye sebab aku dah lulus loan 5k. Lepas tu dia jawab kejap, dia nak cek dulu. Aku pun screen shot sms dari aeon credit membuktikan dah lulus. Lepas tu dia pun jawab, ye betul dah lulus. Awak lulus rm5k, selama *** tahun, installment ***/month.

Lepas tu, dia suruh aku datang jumpa dia pada 1/8/18 iaitu pada hari rabu minggu depan. Aku pun cakap aku nak datang malam ni. Lepas tu mati2 dia suruh aku datang rabu je. Bila aku tanya kenapa ye nak aku datang rabu? Lepas tu nak suruh jumpa dia jugak. Sedangkan boleh je berurusan dengan staf lain. Lepas tu dia reply, katanya sebab dia cuti sampai hujung bulan. 1hb baru dia start kerja. Masa tu aku da rasa macam ada udang di sebalik batu je. Tapi aku fikir mungkin betul dia cuti, suruh tunggu dia sebab dia nak komisen kot. Aku tak reply wasep dia tu. Sebab aku memang nak pegi aeon credit malam tu jugak.

Malam tu aku sampai kat aeon credit, terus gi kaunter. Tengok memang staf lain yang jaga kaunter. Tak sampai seminit aku duduk, dia masuk (baru lepas keluar makan). Aku da nampak dia dulu. Tapi dia belum nampak aku lagi. Kebetulan ada masalah dengan loan aku. Aku ada 1 bank account je. Account bank aku tu plak, tak boleh/tak diterima kat aeon. So untuk 2nd confirmation, staf yg uruskan aku ni, panggil la staf yg misteri tu. Apa lagi, terus muka dia berubah bila nampak aku. Pastu dia cakap, eh awak datang jugak malam ni? Pastu terus dia tukar cerita pasal masalah aku ni.

Pom pam pom pam.. Pendek cerita, aku tak dapat sign agreement malam tu. Terpaksa buka account bank lain dulu.

Esoknya, hari sabtu, tiba2 staf ni wasep aku balik. 'kak, datang la hari rabu depan. Jumpa sy. Nti sy bagi cash terus. Deal?'

Ko rase? Apa motif dia sebenarnya ye? Siap tipu aku lagi kata cuti sampai hujung bulan. Pastu, dah kantoi pun, tak malu wasep aku lagi suruh datang jugak jumpa dia rabu depan. Pastu, siap kata boleh bagi aku cash. Aku call customer service, katanya belum ada lagi method bayar cash. Hanya ada 2 option je. Pertama, credit kat bank, kedua diorang bagi prepaid card n kita boleh keluarkan duit kat atm aeon. Tu pun kalo kad tu ada stok kat branch tu.

So, aku rasa memang bau ikan sangat staf ni. Misteri sungguh. Korang yg ada pengalaman tolong bagi pendapat weh

NurAlia14 Publish time 28-7-2018 04:52 PM

Tkut die nk buat loan gune name ko lebih dr amount yg ko nk pinjam..ehmmm blh ke gtu..tp mmg fishy la

mis_kiki Publish time 28-7-2018 05:00 PM

NurAlia14 replied at 28-7-2018 04:52 PM
Tkut die nk buat loan gune name ko lebih dr amount yg ko nk pinjam..ehmmm blh ke gtu..tp mmg fishy l ...

Kan.. Tapi boleh ke gitu? Aku agak, kot dia nak pow aku duit tu skit. Konon komisen kat dia. Bukan patutnya komisen dia company yg bagi ke?

shernazz Publish time 28-7-2018 05:52 PM

Ikut prosedur lah...kan
Atas sebab apa dia.boleh bg cash pada.uols
Sebab hanya dua.method.seperti.uols.bgtau tu...

shernazz Publish time 28-7-2018 05:53 PM

Uols palang x ic uols?

zulka Publish time 28-7-2018 05:55 PM

prinscreen wassap dia, report kat kaunter aeon, jgn dibiarkan kang naya

CiliPadiSedap Publish time 28-7-2018 06:06 PM

report polis dan report semula kat aeon. sebab scammer ni mcm2 cara nak salah guna maklumat

mis_kiki Publish time 28-7-2018 06:25 PM

zulka replied at 28-7-2018 05:55 PM
prinscreen wassap dia, report kat kaunter aeon, jgn dibiarkan kang naya

Apa kemungkinan yg blh terjadi? Adeh takut pulak aku

mis_kiki Publish time 28-7-2018 06:27 PM

CiliPadiSedap replied at 28-7-2018 06:06 PM
report polis dan report semula kat aeon. sebab scammer ni mcm2 cara nak salah guna maklumat

Tapi memang aeon credit yg luluskan permohonan aku. Nanti sign agreement pun dgn pihak aeon credit la. Camne pulak nak kate dia scam aku

mis_kiki Publish time 28-7-2018 06:27 PM

Edited by mis_kiki at 28-7-2018 06:31 PM

CiliPadiSedap replied at 28-7-2018 06:06 PM
report polis dan report semula kat aeon. sebab scammer ni mcm2 cara nak salah guna maklumat

