Cari-Faizal Publish time 27-7-2018 11:29 AM

Hilang Penat Mendaki Bila Menatap Keindahan Air Terjun Murug-Turug, Sabah

Sabah adalah negeri yang terkenal dengan khazanah alam semulajadi yang masih cantik dan masih banyak yang belum diterokai. Keindahan hutan-hutan simpan dan juga pulau-pulau sudah pasti menjadi tarikan utama buat para pelancong untuk datang ke Sabah.


Salah satu tarikan di Sabah ialah terdapatnya lokasi air terjun yang diberi nama Murug-Turug Waterfall. Lokasi air terjun ini ialah berada di Kampung Minangkob,Tamparuli.


Seperti biasa, jika air terjun sudah pasti aktiviti mendaki dan juga perkhemahan adalah aktiviti yang paling popular di sini.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/26/235024id5j20jz05spr7cw.jpg'Heaven of Waterfall' adalah antara nama lain untuk air terjun ini (Foto: FB @Murug-Turug Waterfall )



Bagi anda yang kaki hiking tegar, memang disarankan untuk anda menawan di sini dan melihat sendiri air terjun yang ada. Selain mendaki, aktiviti yang menarik disini ialah mandi air terjun.


Mempunyai air yang bersih dan view yang cantik sudah pasti membuat anda rasa lega dan berbaloi walaupun kepenatan mendaki.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/26/235021rqk5qcm9oknilicc.jpgAntara pemandangn hijau bakal menjadi halwa mata anda jika anda mendaki di sini (Foto: FB @Murug-Turug Waterfall )


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/26/235019wxna7x2xzrfr9nxn.jpgTempat yag menarik dan ramai yang datang untuk menikmati keindahan alam semulajadi (Foto: FB @Murug-Turug Waterfall )


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/26/235020t4489hzn74g9g94d.jpgDari trek pendakian, anda bakal melihat air terjun yang cantik ini dari jauh. Sudah pasti membuat hati anda tidak sabar untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju (Foto: FB @Murug-Turug Waterfall )


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/26/235021c8edf8qgeffbhk0e.jpgJangan lepaskan peluang untuk merakamkan potret berlatar belakangkan air terjun dan gunung yang menghijau sebagai kenang-kenangan (Foto: FB @Murug-Turug Waterfall )


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/26/235018et4g4bpvbb9edtep.jpgAir tejrun yang begitu sejuk, bersih dan menyegarkan (Foto: FB @Murug-Turug Waterfall )


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/26/235022q4h2rnq4lqmulim4.jpgNampak biru dan bersih (Foto: FB @Murug-Turug Waterfall )


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/26/235021rqk5qcm9oknilicc.jpg“Penat namati tapi berbaloi” (Foto: FB @Murug-Turug Waterfall )





Ha! Buat yang kaki pendaki tu, jangan lupa untuk ke sini. Dikatakan sebelum mendaki anda perlu booking tempat dahulu dan slot untuk mendaki selalu penuh! Cepat jangan terlambat! - CARI

zulka Publish time 27-7-2018 11:37 AM

Tajuk spelling salah sepatutnya - Murug Turug

:loveliness:

zulka Publish time 27-7-2018 11:37 AM

aku dah 7 kali sampai sini

VuJiE Publish time 29-7-2018 08:53 PM

wow cantik

cicicumel Publish time 29-7-2018 10:32 PM

biasa je..mcm air terjun tmpat lain..i expect air terjun mcm kat Indonesia..cantik2 dan lain dr yg ada kat Malaysia..
apa2 pon i suka SABAH..sarawak x suka sgt sbb x byk bnda nak xplore.
Pages: [1]
View full version: Hilang Penat Mendaki Bila Menatap Keindahan Air Terjun Murug-Turug, Sabah


ADVERTISEMENT