2x pulak aku reply

zulka Publish time 28-7-2018 06:35 PM

mis_kiki replied at 28-7-2018 06:25 PM
Apa kemungkinan yg blh terjadi? Adeh takut pulak aku

byk kemungkinan, salah 1 nye...maybe dia ada org dalam yg akan tolong ubah figure loan yg dah approve, contohnya acctual approval on paper RM7K, tapi dia bagitau kat awak hanya 5K sahaja, that why dia kata nk pay by cash, siap minta masa/specific day hari rabu lagi,

wallahualam

mis_kiki Publish time 28-7-2018 06:39 PM

zulka replied at 28-7-2018 06:35 PM
byk kemungkinan, salah 1 nye...maybe dia ada org dalam yg akan tolong ubah figure loan yg dah appr ...

Alamak seram ni. Tapi aku da call customer service tanya berapa yg aku approve. Dorang kate 5k. Masa staf ni suruh tunggu nak cek berapa approve tu pun, aku memang da tau amount tu. Tak tau la pulak dia boleh ubah kendian ke?

edoraixora Publish time 28-7-2018 07:07 PM

Bila awk dah bukak akaun lain nnti, terus je gi aeon tu. Tak semestinya kena berurusan dgn dia jugak. Ckap je awk x free waktu dia soh pegi tu.

Lama dulu, ai penah buat personal loan dgn aeon. Bila dapat call kate dh lulus, terus je pegi aeon, amik nombor, dapat kad, withdraw masuk bank sendiri...done.

mis_kiki Publish time 28-7-2018 08:12 PM

edoraixora replied at 28-7-2018 07:07 PM
Bila awk dah bukak akaun lain nnti, terus je gi aeon tu. Tak semestinya kena berurusan dgn dia jugak ...

Tu la kan. Sepatutnya kenapa nak kena tunggu dia kan? Dengan dia jugak, pastu ada hari2 pulak yg ditetapkan. Saya dah wat report kat aeon tadi. Serba salah juga, tapi fishy sangat. Takut apa2 nanti dia salah guna ke scam ke. Saya terpaksa wat report dulu. Takpe ke eh?

Oroi8887 Publish time 28-7-2018 11:52 PM

Simpan bukti wasap tt. Mmg fishy sangat ni sbb u pn dah taukn dpt duit bkn dgn cash. Baik u jumpa staff lain jek.

prettyuglybabe Publish time 29-7-2018 12:51 AM

ikut je prosedur..
if prosedur kena buka bank, just go..
and masa sign tu, pastikan jumlah loan yg awak dapat sama mcm dalam surat..
and makr sure bila dapat duit simpan elok-elok..
kot ada plan nak dirompak ke..

Victorioussss Publish time 29-7-2018 05:48 AM

1. Takut dia buat 2 akaun kad kredit 5k. Bile u call, mmg la 5k jgk
2. Mgkin kalau u sign dgn staff lain, dia xdpt komisen

mis_kiki Publish time 29-7-2018 08:08 AM

edoraixora replied at 28-7-2018 07:07 PM
Bila awk dah bukak akaun lain nnti, terus je gi aeon tu. Tak semestinya kena berurusan dgn dia jugak ...

Ini yg memang saya nak buat dari awal. Da buka bank account, pastu terus la ke branch jumpa mana2 staff untuk sign agreement. Sekarang ni, sebab da ngeri, da plan nak gi branch lain pulak nanti

mis_kiki Publish time 29-7-2018 08:17 AM

Oroi8887 replied at 28-7-2018 11:52 PM
Simpan bukti wasap tt. Mmg fishy sangat ni sbb u pn dah taukn dpt duit bkn dgn cash. Baik u jumpa st ...

Ye memang da rasa seram. So memang da plan nak jumpa staff lain je. Tapi ikut pengalaman saya datang malam tu, masa tengah bincang2 masalah saya, staff yg handle saya tanya kat staff misteri tu, 'owh, u punya customer eh?' staff misteri pon jawab 'ha a' pastu staff yg handle tu reply 'owh, sebab i belum cek lagi tadi'

So, iols cam risau staff ni mesti tau kalau iols datang branch tu nanti kan. Kot2 yg handle iols sign agreement nanti refer dia lagi ke? So, sebab iols da buat report kat cs, cs pun ada cakap yg iols tak perlu nak pergi ke branch yg sama. Dan iols tak perlu nak berurusan dengan staff yg sama. Jadinya, iols pun memang nak pergi ke branch yg lain je

mis_kiki Publish time 29-7-2018 08:18 AM

Oroi8887 replied at 28-7-2018 11:52 PM
Simpan bukti wasap tt. Mmg fishy sangat ni sbb u pn dah taukn dpt duit bkn dgn cash. Baik u jumpa st ...

Kannnn... Fishy sangat. Aku mula2 tak nak fikir negatif. Tapi ini memang agak musykil
Pages: [1] 2 3
View full version: STAF AEON CREDIT YG MISTERI


ADVERTISEMENT